Anda di halaman 1dari 11

Buasir, penyakit moden masa kini.

Buasir, penyakit moden masa kini.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Semalam saya menerima satu reply menarik dari sdr qusyairy seperti berikut:

qusyairy wrote on Feb 22

Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang penyakit yang saya alami.
Secara luaran saya kelihatan sihat dan ceria. Tapi satu penyakit ini yang saya malu untuk ceritakan
pada sesiapa telah menyebabkan saya derita dalam diam.
Penyakit ini ialah buasir.

Pada mulanya memang saya rasa biasa sahaja, Cuma sangat jarang saya sakit perut dan berhajat.
Bila berhajat, rasa sakit dan susah nak keluar. Itu takpe lagi, mula2 ok je tapi pastu berdarah. So saya
buat research sikit, knp jd gitu. Rupa2nya sebab saya suka makan jajan (junk food). so saya berenti
makan dan sakit saya tu baik. Tapi sekejap je. Bila saya kerja, ia kembali lagi. Tapi saya tak ambil
kisah sangat. Masa tu saya banyak makan burger. Asal rehat je burger. Sebab itu mknn yang paling
murah saya blh dapat dan mengenyangkan. Tak pun kentang goreng.masa tu tahun 2005. penyakit
tu berlanjutan sampai 2007. saya dah kerja di tempat lain dan dah tak makan fast food tu sume.
Penyakit tu masih ada walaupun sgt mudah buang air. Bila saya ceritakan pada kawan saya, dia gesa
saya jumpa dokter. Saya g jumpa, tapi takut bila dokter kata nak masukkan kamera kat dubur. Mase
tu puasa, jadi dia suruh datang esok malam, tapi saya tak datang pun. Saya dapat tau ada ubat herba
yang boleh bantu pulihkan penyakit ni,jadi saya pun beli ubat tu dari seorang yang saya kenal baik.
Cuma saya kene tunggu sehingga dia balik kg dan dptkn ubat tu. Memang saya benanya tak ingat
bila ia mula masa saya dapatkan ubat untuk penyakit ni. Dalam tempoh saya tunggu tu,sakit saya
dah menjadi2, perit pada bahagian dubur sampai tak boleh nak buat kerja. Sakitnya Masya Allah.
Saya usaha juga beli teh misai kucing spy lawas. Alhamdulillah, sekarang dah baik : Makan ubat
herba (dlm kapsul), banyakkan minum air, tak makan banyak ayam, banyak makan sayur dan buah-
buahan. Paling penting, ini semua Rahmat dari Allah.

Punca dari segi pemakanan: Saya sangat suka makan ayam. Boleh dikatakan saya makan apa saja
selagi ia halal, tapi ayam, tak kira lah masak apa pun, menjadi favorit saya. Secara kontras, saya
kurang makan buah-buahan dan ikan walaupun saya suka makan sayur. Disamping itu, saya sangat
suka menjajan. Mcm2 jenis saya makan. Saya tahu semua tu banyak bahan perisa tapi saya tak tahu
apa kesannya terhadap diri saya. Saya juga jarang minum air masak.Banyak makan mknn sgera spt
kentang goreng, burger, nuget, sosej dll (semua makanan yang disejukbeku sebelum dimasak
memang tak bagus especially burger-ada plumbum.)

Allah menjadikan haiwan dari tiga kategori iaitu karnivor, herbivor dan omnivor. Karnivor memakan
hanya daging seperti kucing, anjing, singa dan harimau. Herbivor hanya memakan tumbuhan seperti
arnab, lembu, kambing dan rusa. Omnivor pula ialah haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan
seperti ayam, itik, manusia dan monyet.

Apabila manusia merubah sunnatullah ini dengan memberikan makanan formula baru kepada lembu
dengan memasukkan protin dari haiwan ke dalam makanannya, Allah memberikan pelbagai penyakit
baru kepada lembu seperti penyakit lembu gila dan sebagainya.

Begitu hebat Allah SWT dalam mencipta makhlukNya. Seekor singa dapat menjalani hidup yang sihat
hanya dengan memakan daging. Gajah, zirafah dan lembu dapat hidup membesar dan sihat hanya
dengan memakan tumbuh-tumbuhan. Begitulah sunnatullahnya kejadian makhluk ini.

Manusia dijadikan Allah SWT secara sunnatullahnya perlu memakan daging dan tumbuhan untuk
hidup sihat dan membesar. Manusia tidak akan hidup sihat dan membesar hanya dengan memakan
tumbuhan semata-mata atau dengan memakan daging semata-mata. Manusia amat perlu memakan
daging dan tumbuhan secara halalan toyyiba (halal lagi baik) dengan seimbang. Sebagai buktinya,
orang Cina yang sudah mengamalkan amalan vegetarian semenjak beberapa tahun didapati
mengalami berbagai penyakit termasuk lemah badan kerana mereka ini melanggar sunnatullah
kejadian manusia. Manusia yang gemar makan daging semata-mata memanglah bakal mengundang
pelbagai masalah. Masalah yang kerap menyerang umat Islam sewaktu perayaan aidilfitri ialah ramai
antara mereka mengalami sukar membuang air besar kerana hanya makan ayam / daging dengan
nasi atau ketupat. Begitulah akibatnya apabila sunnatullah kejadian manusia dilanggar oleh manusia.

Dalam hal makanan yang diambil oleh haiwan seperti monyet dan kucing, mereka lebih bijak dalam
menentukan makanan yang mereka ambil untuk mempastikan halalan toyyiba. Serangga perosak
tidak mahu menyerang buah tembikai yang ditanam kerana buah tembikai ini mengandungi
insecticide namun manusia bersahaja makan tembikai yang terkandung insecticide di dalamnya.
Kucing yang sakit akan memakan tumbuhan tertentu sewaktu mereka sakit sebagai ubat. Seekor
monyet belaan jiran saya amat gemar memakan pokok sayur pegaga yang saya tanam di depan
rumah. Monyet ini gemar memakan sayur pegaga kerana khasiat pegaga ini banyak dalam
membantu menyihatkan tubuh badan.

Sewaktu saya kecil dahulu, tidak kedengaran langsung penyakit kencing manis dan buasir namun kini
penyakit ini semakin banyak di alami oleh manusia. Manusia makan bukan lagi kerana mencari
halalan toyyiba semoga menjadi rawatan badan yang sihat tetapi makan kerana murah dan sedap
asalkan kenyang. Apabila konsep makan berdasar murah dan sedap asalkan kenyang, maka
tunggulah saatnya penyakit yang bakal diberikan oleh Allah SWT.

Kini semakin lumrah kanak-kanak di Malaysia yang hanya makan nasi dengan ayam bodoh disamping
burger, naget, sosej dan yang sewaktunya. Sayur langsung tidak mahu diusik. Apabila saya melihat
tabiaat ini di kalangan rakan-rakan saya, sedih juga melihatnya tetapi mereka ini berlagak pandai
apabila saya menegurnya. Apabila kanak-kanak pergi ke restoran fast food, ibu bapa merasa cukup
puas hati apabila anak-anak ini makan kentang lenyek dengan ayam goreng atau burger. Mereka (ibu
bapa ini) tambah gembira apabila kanak-kanak berusia 6 tahun dapat menghabiskan 2 ketul besar
ayam (bodoh) goring.

Sebenarnya penyakit yang melanda umat di Malaysia kini sebahagian besarnya perlu dipersalahkan
kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak tabiat permakanan yang merosak dan tidak seimbang.
Anak-anak makan nasi dengan ayam dan burger digalakkan tetapi anak-anak tidak dididik untuk
memakan sayuran yang baik. Mungkin ada juga ibu bapa yang sekadar mengajar anak mereka
makan sayur namun dari jenis kobis, timun dan taugeh. Memanglah sayuran dari jenis ini halal
namun adakah kobis itu baik untuk tubuh?? Sila baca artikel bertajuk Jangan Makan Kubis di
http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html . Ada juga ibu bapa yang
langsung tidak mengajarkan anak-anak mereka makan ikan. Maklumlah ikan ini lebih mahal dari
ayam dan ikan pula mungkin menyebabkan anak kelak tercekik duri ikan.

Tabiat buruk amalan pemakanan inilah yang mengakibatkan penyakit buasir. Antara punca penyakit
buasir ialah:

1. Makan atau makan kerap cheese
2. Makan ayam dan daging secara kerap
3. Tidak makan sayuran yang baik secara kerap, mencukupi dan konsisten seperti sawi pahit, tomato,
daun ubi, peria, kailan, terung, ulam raja, pegaga, daun keledek, pucuk paku, kacang panjang,
tenggek burung dsbnya.
4. Makan burger, naget, sosej dan makanan rapu lainya.
5. Menjadikan buang air besar hanya bila perlu dan bukan sebagai rutin. Jadikanlah buang air besar
sebagi rutin yang wajib sekali atau dua kali sehari.

Artikel reply yang dihantar oleh sdr qusyairy di atas memang sangat tepat untuk menjelaskan
mengapa beliau diberikan Allah penyakit buasir. Alhamdulillah beberapa hamba Allah yang
merujukkan kes buasirnya kepada saya telah kembali pulih dan normal kini selepas merubah tabiat
pemakanannya disamping memakan ubat berbentuk kapsul yang mengandungi ramuan herba
tertentu untuk selama dua hingga 3 bulan. Ubatnya pun tidaklah begitu mahal. Kepada yang
memerlukan ubatnya, silalah email kepada saya di kangmasjb@hotmail.com . Ubat ini disediakan
oleh isteri arwah guru saya di Kuala Lumpur. Namun bagi sesiapa yang tidak bersedia untuk merubah
tabiat pemakanan, tak payahlah bersusah payah untuk membeli ubatnya, membazir.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay


Posted by Emjay Jb at 06:12
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Share to Pinterest

18 comments:

Lagenda rock24 February 2008 20:12
bab ayam. ayam ternak tak elok sebab sebetulnya itu ialah anak ayam. diubah secara ginetik. saya
beli anak ayam 4 ekor rm9 dgn 2 ekor rm10. sebab ada ayam mengeram tak menetas. 6 bulan sudah
besar mesti potong kalau biarkan ayam tu mati sendiri.

ayam ternak penuh dgn ubat pembesaran + antibiotik. Satu lagi ayam yg dijual di pasar samada
pasar biasa atau pasar raya tidak dijamin halal. bayangkan macamana nak menyembelih beribu
ayam dalam masa yg singkat ? tukang sembelih sapa saja boleh potong janji mau kerja.

bab sayur. sayur kat pasar tak kira pasar apa tanya dulu sapa yg tanam datang dari mana. sekarang
ni sayur cina yg tanam guna pekerja indon. selain dari racun, segala jenis baja digunakan termasuk
baja manusia.

ayam tak bagus, sayur pun tak elok. apa nak jadi sekarang ? sebab orang islam malas. kat kg ada
tanah jual, yg lain pulak semua tanam sawit. mana tinggal tempat tanam sayur ?

Reply

em jay25 February 2008 21:08
Memang betullah tu lagenda 1.

Sekarang ini ada sejenis racun yang sangat banyak di gunakan dibidang pertanian di Malaysia iaitu
racun FURADAN 3G. Racun dari Negeri Cina yang sama fungsinya pun turut di jual di pasaran
Malaysia.

Racun sembur masih agak mudah untuk mencucinya seperti menggunakan sabun atau
menggunakan air garam. Tetapi bagi racun Furadan ini, bagaiamana untuk membasuhnya??

Racun Furadan adalah sejenis racun berbutir yang berbentuk butir yang akan menyerap ke dalam
akar, batang, daun dan isi buah. Furadan banyak sekali digunakan di dalam pertanian tembikai. Isi
tembikai sebenarnya penuh dengan racun furadan dan itulah sebabnya buah tembikai sangat elok
rupanya kerana keseluruhan buah tersebut tidak akan diserang oleh serangga.

Saya pernah menemui petani yang menggunakan furadan dalam tanaman sawinya. Dalam kes ini,
sayur sawi ini sangat mudarat apabila di makan.

Saya pernah menemui penjual furadan 3g dan kata penjual ini ialah"elakkan penggunaan furadan 3g
2 minggu sebelum tanaman dituai". Masalahnya ialah bagaimana untuk memungut kembali butir-
butir racun furadan yang sudah di taburkan ke atas tanah??

Majoriti buah-buahan dari Siam seperti durian dan mangga juga menggunakan furadan 3g.

Fikirlah sendiri sama ada boleh makan tembikai, buah-buahan atau sayur-sayuran lain yang
menggunakan furadan sebagai insecticide.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Reply

BHMN Ramli26 February 2008 21:26
Assalamualaikum...
Di kampung saya dahulu ada keluarga cina yang kerjanya menanam sayur, berbagai sayuran yang
ditanam dan dijual secara komersial. Setiap hari Isnin ada pasar pagi dimana antaranya pelbagai
sayuran kampung dijual oleh orang-orang kampung, tapi menghairankan tauke sayur ini membeli
sayuran dari orang kampung untuk dimakan oleh kaum keluarganya. Ramai yang bertanya kenapa
tauke sayur yang terkenal masih membeli sayur dari orang kampung yang kalau dilihat kualitinya tak
secantik mana, contohnya daun sawi yang berlobang-lobang.
Akhirnya tauke itu dengan selambanya memberitahu, wa punya sayur untuk jual saja , itu lacun
serangga manyak woo, wa sendiri takut makan itu sayur.....

Reply

em jay2 March 2008 17:04
Waalaikumussalam wbh dan selamat kembali semula sdr bhmn

Emjay

Reply

ala ahmad22 June 2008 21:41
menarik betul artikel ni....

Reply

Arisha Risma23 November 2008 14:56
Dunia...Oh Dunia.... Betapa dirimu telah dicemari oleh tangan-tangan manusia.......

Bayangkan suatu hari nanti tak ada satupun lagi makanan yang selamat untuk dimakan dan tak ada
satupun minuman atau air yang selamat diminum......
Bukankah sudah nyata akhir zaman diambang mata.....
Takkan nak tunggu Al-Dajal laknanttullah turun untuk membantu disebalik memusnahkan kita
semua....dengan jutaan dusta!
Nauzubillah....

Reply

wan norizan6 August 2009 07:59
..maknanya tembikai yang kita tanam sendiri tak merbahaya?sbb tu orang cina biasa tanam sayur
utk kegunaan sendiri depan rumah.dia orang pun takut sbb yang tanam sayur ni puak2 dia jer ramai..

Reply

haryani jarkasi17 October 2010 18:24
Assalammualaikum,
adik lelaki saya kne penyakit buasir 4 degree, so kakak saya syorkan adik saya pakai pad herba...
So apa komen ustaz?

Reply

em jay19 October 2010 07:47
Waalaikumussalam wbh

Betulkan dahulu amalan permakanannya.

Emjay

Reply

sa ya21 February 2011 19:08
salam
betul tu apa yang emjayjb cakap yang penting kene betulkan pemakanan dulu,sebab saya sendiri
mengalami sakit buasir.

Reply

em jay23 February 2011 04:35
Waalaikumussalam wbh

Semoga Allah SWT menyembuhkan buasir sdr.

Emjay

Reply

sa ya23 February 2011 18:47
Amien.......
terima kasih sdr emjayjb atas do'a nya

Reply

norfatin nadhiah3 May 2012 08:20
hmm... terima kasih utk entry yg sgt berguna ,,,

Reply

srh rsd9 June 2012 00:25
hallo

Reply

srh rsd9 June 2012 00:39
Salam Emjay,

Saya ada masalah buasir sejak tahun 2003 lagi... tak pernah sembuh2, pernah berdarah dan
merekka. sekarang saya kawal pemakanan, lebih makan sayur sawi dan ikan, kadang2 ambik (ayam
dlm kuantiti yang sedikit), sejak 4 bulan lepas... hasilnya dah tak berdarah lagi cuma bengkak yang
tidak susut2 lagi.. dan 3 bulan lepas saya telah mengalami gestrik dan merisaukan saya buasir saya
makin teruk akhibat gestrik ini. Tuk gestrik saya ni saya cuma amal susu tepung, situasi gestrik ini
juga merisaukan saya kerana setiap 2 jam saya perlu makan, kalau tidak ulu hati pedih sgat.. ubat
hospital pernah ambik tp datang jga balik, so sya stop dh makan ubat hptal. buat masa ini, saya
mengambil ikhtihar mengamal madusawda suda seminggu lebih saya mengamalnya dan tengah
mnunggu kesannya. Emjay ada nasihat tambahan tak.....???

Reply

Noor Yusop8 July 2012 04:06
Salam,

Setahun lepas dubur saya luka akibat serangan cirit birit. Sebelum itu saya ada buasir luar yang tak
berapa serius lepas incident cirit birit itu benjolan buasir itu telah luka dan sekarang tiada lagi
benjolan (macam dah pecah). Yang menjadi masalah saya ialah kulit bekas buasir itu menipis dan
kadang2 mengalami pendarahan dan bengkak bernanah tetapi akan kembali surut lepas nanah
keluar, lepas itu akan baik seminggu dua pas tu kembali bengkak macam bisul. so cycle ni berlaku
berulang-ulang kali. Saya sekarang menggunakan krim sapu yang diberikan oleh doktor. Minta
pandangan saudara Emjay. Terima Kasih

Reply

em jay24 July 2012 21:06
Sdr jawab dahulu soalan berikut:

1. Suka makan sayur atau tidak?
2. Kalau makan sayur sayur apa ya ng di makan.
3. Suka makan fast food ke
4. Suka makan ayam dan daging ke
5. Kekerapan buang air besar sejak kecil

Emjay

Reply

mohammad firdaus5 November 2012 17:08
betul......saya org pertanian..........semua racun kat pasaran ada dia punya jangkamasa bisa
nya.......masalahnya org yang guna bnyk yang x ikut peraturan...........tiada pengawasan macam
singapore ketatkan kualiti sayur yang masuk negaranya............dlm pertanian skala komersil racun
tdk dapat dielak..........nak2 bila tanaman tunggal ..musuh banyak racun perlu..............tetapi disini
perlunya etika dan pengawsan...........kerajaan kita x tengok ni...........racun ade jenis serap kat
dalm.........ade yg contact kat luar je............macam furadan die serap kat dalam tahan 3-6 bulan
rasenya...........ade racun selepas guna tanaman x bleh dituai7 hari,ade yg 21 hari.............macam
sawi...........kalu esok luse nak jual............ari sembur lagi truk la..........................sebab nak jual.bukan
nak makan............disini penting etikanya.........sepatutnya sayur sawi yang usia lebh kurang 1 bulan
tu.....hanya peringkat awal penanaman saje diracun.........cth jenis malation diselang seli
cypermethrin dan bukan furadan.............bagi tembikai furadan diguna sedikit sahaja setiap pokok
semasa anak tembikai kecil lagi..........semasa pokok membesar semburan racun lain main
peranan.............kalau tembikai titabur macam baja memamg bahaya...........bagi saya situasi
sekarang memang bahaya,...............hati 2 beli sayur.........kalu mampu tanam sendiri...atau beli dari
org kg yang dikenali..............kalu mampu kenal sayur yang organik takpe...........senang
cerita.........beli sayur atu ulam yang memang kurang atau org x racun.........cth ulam kg..pucuk
ubi.........kakung liar......macam2 lagi.....satu lagi saye minat ternakan...........ayam kg sekarang
ni........depa panggil ayam kg organik la.......ayam ori la..........bagi saya langsung x
betul..............buang duit.........baik beli ayam daging murah lagi............ayam kg
sebetulnya...........diternak........simple2 je org kg.......bebas x bebas x kira la.............janji ayam tu
masih boleh makan rumput segar dan bebas bermain............makan apa sahaja dan juga makanan
yang tuan die bagi............tidur atas pokok ke dalam reban ke x kira la......lambat besar 5-7
bulan............ayam memang segar...................ayam yang depa duk jual..................kebanyakan anak
kerunan ayam saso(ayam daging bukan warna ptih,atau keturunan ayam telur..............takpe
lagi............ternak dalam kurungan banyak...............bagi makan pellet ayam dagaing..............tidak
bebas bermain dan makan rumput seper ayam kg...................bagi saya la...............fikir

Reply

Anda mungkin juga menyukai