Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum wbt semua muslimin .

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya,
tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah
sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk
melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat
sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu
hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga
kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada
kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan
dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya
memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan
tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh
berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin.
Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari
memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal
dari Indonesia yang saya kenal. Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau
makan kubis tak?".

Mat menjawab "Saya tak makan".

Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak
makan sayur kubis?"

"Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas.

"Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung soalan.

"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya" Mat menyambung
perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal
dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini
yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya
sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas
para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis.
Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula
yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah


SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN
KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan
ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang
lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin.
Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk
membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar
sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh
orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang
dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan
doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor
perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan


pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan
kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang
dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal
yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang
dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin
keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat
dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu
tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria
untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil
TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan.
Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan
memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua
ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang
sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi
masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau
kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang
isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang
rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang
lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat
serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan
berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit.
Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain.
Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka
hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan
nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang
agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami
akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah,
iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.
Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya
ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis
apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan
ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat
kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah
keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki
dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah
menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan
kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan
yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka
seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan
menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit
menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan
mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga
putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang
disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat
memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang
banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini
dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Semalam saya menerima satu reply menarik dari sdr qusyairy seperti berikut:

qusyairy wrote on Feb 22

Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang penyakit yang saya alami.
Secara luaran saya kelihatan sihat dan ceria. Tapi satu penyakit ini yang saya malu
untuk ceritakan pada sesiapa telah menybabkan say derita dalam diam.
Penyakit ini ialah buasir.

Pada mulanya memang saya rasa biasa sahaja, Cuma sangat jarang saya sakit perut
dan berhajat. Bila berhajat, rasa sakit dan susah nak keluar. Itu takpe lagi, mula2 ok je
tapi pastu berdarah. So saya buat research sikit,knp jd gitu. Rupa2nya sebab saya suka
makan jajan (junk food). so saya berenti makan dan sakit saya tu baik. Tapi sekejap je.
Bila saya kerja, ia kembali lagi. Tapi saya tak ambil kisah sangat. Masa tu saya banyak
makan burger. Asal rehat je burger. Sebab itu mknn yang paling murah saya blh dapat
dan mengenyangkan. Tak pun kentang goreng.masa tu tahun 2005. penyakit tu
berlanjutan sampai 2007. saya dah kerja di tempat lain dan dah tak makan fast food tu
sume. Penyakit tu masih ada walaupun sgt mudah buang air. Bila saya ceritakan pada
kawan saya, dia gesa saya jumpa dokter. Saya g jumpa, tapi takut bila dokter kata nak
masukkan kamera kat dubur. Mase tu puasa, jadi dia suruh datang esok malam, tapi
saya tak datang pun. Saya dapat tau ada ubat herba yang boleh bantu pulihkan penyakit
ni,jadi saya pun beli ubat tu dari seorang yang saya kenal baik. Cuma saya kene tunggu
sehingga dia balik kg dan dptkn ubat tu. Memang saya benanya tak ingat bila ia mula
masa saya dapatkan ubat untuk penyakit ni. Dalam tempoh saya tunggu tu,sakit saya dah
menjadi2, perit pada bahagian dubur sampai tak boleh nak buat kerja. Sakitnya Masya
Allah. Saya usaha juga beli teh misai kucing spy lawas. Alhamdulillah, sekarang dah
baik : Makan ubat herba (dlm kapsul), banyakkan minum air, tak makan banyak ayam,
banyak makan sayur dan buah-buahan.Paling penting, ini semua Rahmat dari Allah.

Punca dari segi pemakanan: Saya sangat suka makan ayam. Boleh dikatakan saya maka
apa saja selagi ia halal, tapi ayam, tak kira lah masak apa pun, menjadi favorit saya.
Secara kontras, saya kurang makan buah-buahan dan ikan walaupun saya suka makan
sayur. Disamping itu, saya sangat suka menjajan. Mcm2 jenis saya makan. Saya tahu
semua tu banyak bahan perisa tapi saya tak tahu apa kesannya terhadap diri saya. Saya
juga jarang minum air masak.Banyak makan mknn sgera spt kentang goreng, burger,
nuget, sosej dll (semua makanan yang disejukbeku sebelum dimasak memang tak bagus
especially burger-ada plumbum.)

Allah menjadikan haiwan dari tiga kategori iaitu karnivor, herbivor dan omnivor.
Karnivor memakan hanya daging seperti kucing, anjing, singa dan harimau. Herbivor
hanya memakan tumbuhan seperti arnab, lembu, kambing dan rusa. Omnivor pula ialah
haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan seperti ayam, itik, manusia dan monyet.

Apabila manusia merubah sunnatullah ini dengan memberikan makanan formula baru
kepada lembu dengan memasukkan protin dari haiwan ke dalam makanannya, Allah
memberikan pelbagai penyakit baru kepada lembu seperti penyakit lembu gila dan
sebagainya.

Begitu hebat Allah SWT dalam mencipta makhlukNya. Seekor singa dapat menjalani
hidup yang sihat hanya dengan memakan daging. Gajah, zirafah dan lembu dapat hidup
membesar dan sihat hanya dengan memakan tumbuh-tumbuhan. Begitulah
sunnatullahnya kejadian makhluk ini.

Manusia dijadikan Allah SWT secara sunnatullahnya perlu memakan daging dan
tumbuhan untuk hidup sihat dan membesar. Manusia tidak akan hidup sihat dan
membesar hanya dengan memakan tumbuhan semata-mata atau dengan memakan daging
semata-mata. Manusia amat perlu memakan daging dan tumbuhan secara halalan toyyiba
(halal lagi baik) dengan seimbang. Sebagai buktinya, orang Cina yang sudah
mengamalkan amalan vegetarian semenjak beberapa tahun didapati mengalami berbagai
penyakit termasuk lemah badan kerana mereka ini melanggar sunnatullah kejadian
manusia. Manusia yang gemar makan daging semata-mata memanglah bakal
mengundang pelbagai masalah. Masalah yang kerap menyerang umat Islam sewaktu
perayaan aidilfitri ialah ramai antara mereka mengalami sukar membuang air besar
kerana hanya makan ayam / daging dengan nasi atau ketupat. Begitulah akibatnya apabila
sunnatullah kejadian manusia dilanggar oleh manusia.

Dalam hal makanan yang diambil oleh haiwan seperti monyet dan kucing, mereka lebih
bijak dalam menentukan makanan yang mereka ambil untuk mempastikan halalan
toyyiba. Serangga perosak tidak mahu menyerang buah tembikai yang ditanam kerana
buah tembikai ini mengandungi insecticide namun manusia bersahaja makan tembikai
yang terkandung insecticide di dalamnya. Kucing yang sakit akan memakan tumbuhan
tertentu sewaktu mereka sakit sebagai ubat. Seekor monyet belaan jiran saya amat gemar
memakan pokok sayur pegaga yang saya tanam di depan rumah. Monyet ini gemar
memakan sayur pegaga kerana khasiat pegaga ini banyak dalam membantu menyihatkan
tubuh badan.

Sewaktu saya kecil dahulu, tidak kedengaran langsung penyakit kencing manis dan buasir
namun kini penyakit ini semakin banyak di alami oleh manusia. Manusia makan bukan
lagi kerana mencari halalan toyyiba semoga menjadi rawatan badan yang sihat tetapi
makan kerana murah dan sedap asalkan kenyang. Apabila konsep makan berdasar
“murah dan sedap asalkan kenyang”, maka tunggulah saatnya penyakit yang bakal
diberikan oleh Allah SWT.

Kini semakin lumrah kanak-kanak di Malaysia yang hanya makan nasi dengan ayam
bodoh disamping burger, naget, sosej dan yang sewaktunya. Sayur langsung tidak mahu
diusik. Apabila saya melihat tabiaat ini di kalangan rakan-rakan saya, sedih juga
melihatnya tetapi mereka ini berlagak pandai apabila saya menegurnya. Apabila kanak-
kanak pergi ke restoran fast food, ibu bapa merasa cukup puas hati apabila anak-anak ini
makan kentang lenyek dengan ayam goreng atau burger. Mereka (ibu bapa ini) tambah
gembira apabila kanak-kanak berusia 6 tahun dapat menghabiskan 2 ketul besar ayam
(bodoh) goring.

Sebenarnya penyakit yang melanda umat di Malaysia kini sebahagian besarnya perlu
dipersalahkan kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak tabiat permakanan yang
merosak dan tidak seimbang. Anak-anak makan nasi dengan ayam dan burger digalakkan
tetapi anak-anak tidak dididik untuk memakan sayuran yang baik. Mungkin ada juga ibu
bapa yang sekadar mengajar anak mereka makan sayur namun dari jenis kobis, timun dan
taugeh. Memanglah sayuran dari jenis ini halal namun adakah kobis itu baik untuk
tubuh?? Sila baca artikel bertajuk Jangan Makan Kubis () di
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/5 . Ada juga ibu bapa yang langsung tidak
mengajarkan anak-anak mereka makan ikan. Maklumlah ikan ini lebih mahal dari ayam
dan ikan pula mungkin menyebabkan anak kelak tercekik duri ikan.

Tabiat buruk amalan pemakanan inilah yang mengakibatkan penyakit buasir. Antara
punca penyakit buasir ialah:

1. Makan atau makan kerap cheese


2. Makan ayam dan daging secara kerap
3. Tidak makan sayuran yang baik secara kerap, mencukupi dan konsisten seperti sawi
pahit, tomato, daun ubi, peria, kailan, terung, ulam raja, pegaga, daun keledek, pucuk
paku, kacang panjang, tenggek burung dsbnya.
4. Makan burger, naget, sosej dan makanan rapu lainya.
5. Menjadikan buang air besar hanya bila perlu dan bukan sebagai rutin. Jadikanlah
buang air besar sebagi rutin yang wajib sekali atau dua kali sehari.

Artikel reply yang dihantar oleh sdr qusyairy di atas memang sangat tepat untuk
menjelaskan mengapa beliau diberikan Allah penyakit buasir. Alhamdulillah beberapa
hamba Allah yang merujukkan kes buasirnya kepada saya telah kembali pulih dan normal
kini selepas merubah tabiat pemakanannya disamping memakan ubat berbentuk kapsul
yang mengandungi ramuan herba tertentu untuk selama dua hingga 3 bulan. Ubatnya pun
tidaklah begitu mahal. Kepada yang memerlukan ubatnya, silalah email kepada saya di
kangmasjb@hotmail.com . Ubat ini disediakan oleh isteri arwah guru saya di Kuala
Lumpur. Namun bagi sesiapa yang tidak bersedia untuk merubah tabiat pemakanan, tak
payahlah bersusah payah untuk membeli ubatnya, membazir.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Anda mungkin juga menyukai