Anda di halaman 1dari 22

4551/3

BIOLOGI 3

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Biologi 4551/3 mengandungi 2 soalan. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan tersebut. Soalan 1 Soalan 2 Soalan berstruktur yang merangkumi 11 aspek kemahiran proses sains. Soalan esei yang merangkumi 5 aspek kemahiran proses sains yang memerlukan calon merancang eksperimen. Calon diberi masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kedua-dua soalan tersebut. PRESTASI KESELURUHAN Calon mempamerkan prestasi yang baik. Calon dapat menguasai dengan baik hampir semua aspek dalam kemahiran proses sains bagi Soalan 1. Bagi Soalan 2, ramai calon tidak dapat merancang eksperimen dengan lengkap. Mereka tidak dapat menjawab mengikuti kehendak Soalan 2. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon menguasai dengan cemerlang semua aspek dalam kemahiran proses sains kecuali menerangkan hubungan pembolehubah dalam graf, menerangkan ramalan dan mendefinisi secara operasi.

Kumpulan Sederhana Calon kurang menguasai aspek dalam kemahiran proses sains terutama dalam menjawab Soalan 2 kerana gagal mengenalpasti pembolehubah dan menulis prosedur eksperimen.

Kumpulan Rendah Calon lemah menguasai aspek kemahiran proses sains dan merancang eksperimen.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI TERPERINCI Soalan 1(a) - Merekod data Semua calon menjawab dengan tepat.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(b)(i) - Menyatakan pemerhatian Kebanyakan calon menjawab dengan tepat menghubungkan dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas. pembolehubah

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon yang memberikan jawapan kurang tepat, iaitu menyatakan hanya satu pembolehubah.

Sebilangan kecil memberikan jawapan pada tahap idea.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan (b)(ii)

- Menyatakan inferens

Kebanyakan calon menyatakan inferens dengan menerangkan pembolehubah bergerak balas sahaja.

Calon sepatutnya membuat inferens dengan menerangkan kedua-dua pembolehubah yang dinyatakan dalam pemerhatian. Contoh jawapan: Apabila berehat, murid tidak menjalankan aktiviti, maka karbon dioksida yang dihasilkan adalah sedikit.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon menyatakan inferens dengan kurang tepat, iaitu hanya menerangkan salah satu pembolehubah yang dinyatakan dalam pemerhatian.

Segelintir calon hanya menyatakan inferens pada tahap idea sahaja.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(c) - Mengawal Pembolehubah Kebanyakan calon menyatakan pembolehubah-pembolehubah mengendalikan pembolehubah dengan tepat. Contoh 1: dan cara

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2: Sebahagian calon menjawab dengan kurang tepat. Calon tidak menulis rekod dan radas yang digunakan untuk mengukur pembolehubah bergerak balas, atau tidak memberikan formula untuk mengira peratus karbon dioksida.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(d) - Menyatakan Hipotesis Kebanyakan calon menyatakan hipotesis dengan tepat, iaitu dapat menunjukkan hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas. Contoh 1

Sebilangan calon tidak menyatakan hubungan antara pembolehubah dengan jelas.

Biologi 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(e)(i) - Membina jadual untuk merekod data Kebanyakan calon membina jadual dengan mengikut kehendak soalan untuk merekod data eksperimen dan dapat mengira peratusan karbon dioksida dengan betul.

Biologi 3

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(e)(ii) - Melukis graf Kebanyakan calon melukis graf dengan memenuhi kriteria, iaitu menulis skala paksi yang seragam, memindah titik dengan betul dan melukis garisan graf melalui semua titik.

Biologi 3

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon memberi skala salah dan melukis garisan graf yang melebihi titik ditandakan.

Biologi 3

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(f) - Menerangkan hubungan antara masa aktiviti dengan peratusan karbon dioksida. Kebanyakan calon menyatakan hubungan antara masa aktiviti dengan peratusan karbon dioksida dengan betul tetapi gagal menerangkan hubungan dengan lengkap. Calon sepatutnya menerangkan sebab peningkatan peratusan karbon dioksida seperti; memerlukan lebih tenaga untuk aktiviti dan peningkatan kadar respirasi sel. Contoh jawapan di bawah menunjukkan penerangan yang tidak lengkap.

Biologi 3

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(g) - Meramal peratusan karbon dioksida. Sebahagian calon meramal dan memberi penerangan yang lengkap.

Kebanyakan calon gagal meramal peratusan karbon dioksida kerana tidak memahami kehendak soalan. Calon sepatutnya menjawab peratusan karbon dioksida yang lebih rendah kerana udara hembusan diambil selepas berehat selama sepuluh minit.

Biologi 3

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(h) - Menyatakan definisi secara operasi Hanya sebilangan kecil menjawab dengan tepat

Kebanyakan calon gagal menyatakan definisi udara hembusan secara operasi dengan tepat. Calon hanya menyatakan udara hembusan mengandungi karbon dioksida dan faktor yang mempengaruhi peratusannya. Mereka tidak menyatakan larutan kalium hidroksida menyerap gas karbon diokisda.

Biologi 3

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(i) - Mengelas Kebanyakan calon mengelas bahan dan radas eksperimen dengan betul.

Soalan 2 Menulis penyataan masalah Kebanyakan calon menulis pernyataan masalah dengan betul. Mereka dapat menghubungkait pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas dalam bentuk soalan.

Biologi 3

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Menyatakan hipotesis Sebahagian kecil calon sahaja menyatakan hipoteis dengan betul.

Terdapat calon yang gagal memberi hubungan yang betul antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas.

Kebanyakan calon gagal menulis hipotesis dengan betul. Mereka gagal mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dengan tepat. Calon hanya menyatakan satu pembolehubah.

Biologi 3

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Mengenalpasti pembolehubah Sebilangan calon mengenalpastikan pembolehubah dengan betul.

Kebanyakan calon gagal menentukan pembolehubah dimanipulasikan. Pembolehubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini adalah persaingan antara dua spesis tumbuhan, iaitu pokok jagung dan pokok padi.

Menyenaraikan radas dan bahan eksperimen Terdapat calon menyenaraikan radas dan bahan dengan lengkap.

Biologi 3

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon tidak menyenaraikan kotak semaian (seedling tray)

Menulis prosedur eksperimen Calon cemerlang menulis prosedur eksperimen dengan lengkap, iaitu merangkumi persediaan radas dan bahan, mengoperasi semua pembolehubah, dan menyatakan langkah berjaga-jaga.

Biologi 3

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon gagal menulis prosedur dengan lengkap, kerana mereka tidak menyatakan radas yang digunakan untuk mengukur pembolehubah bergerak balas dan juga langkah berjaga.-jaga.

Biologi 3

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Mempersembahkan data eksperimen Sebahagian kecil calon membina jadual dengan tajuk dan unit yang betul, iaitu mempunyai tajuk pembolehubah dimanipulasikan (jagung dan padi), dan pembolehubah bergerak balas yang diukur dalam eksperimen (seperti perbezaan ketinggian, saiz dan jisim kering anak benih atau kadar pertumbuhan)

Kebanyakan calon dimanipulasikan.

membina

jadual

data

dengan

hanya

pembolehubah

Biologi 3

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. 3. Calon perlu terlibat secara aktif semasa menjalankan eksperimen dalam makmal Laporan eksperimen perlu ditulis dengan lengkap sebaik sahaja selesai eksperimen dilakukan Calon perlu mengetahui semua eksperimen dan aktiviti dalam buku teks amali sekolah.

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru mesti memahami objektif pentaksiran elemen dan aspek bagi setiap kemahiran proses sains seperti yang terdapat dalam buku format pentaksiran LPM. Guru baru perlu mendapat pendedahan tentang format pentaksiran Biologi 3. Guru wajib menjalankan semua eksperimen penting yang disaran dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran.

2. 3.

Biologi 3

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Anda mungkin juga menyukai