Anda di halaman 1dari 2

Makanan yg Boleh mengecut kan #Cyst Dan Mengawal supaya Cyst tidak berulang lagi..

Ia
sebagai iktiar kesembuhan dari Allah inshaaAllah
Cyst sememangnya ditakuti oleh wanita. Lebih-lebih lagi kalau yang belum ada cahayamata,
takut susah nak mengandung bila dah kawin nanti. Insya Allah cyst yang kecil iaitu dibawah 5 cm
boleh dikecutkan jika betul caranya. Jom saya kongsikan makanan untuk kecutkan cyst dan
elakkan ketumbuhan berulang. Selain ovarian cyst, ia juga sesuai untuk cyst dipayudara, cyst
semasa mengandung, dan cyst di bahagian badan yang lain.
Apakah Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang?
Berikut adalah makanan untuk kecutkan cyst:
1. Ikan laut. Ikan laut adalah selamat kerana ianya ditangkap di laut, bukan diternak. Jadi, ianya
bebas suntikan hormon & makanan pelet yang mengandungi bahan kimia.
2. Sayuran jenis kekacang. Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis,
kacang botor juga termasuk dalam golongan makanan yang membantu kecutkan cyst.
3. Kekacang. Badam, kacang tanah, kacang dal, kacang kuda juga sangat baik untuk anda.
Tetapi awas, kacang soya adalah makanan yang mengaktifkan cyst. Oleh itu, elakkan makanan
berasaskan soya kecuali yang sudah diperam seperti tempe & kicap.
4. Sayuran hijau. Sayuran hijau adalah sangat baik untuk mengecutkan cyst. Anda boleh makan
sayur dalam setiap menu harian atau pun, lagi bagus kalau anda amalkan juicing setiap hari.
5. Buah-buahan. Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga adalah makanan untuk kecutkan cyst
yang wajib anda ambil setiap hari. Tapi, pastikan buah yang dibeli adalah non-gmo & segar.
6. Ubi kayu. Dari pembacaan saya, ubi kayu juga membantu mengecutkan cyst. Ubi kayu rebus
cicah gula kabung, sedap kan! Cicah sambal pun sedap juga icon smile Makanan Untuk
Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang
7. Sup miso. Miso ialah sejenis pes yg dibuat dari kacang soya yg diperam. Ia dicampur ke
dalamsup utk dijadikan miso sup. Ianya sangat baik untuk kesihatan & membantu mengecutkan
cyst.
8. Teh hijau. Teh hijau adalah anti oksida yang juga tergolong dalam makanan untuk kecutkan
cyst. Rasanya pun sedap & boleh membantu anda turunkan berat
Apakah Makanan Yang Perlu Dielakkan Supaya Cyst Anda Tidak Membesar Atau Tumbuh
semula Selepas Pembedahan?
Berikut adalah makanan yang perlu anda elakkan. Kalau tak mampu elakkan, kurangkan
pun kira ok lah :
1. Daging merah. Ini kerana biasanya binatang yang diternak secara komersil disuntik dengan
hormon supaya cepat besar & makanan juga tidak semulajadi & banyak bahan kimia.
2. Ayam. Seperti lembu, ayam ternakan juga disuntik hormon & makanan tidak semulajadi.
Sebagai alternatif, anda boleh makan ayam organik.
3. Produk tenusu. Produk tenusu seperti keju, susu, dan dadih adalah antara makanan yang
perlu anda elakkan. Ini kerana produk tenusu akan menyebabkan cyst anda semakin membesar.
4. Ikan keli. Sama seperti lembu & ayam, isi ikan keli yang diternak penuh dengan hormon &
bahan kimia.
5. Bahan perisa. Ajinomoto, kiub ayam, kiub lembu, Maggie Sedap Rasa, perencah nasi goreng
segera, semua tu adalah bahan perasa yang merupakan musuh utama anda.
6. Minuman berkarbonat. Elakkan minuman berkarbonat kerana terlalu banyak kandungan gula
didalamnya.
7. Makanan segera. Makanan segera tidak berkhasiat & mengandungi terlalu banyak bahan
kimia yang akan menyebabkan cyst anda membesar.
8. Makanan diproses. Hotdog, burger, nugget, semua tu perlu dielakkan. Kalau anda teringin
makan, seeloknya buat sendiri di rumah. Tak susah pun. Google je resepinya.
9. Makanan ringan. Seperti makanan segera, makanan ringan pun tak elok.
10. Makanan berlemak/ berminyak. Kalau anda taknak cyst membesar, elakkan makanan
berlemak, berminyak dan tinggi kolestrol. Ini kerana ia akan meningkatkan hormon Estrogen
dalam badan & menyebabkan cyst membesar.
11. Soya dan evening primrose. Soya dan evening primrose mengandungi Phyto Estrogen yang
menyebabkan paras Estrogen dalam badan kita meningkat dan mengalakkan pembesaran cyst.
12. Kolagen. Apa-apa jenis kolagen akan menyebabkan cyst membesar & tumbuh semula.
Moga info ini Bermafaat pada yg mengalami Cyst.
Silakan Share agar beri manfaat pada insan lain

Anda mungkin juga menyukai