Anda di halaman 1dari 2

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya)
kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan
yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai
ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..syahmi dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku
kena byk bersabar...

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati.
Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan
terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita
membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak
sendiri.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali
diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi
rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan
masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah
serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’
berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam
kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa
Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil
berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga
mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri
dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami
imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Anda mungkin juga menyukai