Anda di halaman 1dari 2

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan

Cakap Ibu Bapa


(Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din's Notes)

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa,
mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala
sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu
tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari
dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan
ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya
anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah
membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah
Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat
(Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan
dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan
mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan
ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk
ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun.
Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka,
kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air
mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua
belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah.
Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung.
Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur
masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua


tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan
akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala
suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan
dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air
tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang
datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka
kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada
anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

INFO: Tip untuk ibu bapa

 Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah,
ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
 Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan
syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
 Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan
di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
 Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata
nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa
sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
 Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Anda mungkin juga menyukai