Anda di halaman 1dari 2

Tips Untuk anak-anak-Doa untuk anak bijak cerdik dan

mendengar kata

Untuk berkongsi bersama teman-teman..

a) Baca Fatihah (1 kali)


b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)

d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh,
cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.
atau Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3
kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau
lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan
minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran
yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran
kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya
Rahman’berulang-ulang.
INFO: Tip untuk ibu bapa

Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi
dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau
gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Selepas
bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh
diteruskan sehingga anak cukup umur. Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut
peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk
membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat. Doakan
kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam


1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu
penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya
ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang
hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika
dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air
yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman
minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah
pagi dan malam.
4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan
berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan
hatinya selama 40 hari.”

Anda mungkin juga menyukai