Anda di halaman 1dari 1

Petua Menenangkan Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana
hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa -Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh
berkesan.Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih."

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu
pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,  penyembuh,
penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positi - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah  "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok
belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,  senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat,aktif, positif."Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana
bimbang akan mati bila-bila masa)
 
10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb),jangan dengar orang mengumpat.

Anda mungkin juga menyukai