Anda di halaman 1dari 7

Maksudnya: "Dengan nama Allah, Maha Suci Allah, Dan segala pujian bagi Allah, Tiada Tuhan yang

sebenar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar (Maha Berkuasa) Tidak ada kekuasaan dan Kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang mulia, Yang mengetahui sebanyak bilangan huruf yang tertulis sepanjang zaman"

Doa ini sangat sesuai bagi anda yang sedang belajar dan menghafal sesuatu. Sangat berguna untuk mereka yang sedang menelaah mata pelajaran dan ilmu sama ada anda di sekolah atau di pusat pengajian tinggi dan di sekolah-sekolah pengajian agama. Doa ini saya peroleh daripada Ustaz Ayub di MPTI, Johor Bahru tahun 1985 dahulu. Doa asal sudah berwarna cokelat. Saya cuba tulis balik, ternyata tangan saya begitu kaku untuk menulis seni khat itu, kalau kalian pakar tulisan khat, usah lupa emel dan attach file kepada saya, biar saya siarkan di sini dengan lebih indah dan jelas.

Khasiat : Khasiat menulis ayat 131- 132 Surah Taha dan mengamalkannya, Insya-Allah segera berkahwin, jika pelupa menjadi pengingat, jika sakit menjadi cepat sembuh dan jika fakir menjadi murah rezekinya.

Petua Menguatkan Daya Ingatan. Penyakit Lupa Antara penyebabnya adalah: - Makan kepala ikan - Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan. - Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. - Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sblm kenyang). - Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kura!ng bermaya. ================================ Rahsia Menguatkan Daya Ingatan Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: - Buah anggur hitam - Madu lebah - Halia - Buah badam - Susu - Air zam zam - Kismis - Jus karot & madu - Epal - Kurma - Ikan tuna - Tempe - Air soya Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian

tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagi! an kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat

Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: 1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu. 2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari. Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya. P/S: Petua ni penting ketika menghadapi peperiksaan, ataupun ketika mencuba menghafal senarai nama teman wanita yang terlalu ramai. Bukan apa, takut tersasul sebut nama. Bahaya tu.... Hehehe...gurau jer. Jangan mare....
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk

memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya! 2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. 3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w. 4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah

badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. 5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. 6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan. 7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari." 8)DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya. 9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya. 10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. 11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. 12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. 13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius

berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi. 14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan. 15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcitIndia dan sesetengah kedai runcit Melayu. 16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halushalus dan dimakan dengan gula. 17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental. 18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. 19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. 20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan. 21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. 22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
3 biji gajus air susu 3 biji kismis

Anda mungkin juga menyukai