Anda di halaman 1dari 18

Quran dan Sains Moden

MADU
Wan Zulaiha binti Wan Ibrahim 51210111169 Fairuza binti Mohd Nasir 51263208228

PENGENALAN
Madu berasal dari himpunan cairan bungabungaan atau tanaman yang dikumpulkan dalam perut lebah yang selanjutnya dikeluarkan dan kemudian disimpan didalam sarangnya. Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya.

Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting.

HIKMAH MADU
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah. Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bungabungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.

KHASIAT MADU LEBAH


Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah. Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.

Antara kegunaanya adalah: Sebagai ubat sakit perut. Menghilangkan ketagihan dadah Menghilangkan kahak. Memutih dan menguatkan gigi. Menghilangkan kesan terbakar pada kulit. Menguatkan badan,bagi yang berumur.

Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya

Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.

Proses Yang Dilakukan Oleh Lebah Peringkat pertama Peringkat kedua Peringkat ketiga

Kandungan Air % 55-60 40-50 19-21

Kandungan Gula % 35-40 50-60 79-81

*Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu

KANDUNGAN MADU
Kandungan Madu Asli Air Gula (Devolose &Dextrose) Sucrose Dextrin ,Maltose &Gam Galian (Abu) (Minerals) Lain-lain % 16-25 75-83 5 1-12 0.25 28.75

AMALAN RASULULLAH S.A.W MENGENAI MADU


Kitab Zad al-Ma`ad fi huda khair alibad ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu riwayat Abu Hurairah yang berbunyi sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat.

Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran. Di dalam kitab al-Sunan itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat .

Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).

RAHSIA PERUT LEBAH

Dari illustrasi anatomi lebah kita dapat segera tahu bahwa meskipun madu dikeluarkan dari perut lebah (di dalam Al Quran disebutkan di Surat An Nahl Ayat 69 .Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacammacam warnanya), namun ternyata madu ditempatkan di tempat khusus dalam perut lebah yang disebut perut madu (honey stomach, honey sac atau crop) yang terpisah dari perut besar lebah (large intestine atau stomach). Di dalam perut madu tersebutlah proses penguraian gula komplek (disakarida) diubah menjadi gula sederhana atau mono sakarida

KESIMPULANNYA
Kesemua makhluk yang terdapat di alam ini merupakan ciptaan Allah Yang Maha Agung . Kita sebagai hambanya yang di berikan akal fikiran untuk merenung serta berfikir akan kekuasaan Allah sebagai pencipta bagi semua yang terdapat di alam ini hendaklah bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang di berikan.

Kita sebagai hambanya yang di berikan akal fikiran untuk merenung serta berfikir akan kekuasaan Allah sebagai pencipta bagi semua yang terdapat di alam ini hendaklah bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang di berikan. Kita diberikan makanan untuk meneruskan kehidupan di samping membuat amal kebajikan serta beriman kepada Allah. Semua ini adalah sumber rezeki daripada Allah untuk hambanya. Oleh itu kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmat dan pemberian Allah. Insya Allah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai