Anda di halaman 1dari 2

Tafsir Surah Luqman Ayat Intipati ayat2 dari surah Luqman:13-19 ini berkisar mengenai Luqmanul Hakim yang

memberi wasiat kepada anaknya Tsaran; diringkaskan dari Tafsir Fi Zilalil Quran dan ada juga Ummi ambil dari Tafsir Ibn Kathir yang disertakan linknya dalam kategori Sumber Ilmu. Untuk tafsir terperinci klik gambar eBuku Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutb di atas ini. Selain itu, Ummi lampirkan pula 9 klip video ceramah surah Luqman:12-19 yang disampaikan oleh pensyarah Pengajian Islam USM @ SS Dr. Asri. Mohon maaf la ye jika ada yang sensitif dengan mufti yang dikatakan kontroversi ini. Ummi dah dengar ceramah2 dia dan dah khatam hampir semua isi blog Dr. MAZA setakat 6.5.2008 ni. Ummi rasa terbuka dan boleh je terima pengajaran yang disampaikan olehnya sama sepertimana Ummi boleh terima pengajaran dari mualim favourite Ummi Dato Dr. Haron Din mahupun mualim favourite adik iaitu Dr. Badrul Amin. Malah Ummi suka cara dia, senang ingat atau mengingatkan cara abah Ummi bercakap ngan kitorang lembut je tapi boleh tahan gak pedasnya hehe itu cara nak cakap ngan kitorang yang masa kecik2 dulu, ketegaq. Tengokla dulu video2 klip tu sebelum sape2 cakap ape2, best ape 1. Sembahlah Allah, jangan mempersekutukanNya kerana syirik adalah perbuatan zalim yang sangat besar. Seseorang muslim tidak mungkin mencampur adukkan iman dan keyakinan mereka dengan kezaliman. 2. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa. Luqman menjelaskan kepada anaknya perihal pengorbanan seorang ibu yang telah mengandung dalam keadaan lemah dan bersangatan lagi apabila menyusukannya sehingga waktu selewat2nya bercerai susu pada usia 2 tahun. Ibu memberi tarbiyyah baik dalam keadaan hamil mahupun tatkala telah melahirkan. Pernah seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu ia bertanya Nabi s.a.w. samada dia telah membalas hak ibunya. Jawab Nabi, Tidak, tidak, walau senafas pun. AlQuran menyuruh manusia bersyukur kepada Allah selaku pengurnia nimat yang pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa selaku pembuat budi atau pemberi nimat yang kedua. Walau begitu tinggi derajat ibu daripada bapa seperti dalam sebuah hadith nabi yang menyebutkan kata-kata ibu 3X dan ayah 1X serta perihal syurga di bawah tapak kaki ibu, ayat dalam surah ini menjelaskan tentang kepentingan pertama2nya mensyukuri nikmat iman kepada Allah dan keduanya syukur kepada Allah dengan berterima kasih kepada dua ibu bapa atas nikmat tarbiyyah yang datang dalam berbagai cara samada tersurat mahupun tersirat. 3. Tidak wajib menurut perintah atau saranan kedua ibu bapa untuk mempersekutukan Allah namun Islam tetap mengajar agar tetaplah beristiqomah dengan tali Allah serta berbuat baik kepada dua ibu bapa walaupun mereka kafir. Ayat ini diturunkan untuk menegur Saad bin Abi Waqqash atas sikap kasarnya memberi jawapan apabila ibunya menyuruhnya meninggalkan Islam atau ia akan mogok lapar hingga mati biar orang Arab akan mengata bahawa Saad itu pembunuh ibunya. Saad menjawab, Demi Allah walau engkau mempunyai seratus nyawa dan keluar satu per satu nescaya aku tidak akan keluar dari Islam.

4. Luqman menjelaskan lagi kepada anaknya bahawa setiap amalan ada balasannya walau sebesar zarah sekalipun kerana balasan dan ganjaran Allah sesuai dengan besar kecilnya perbuatan itu. 5. Pesan Luqman lagi, dirikan solat. Ia perintah yang wajib kepada manusia. Solat yang berkesan memberi impak terhadap keupayaan kita mencegah diri daripada perbuatan keji dan munkar. Amalan solat mensucikan jiwa dan roh serta melunakkan hati. Rasulullah bersabda, kesenanganku dijadikan dalam solat. 6. Hendaklah bersabar dari musibah yang menimpa kehidupan, hinaan dan celaan dalam melaksanakan amal maaruf nahi munkar kerana sabar itu adalah cahaya dalam kehidupan yang akan menerangi hati seorang mukmin dan sabar adalah sebahagian dari iman. 7. Jauhi sifat sombong dan janganlah berjalan di bumi seperti orang yang angkuh kerana Allah membenci orang yang sombong dan berbangga hati. Rasulullah bersabda, tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar zarah dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada keimanan walau sebesar zarah. 8. Berjalanlah dengan sederhana, tidak cepat dan juga tidak lambat. Maksudnya berjalan dengan hemat, jimat dan tidak melampau, tidak membuang tenaga menunjuknunjuk lagak dan lenggang-lenggok yang sombong malah menuju tempat tujuan dengan mudah dan lancar. Merendahkan suara dalam bertutur kata yang dimaksudkan dalam ayat dalam surah ini pula menunjukkan adab sopan, yakin diri dan keyakinan kita kepada kebenaran dan kekuatan yang diucapkan. Orang-orang yang biadap sahaja bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat atau orang-orang yang ragu terhadap nilai perkataannya atau terhadap nilai dirinya sendiri lalu dia berusaha melindungi keraguannya di sebalik kata-katanya yang tajam, kasar dan keras. Uslub al-Quran membidas perkara-perkara seperti itu menggambarkan dengan gambaran yang hina dan buruk apabila mengulas sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai dengan satu pemandangan yang lucu dan menjijikakan serta menimbulkan perasaan benci dan memandang keji. Rasulullah bersabda: kalau mendengar ringkikan himar maka bertaawuzlah kepada Allah kerana himar itu melihat syaitan.

Anda mungkin juga menyukai