Anda di halaman 1dari 2

BATAL SAMAN AES: MCA, SILA GUNA

OTAK SEBELUM CAKAP, KATA


MENTERI

Menteri Pengangkutan Anthone Loke membidas MCA yang mengkritik


keputusannya untuk membatalkan semua saman AES sehingga 31 Ogos.

Loke berkata, masalah berhubung AES berpunca daripada tindakan MCA ketika
berada dalam kerajaan.

“Saya boleh menerima kritikan daripada sesiapa kecuali pemimpin MCA kerana
mereka adalah orang yang paling hipokrit.

“Bekas Menteri pengangkutan yang juga merupakan pemimpin MCA yang


menandatangani perjanjian ini… Hanya orang yang tidak cerdik menandatangani
perjanjian ini.

“Jadi guna otak sebelum bercakap, apa yang anda katakan hari ini memberi
gambaran yang sangat buruk kepada menteri-menteri MCA,” katanya kepada
sidang media di Putrajaya hari ini.
Loke berkata demikian sebagai menjawab kritikan daripada Timbalan Presiden
MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim
Soon berhubung tindakan kementerian pengangkutan membatalkan semua saman
AES minggu lalu.

AES mula berkuat kuasa ketika pemimpin MCA, Kong Cho Ha menjadi menteri
pengangkutan pada 2012.

Jelas Loke, ketika Presiden MCA Liow Tiong Lai mengambil alih portfolio itu
pada 2014, Liow juga tidak serius dengan penguatkuasaan dan tidak berusaha
mengutip 80 peratus saman itu yang masih tidak berbayar.

“Dua-dua mereka tidak serius dengan perkara ini,” katanya.

Tambah Loke, disebabkan perjanjian yang tidak seimbang, kerajaan tidak akan
dapat apa-apa daripada saman AES yang dibayar, selepas ia diberi diskaun kepada
RM150.

Ini kerana, katanya, perjanjian yang ditandatangani pengendali AES, ATES Sdn
Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, dua firma yang berhak ke atas 50 peratus saman
AES yang dikutip berdasarkan kadar asal RM300.

“Jadi kalau kita kutip RM150 sekarang, ia hanya akan diambil oleh syarikat
berkenaan,” katanya.

Kata Loke, kerajaan juga perlu membayar RM16 untuk setiap saman yang
dikeluarkan oleh dua syarikat berkenaan tanpa perlu mengambil kira sama ada
saman itu dikutip atau tidak.

Kedua-dua syarikat berkenaan, katanya, sudah mengaut RM129 juta daripada dua
peringkat perjanjian itu.

Jumlah itu, tambahnya, jauh melebihi kos kesemua 47 kamera AES yang dipasang
yang dianggarkan RM250,000 satu kamera, atau RM10 juta kesemuanya.

“Syarikat berkenaan sudah buat untuk yang besar,” katanya.

– M’kini

Anda mungkin juga menyukai