Anda di halaman 1dari 7

Hadith untuk renungan/pedoman kita bersama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan


supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di
antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu.
(Surah Al-Isra ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam
sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa
besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau
bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu
bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya
berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
1. Mentaati Kedua Ibu Bapa
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha
dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu
bapa.
Riwayat: Riwayat al-Hakim
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua
iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab
selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti
dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling
banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan
sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi
dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka
dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah
menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu
bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang
belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu
bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya
mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum
langsai semasa hayat mereka.
1

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga


sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak
yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang
derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa
besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan
ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang
memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan siasia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar
hidup sentiasa diberkati Allah.
2. Berbakti Kepada Ibu Bapa Adalah Segala-segalanya
Dan daripada Abdullah bin Amru al-As katanya, Seorang lelaki mengadap
Rasulullah lalu berkata, Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta
berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada
Allah Taala, Rasulullah bertanya, Adakah salah seorang orang tuamu masih
hidup?,jawabnya, Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup. Rasulullah
bertanya lagi, Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah Taala?
Jawabnya, Ya. Kata Rasulullah, Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu
dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada kedua-duanya.
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Menjaga dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa akan mendapat
ganjaran pahala daripada Allah.
2. Islam menyeru umatnya supaya menjaga ibu bapa mereka dengan
sebaik-baiknya.
3. Hubungan sesama manusia adalah lebih penting lebih-lebih lagi
golongan yang lebih muda dengan golongan yang lebih tua.
4. Walaupun hijrah itu wajib tetapi apabila bertembung dengan
kewajipannya terhadap ibu bapa maka diutamakan kewajipan
terhadapa ibu bapa jika agama dapat dipelihara (dilaksanakan
perintahnya) disisi mereka, dan jika tidak maka wajiblah berhijrah
dengan meninggalkan mereka untuk menyelamatkan agama seperti
yang dilakukan oleh sahabat-sahabat (muhajirin).
3. Menghormati Bapa
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:Janganlah
kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya
bererti ia kafir.
Riwayat: Riwayat Muslim
2

Huraian Hadith:
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa
anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat
penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak
mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.
2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa
dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap
sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T
di akhirat kelak.
3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah
terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak.
Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan
perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi
antara satu dengan lain.
4. Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama
Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya: Ketika terjadi genjatan senjata
dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang
kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata: Ya
Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku
menemuinya? Jawab Rasulullah SAW, Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.
Riwayat: (Muslim)
Huraian Hadith:
1. Di dalam Islam SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa
suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan
dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah
tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang
kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah.
Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan
daripada anak-anak.
3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam
urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras
anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar
tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan
5. Amalan Yang Berkat
3

Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam
waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
Riwayat: Bukhari
Huraian Hadith:
Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal
ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah
SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang
paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah
orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di
dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini
disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk
dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada
syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang
sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.
Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah
mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut
kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan
kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT
sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).
6. Hutang Puasa Orang Yang Meninggal Dunia
Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesiapa yang meninggal
dunia dan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa
untuk membayar tanggungannya.
Riwayat: (Muslim)
Huraian Hadith:
1. Kelompok orang-orang yang tidak wajib puasa adalah orang tua yang
tidak kuat untuk berpuasa, wanita yang sedang mengandung, dan wanita
yang sedang menyusukan anaknya (boleh berbuka jika tidak mampu
meneruskan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudharat pada ibu atau
anak).
2. Puasa ibu bapa yang tertinggal boleh diganti jika diketahui jumlahnya
tetapi jika tidak diketahui atau tidak diwasiatkan tidaklah perlu diganti,
namun adalah lebih baik disedekahkan sedikit harta dan diniatkan untuk
Allahyarham serta memohon keampunan atas segala dosa-dosa mereka
kerana doa anak yang soleh adalah sedekah jariah yang akan sampai kepada
si mati.
3. Namun orang yang wafat dalam keadaan mempunyai hutang nazar puasa,
harus digantikan oleh walinya, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :"Sesiapa
4

yang wafat dan mempunyai hutang puasa nazar hendaklah diganti oleh
walinya." (Bukhari & Muslim)
4. Puasa adalah hak Allah, jika ditinggalkan maka ia menjadi hutang. Oleh itu
orang yang berhutang atau walinya wajib melangsaikannya .
7. Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, Tidak terbalas
jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati
orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya.
Riwayat: Muslim
Huraian Hadith:
1. Pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dan tidak mungkin
dapat dibalas jasa mereka berdua dengan apa yang ada didunia
ini.
2. Anak-anak hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa dan
membalas budi mereka dengan sebaik-baiknya.
3. Seorang ayah yang berstatus hamba akan menjadi merdeka
dengan dibeli oleh anaknya perlu dilafazkan oleh anak bahawa
dia memerdekakan ayahnya, kerana pembelian anak adalah
sebab merdekanya.
8. Perkara Yang Disukai Allah
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Masud RA katanya, Aku bertanya
kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka? Jawab Nabi SAW,
Mengerjakan sembahyang dalam waktunya. Aku bertanya lagi, Kemudian
apa?, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa. Aku bertanya
lagi, Kemudian apa? Jawabnya, Jihad untuk menegakkan agama Allah.
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Islam menghendaki umatnya supaya menyegerakan
sembahyang apabila telah masuk waktunya, berbuat baik
kepada ibubapa dan berjuang menegakkan agama Allah.
2. Umat Islam diberi ingat supaya tidak mengabaikan
tanggungjawab mereka kepada ibubapa kerana akibatnya adalah
dosa yang amat besar.
3. Kewajipan tulin terhadap Allah yang paling afdhal selepas dua
kalimat syahadah ialah sembahyang, kewajipan terhadap
5

manusia yang paling afdhal ialah berbakti kepada ibu bapa dan
jenis pengorbanan yang paling afdhal ialah jihad, kerana jihad
ialah wasilah dan cara untuk memelihara hak Allah dan hak
manusia.
4. Disebut " " berserta dengan sembahyang
menunukkan ia sangat penting untuk menghargai jasa dan susah
payah ibu bapa.
9. Mentaati Kedua Ibu Bapa
Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah
bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.
Riwayat al-Hakim
Huraian:
1. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada
dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab
selepas mereka meninggal dunia.
2. Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti
dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling
banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan
sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi
dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka
dengan sebaik-baiknya.
3. Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah
menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu
bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang
belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu
bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya
mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum
langsai semasa hayat mereka.
4. Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga
sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak
yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang
derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa
besar.
5. Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan
ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang
memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia6

sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar
hidup sentiasa diberkati Allah.
Sumber Rujukan : JAKIM

Semoga ilmu yang bermanfaat ini akan dapat dikongsi bersama, diamalkan
dan
disampaikan kepada yang lain.
"Bersama Hayati Keindahan Islam"
- Jakkas HADITH HARI INI -

Advertisements

Advertisements

Advertisements

Announcements

Buletin MIDA/MIDA 21/12/2012

HADITH HARI INI -

Buletin Editor

Notes

Announcements

Buletin Editor

Buletin MIDA/MIDA

Buletin Editor

21/12/2012 09:27

Advertisements

Announcements

21/12/2012

21/12/2012 09:27

on request

Buletin MIDA

Anda mungkin juga menyukai