Anda di halaman 1dari 3

Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa

Ketika keriakan pertama seorang bayi yang lahir ke dunia ini, justeru tersenyumlah si ibu
dan si ayah kerana menerima seorang ahli baru.Mereka berasa gembira kerana kehidupan
sebagai suami isteri kini mulai lengkap.Segala penat lelah si ibu yang mengandungkan dan
melahirkan anak terubat serta merta.Segala amanah dan tanggungjawab dilaksanakan ibu
bapa tanpa merunggut demi cahaya mata yang dikasihi.Persoalannya, adakah segala
pengorbanan yang dilakukan mereka itu akan terbalas kelak ?.
Assalammualaikum warah matullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera.Yang saya
hormati saudara/saudari Pengerusi Majlis.Barisan panel hakim yang sentiasa berdiri utuh di
neraca keadilan, barisan penjaga masa yang tidak alpa walau sesaat seterusnya hadirin hadirat sekalian.Sebelum itu , izinkan saya menyampaikan apresiasi saya kerana diberi
peluang
untuk
menghonggar
dewan
ini
dengan
syarahan
saya
yang
bertajuk Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa .
Hadirin sekalian ,
Sebelum bibir saya petah berkata - kata , izinkan saya menerangkan konsep yang
membina tajuk syarahan saya. Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa adalah
kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh anak - anak kepada ibu bapa. Mungkin banyak
pihak berpendapat bahawa isu yang akan saya hujahkan ini adalah isu lapuk dan basi
dalam arus perdana .Namun , kita perlulah ingat untuk mengekang anak - anak daripada
alpa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa mereka , kita
sewajarnya membangkitkan semula isu ini agar mereka tergusur untuk menghargai
pengorbanan ibu bapa mereka.
Hadirin - hadirat yang saya hormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam surah Al - Isra , mafhumnya :
Tuhanmu telah memerintahkan , supaya kamu tidak menyembah selain Allah ,dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau
kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
Ah, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Allah SWT menegaskan bahawa pentingnya
seorang anak itu menjaga tingkah laku terhadap ibu bapa. Ironinya, kebanyakan anak anak marcapada ini sudah mangli bercakap kasar dengan ibu bapa mereka.Ikhtisarnya ,
cara mereka berkomunikasi bersama ibu bapa mereka sama seperti mana mereka
berkomunikasi dengan rakan sebaya.Perkataan , ah , malaslah ! nantilah ! mudah sahaja
terpancul keluar dari mulut mereka, seolah - olah mereka memandang rendah darjat ibu
bapa mereka.Adakah ini balasan kita kepada ibu bapa ?.Justeru , kita sebagai seorang anak
perlu bercakap lemah - lembut kepada ibu bapa kerana ini adalah salah satu cara untuk
menjaga perasaan mereka.Jika kita imbas kembali , bagaimanakah cara ibu bapa kita
menasihati kita ?. Semestinya mereka menggunakan bertuturan yang lembut ,bukan !. Hal
ini disebabkan mereka menginginkan nasihat mereka itu dapat diikuti oleh si anak.Begitu
juga cara yang lebih efektif untuk si anak memujuk atau menerangkan sesuatu perkara
kepada ibu bapa mereka iaitu melalui tutur kata yang lemah - lembut bukannya dengan cara
menengking atau mengherdik mereka.
Umpama labah - labah kasihkan telurnya.Inilah peribahasa yang paling sesuai dijadikan
teladan oleh anak - anak dalam memupuk sikap kasih sayang kepada ibu bapa
mereka.Sikap sebegini perlu ada dalam diri mereka kerana sebagai seorang anak kita wajib

menjaga dan menguruskan keperluan mereka ketika sakit.Nah ! sudah semestinya dalam
usaha memupuk sikap ini kita perlu ikhlaskan hati dan melakukan dengan penuh kasih
sayang seperti mana ibu bapa kita menjaga kita sewaktu kecil dahulu.Sikap lepas tangan
anak - anak dalam menjaga ibu bapa perlu diluput dalam hati.Tidak kurangnya , ada pula
yang mengambil alternatif dengan menghantar ibu bapa mereka yang uzur ke Rumah
Kebajikan Orang Tua dengan alasan di sana ibu bapa lebih kondusif dan kebajikan mereka
lebih terjaga , lagipun kami sibuk dengan kerja tak sempat nak jaga mereka .Cis ! inilah
alasan yang paling jumud yang diucapkan oleh anak - anak. Betullah kata pepatah yang
menyatakan seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak
belum tentu boleh menjaga seorang ibu .
Menyentuh pada pepatah ini , saya masih lagi teringat mengenai suatu cerita sepasang
suami isteri yang tidak sanggup untuk menjaga ibu bapa mereka.Justeru , mereka
mendapat satu idea iaitu mereka ingin menghantar ibu bapa mereka itu ke Rumah Orang
Tua.Sehingga pada suatu hari , pasangan ini ingin membeli - belah untuk membeli
kelengkapan ibu bapa mereka ,lantas anak mereka bertanya :
Mama dan Papa hendak ke mana ?tanya si anak.
Jawab si ibu Oh ! , Mama ingin membeli pakaian atuk dan nenek kamu kerana mereka
akan kami hantar ke Rumah Orang Tua esok!
O.... kalau begitu bolehlah saya ikut juga untuk membeli pakaian Mama dan Papa kerana
mudahlah saya nanti hendak menghantar Mama dan Papa ke Rumah Orang Tua juga !
kata si anak
Lalu pasangan tadi tergamam lantas memohon maaf kepada ibu bapa mereka.
Nah ! wahai anak - anak ! , masihkah kau ingat ibumu sanggup memaki seekor nyamuk
yang menghisap darahmu ? masihkah kau ingat ibumu sanggup bersengkam mata
menjagamu ketika sakit ? masihkah kau ingat ayahmu bermandi peluh di bawah terik
mentari untuk menyaramu ?. Adakah engkau sengaja membutakan mata dan memekakkan
telinga kerana engkau bangga menjadi seperti si Tanggang ?.Tepuk dada tanya asal
usulmu.Oleh itu , sebagai seorang anak yang soleh dan solehah , janganlah kita
mengabaikan kasih sayang kita kepada mereka kerana mereka telah banyak berjasa
kepada kita.
Hadirin - hadirat yang saya muliakan ,
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :
Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah
bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya.
Berdasarkan hadis rasullullah s.a.w yang telah saya sebutkan tadi dapatlah kita
ikhtisarkan bahawa pentingnya anak - anak mentaati ibu bapa mereka.Sikap sebegini jika
tidak dipupuk dari sejak kecil sudah semestinya institusi sesebuah keluarga itu runtuh
kerana anak - anak adalah elemen penting dalam menatijahkan kebahagiaan sesebuah
keluarga.Kebanyakkan anak - anak di zaman seba moden ini menganggap sikap ini adalah
marginal . Malah tidak kurangnya , ada pula yang berloya buruk dengan mengatakan alah ,
tak nampak pun syurga di bawah tapak kaki ibu .Sikap - sikap sebegini harus ditepis
kerana seolah - olah kita mempersendakan ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak
seharusnya tahu cara - cara untuk taat kepada ibu bapa .Tamsilnya, mendengar segala
nasihat dan suruhan mereka , menolong mereka melakukan kerja rumah dan
sebagainya.Justeru , kita perlulah ingat jika ibu bapa tidak meredhakan sesuatu tindakan

atau keputusan yang kita lakukan, kita seharusnya ingat bahawa ibu bapa adalah orang
penting dalam memberi restu mereka kepada kita .Jika kita derhaka kepada mereka kita
bukan sahaja telah mengecewakan mereka tetapi kita juga telah dimurkai oleh Allah s.w.t.
Mendoakan ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh anak anak .Masalahnya, anak - anak masa kini keliru kerana mereka beranggapan doa kepada
ibu bapa hanyalah selepas kematian ibu bapa mereka.Kita sebagai seorang anak yang
soleh dan solehah perlu sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia mereka
agar kita sempat mencurahkan bakti kepada mereka.Amalan ini boleh dilakukan selepas
solat atau pada bila - bila masa.Kita perlu ingat bahawa doa seorang anak kepada ibu
bapanya akan diberi ganjaran paha yang tidak ternilai di akhirat kelak.Namun begitu, kita
haruslah mendoakan perkara yang baik untuk ibu bapa kita , bukannya mendoakan agar
mempercepatkan pemberian harta pusaka mereka kepada kita.Oleh itu, ayuh ! ayuh kita
menadahkan tangan lalu berdoa untuk mereka :
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami , dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah
keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
Amin.
Hadirin - hadirat sekalian ,
Deduksinya , janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada ibu bapa kerana
tanggungjawab kita itu sesungguhnya belum mampu membalas segala pengorbanan
mereka terhadap kita. Janganlah sesekali melukai hati mereka kerana mereka sanggup
mempertaruhkan nyawa ,masa dan tenaga mereka semata - mata ingin melihat cahaya
mata mereka membesar dengan baik dan dapat menjadi insan yang berguna.Mengapa pula
kita perlu melupakan pengorbanan mereka ? mengapa pula kita tidak sanggup menjaga
mereka ? .Sebenarnya , jawapan bagi persoalan ini ada dalam diri kita sendiri.Cuma yang
menyebabkan kita alpa terhadap tanggungjawab kita kepada mereka ialah apabila kita
bangga orang melabelkan kita sebagai kacang melupakan kulit semata - mata ghairah
mengejar meterialistik .
Sekian , wabillah hitaufiq wal hidayat .Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai