Anda di halaman 1dari 7

Hadirin sekalian,

Sebelum bibir saya petah berkata - kata, izinkan saya


menerangkan konsep yang membina tajuk syarahan saya.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa adalah kewajipan yang
wajib dilaksanakan oleh anak - anak kepada ibu bapa. Mungkin
banyak pihak berpendapat bahawa isu yang akan saya hujahkan ini
adalah isu lapuk dan basi dalam arus perdana. Namun, kita perlulah
ingat untuk mengekang anak - anak daripada alpa dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa mereka , kita
sewajarnya membangkitkan semula isu ini agar mereka menghargai
pengorbanan ibu bapa mereka.
Hadirin - hadirat yang saya hormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam surah Al – Isra’ ayat 23,
‫س ٰـ ًنا ۚ ِإ َّما َي ْبلُ َغنَّ عِن َد َك ٱ ْل ِك َب َر َأ َح ُد ُه َمٓا َأ ْو ِكاَل ُه َما‬
َ ‫ض ٰى َر ُّب َك َأاَّل َت ْع ُبد ُٓو ۟ا ِإٓاَّل ِإ َّياهُ َو ِبٱ ْل ٰ َولِ َد ْي ِن ِإ ْح‬
َ ‫َو َق‬
٢٣ ‫ف َواَل َت ْن َه ْر ُه َما َوقُل لَّ ُه َما َق ْواًۭل َك ِري ًۭما‬ ٍّ ۢ ‫َفاَل َتقُل لَّ ُه َمٓا ُأ‬
Mafhumnya : “Tuhanmu telah memerintahkan , supaya kamu tidak
menyembah selain Allah ,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada
ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia (yang bersopan santun ).”
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Allah SWT
menegaskan bahawa pentingnya seorang anak itu menjaga tingkah
laku terhadap ibu bapa. Ironinya, kebanyakan anak - anak dewasa ini
sudah biasa bercakap kasar dengan ibu bapa mereka. Ringkasnya,
cara mereka berkomunikasi bersama ibu bapa mereka sama seperti
mana mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Perkataan , ah ,
malaslah ! nantilah ! mudah sahaja terpancul keluar dari mulut
mereka, seolah - olah mereka memandang rendah darjat ibu bapa
mereka.Adakah ini balasan kita kepada ibu bapa?.Justeru , kita
sebagai seorang anak perlu bercakap lemah - lembut kepada ibu
bapa kerana ini adalah salah satu cara untuk menjaga perasaan
mereka.Jika kita imbas kembali , bagaimanakah cara ibu bapa kita
menasihati kita ?. Semestinya mereka menggunakan bertuturan yang
lembut ,bukan !. Hal ini disebabkan mereka menginginkan nasihat
mereka itu dapat diikuti oleh si anak.Begitu juga cara yang lebih
efektif untuk si anak memujuk atau menerangkan sesuatu perkara
kepada ibu bapa mereka iaitu melalui tutur kata yang lemah - lembut
bukannya dengan cara menengking atau mengherdik mereka.
Umpama labah - labah kasihkan telurnya.Inilah peribahasa yang
paling sesuai dijadikan teladan oleh anak - anak dalam memupuk
sikap kasih sayang kepada ibu bapa mereka.Sikap sebegini perlu ada
dalam diri mereka kerana sebagai seorang anak kita wajib menjaga
dan menguruskan keperluan mereka ketika sakit.Nah ! sudah
semestinya dalam usaha memupuk sikap ini kita perlu ikhlaskan hati
dan melakukan dengan penuh kasih sayang seperti mana ibu bapa
kita menjaga kita sewaktu kecil dahulu.Sikap lepas tangan anak -
anak dalam menjaga ibu bapa perlu diluput dalam hati.
Nah ! wahai anak - anak ! , masihkah kau ingat ibumu sanggup
memarahi seekor nyamuk yang menghisap darahmu ? masihkah kau
ingat ibumu sanggup bersengkam mata menjagamu ketika sakit ?
masihkah kau ingat ayahmu bermandi peluh di bawah terik mentari
untuk menyaramu ?. Adakah engkau sengaja membutakan mata dan
memekakkan telinga kerana engkau bangga menjadi seperti si
Tanggang ?.Tepuk dada tanya asal usulmu.Oleh itu , sebagai seorang
anak yang soleh dan solehah , janganlah kita mengabaikan kasih
sayang kita kepada mereka kerana mereka telah banyak berjasa
kepada kita.
Hadirin - hadirat yang saya muliakan,
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda yang
bermaksud :
“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua
ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua
ibu bapanya”.
Berdasarkan hadis rasullullah s.a.w yang telah saya sebutkan
tadi dapatlah kita simpulkan bahawa pentingnya anak - anak
mentaati ibu bapa mereka.Sikap sebegini jika tidak dipupuk dari
sejak kecil sudah semestinya institusi sesebuah keluarga itu runtuh
kerana anak - anak adalah elemen penting dalam menatijahkan
kebahagiaan sesebuah keluarga.Kebanyakkan anak - anak di zaman
serba moden ini menganggap sikap ini adalah tidak penting. Malah
tidak kurangnya, ada pula yang berloya buruk dengan mengatakan ”
alah , tak nampak pun syurga di bawah tapak kaki ibu ” .Sikap - sikap
sebegini harus ditepis kerana seolah - olah kita mempersendakan ibu
bapa kita. Kita sebagai seorang anak seharusnya tahu cara - cara
untuk taat kepada ibu bapa .Contohnya, mendengar segala nasihat
dan suruhan mereka , menolong mereka melakukan kerja rumah dan
sebagainya.Justeru , kita perlulah ingat jika ibu bapa tidak
meredhakan sesuatu tindakan atau keputusan yang kita lakukan, kita
seharusnya ingat bahawa ibu bapa adalah orang penting dalam
memberi restu mereka kepada kita .Jika kita derhaka kepada mereka
kita bukan sahaja telah mengecewakan mereka tetapi kita juga telah
dimurkai oleh Allah s.w.t.
Mendoakan ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang wajib
dilakukan oleh anak - anak .Masalahnya, anak - anak masa kini keliru
kerana mereka beranggapan doa kepada ibu bapa hanyalah selepas
kematian ibu bapa mereka.Kita sebagai seorang anak yang soleh dan
solehah perlu sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia
mereka agar kita sempat mencurahkan bakti kepada mereka.Amalan
ini boleh dilakukan selepas solat atau pada bila - bila masa.Kita perlu
ingat bahawa doa seorang anak kepada ibu bapanya akan diberi
ganjaran pahala yang tidak ternilai di akhirat kelak.Namun begitu,
kita haruslah mendoakan perkara yang baik untuk ibu bapa kita ,
bukannya mendoakan agar mempercepatkan pemberian harta
pusaka mereka kepada kita”.

Oleh itu, ayuh ! ayuh kita menadahkan tangan lalu berdoa


untuk mereka :
َ ْ‫اغفِرْ لِىْ ُذ ُن ْو ِبىْ َول َِوالِدَىَّ َوارْ َحمْ ُه َما َك َما َر َّب َيا ِنى‬
‫ص ِغيْرً ا‬ ْ ‫اَلل ُه َّم‬
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, dan (dosa) kedua
ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya
mendidik kami pada waktu kecil. Amin.
Hadirin - hadirat sekalian,
Konklusinya, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita
kepada ibu bapa kerana tanggungjawab kita itu sesungguhnya belum
mampu membalas segala pengorbanan mereka terhadap kita.
Janganlah sesekali melukai hati mereka kerana mereka sanggup
mempertaruhkan nyawa ,masa dan tenaga mereka semata - mata
ingin melihat cahaya mata mereka membesar dengan baik dan dapat
menjadi insan yang berguna.Mengapa pula kita perlu melupakan
pengorbanan mereka ? Mengapa pula kita tidak sanggup menjaga
mereka? Sebenarnya, jawapan bagi persoalan ini ada dalam diri kita
sendiri.Cuma yang menyebabkan kita alpa terhadap tanggungjawab
kita kepada mereka ialah apabila kita bangga orang melabelkan kita
sebagai “kacang melupakan kulit ” semata - mata ghairah mengejar
meterialistik .
Sekian , wabillah hitaufiq wal hidayat
BORANG JURI LATIHAN PRA DAIE
NAMA PESERTA:
Aspek Markah Markah yang diberi Catatan
Penuh

Kelancaran & Kefasihan 3


Kefasihan dan 2
kepetahan berbahasa

Bahasa yang jelas dan 1


mudah difahami

Sebutan dan Intonasi 4


Sebutan baku 2
Kesesuaian nada 2
Gaya dan Penyampaian 3
Kelancaran 1
persembahan
Persembahan yang 1
menyakinkan

Gaya yang menarik 1


JUMLAH MARKAH /10

Tandatangan Juri :
Nama Juri : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai