Anda di halaman 1dari 3

Kelebihan Pure Honey Kira Haq

Pure Honey Kira Haq adalah hasil dari lebah yang membuat sarang di bukit-bukit dan merupakan madu bermutu tinggi. Madu Kira Haq lebih pekat dari madu biasa kerana ianya diproses secara saintifik berlandaskan teknologi terkini. Hasil teknologinya mengurangkan kandungan air dan gas.

Kanak-kanak Dan Para Pelajar


Dengan mengamalkan makan madu ini, ia dapat memerdukan suara, mencerdaskan minda, baik untuk penglihatan dan memberi tenaga. Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Quran dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam. Menurut Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda : Maksudnya : Berubatlah , maka sesungguhnya Allah meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua (Hadis riwayat Abu Daud) Beberapa kajian telah diushakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebih kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur. Firma Allah swt: Dan Tuhanmumewahyukan kepada lebih, Buatlah sarang-sarang di bukit, dipohon-pohon kayu dan di rumah-rumah yang didirikan manusia, Kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhilah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebih itu keluar minuman (madu) yang bermacammacam warnaya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang

menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan. (Firma Allah dalam surah an-Nahl: 68-69) Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat member tenaga. Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan member tenaga yang cukup. Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera. Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejanggan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika disapukan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersembat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak bayi yang baru lahir. Dalam al-Quran, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri . Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan. Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah SAW Bersabda: Barangsiapa yang menjilat madu 3 kali waktu pagi dalam sebulan dia tidak akan diserang penyakit yang serius Dari Abdullah bin Masud r.a Rasulullah SAW bersabda: Gunakanlah dua penawar ini, ia itu madu dan Al-Quran

Dr.W.G.sacket, Microbiologist dari Colorado Agriculture College Fort Collins. Kuman demam kepialu mati dalam masa 48 jam. Kuman A dan B Typhosus mati dalam masa 24 jam. Organisma yang menyerupai Typhoid Bacillus mati dalam masa 5 jam. Kuman-kuman yang menyebabkan pneumonia kronik mati pada hari keempat. Begitu juga bacteria-bakteria yang menyebabkan penyakit seperti peritonitis, pleuritis dan bisul bernanah. Sementara kuman cirit-birit mati dalam masa 10 jam selepas dimasukkan ke dalam madu.

Anda mungkin juga menyukai