Anda di halaman 1dari 26

Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep

dharurah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi


sepertimana berikut:
• Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya
sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa atau pun harta
benda.
• Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang
lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu.
Contohnya, seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka
ia mesti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah
alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan
sistem riba’.
• Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha
jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip
asasi syariat Islam dan usul akidah Islam, seperti tidak halalnya ia
memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil
hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan hakikatnya adalah
mafsadah (kerosakan).
• Seseorang itu mestilah melakukan perkara tersebut dalam kadar yang
perlu sahaja dan bukan untuk berselesa melakukan perkara yang
terlarang berkenaan.

• Dalam isi terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga
kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah
pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang
dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai
kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
Beberapa Fatwa Tentang Penggunaan Vaksin di Malaysia

 Hukum Penggunaan Vaksin Menactra


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 telah membincangkan tentang
hukum penggunaan Vaksin Menactra. Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah


menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-
ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-
bahan yang baik(toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang
mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.

Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra® ini, tiada
sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan
yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan
dengan produk vaksin yang tidak halal.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin


Menactra® adalah diharuskan.
 Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang
Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum
Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi
Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan
vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:

Situasi kini dianggap tidak dharurat;

Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam
pemprosesan kedua-dua vaksin; dan

Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan
kedua-dua vaksin ini.
Hukum Menggunakan Vaksin Sebagai Alat Pencegahan
Penyakit

Galakan untuk mendapat rawatan dan mendapat ubatan yang


bersesuaian. Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mencari
penawar kepada penyakit yang dihidapi, kerana setiap penyakit ada
penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. Sesuai dengan sabda
Nabi SAW:

Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar


menepati penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim)
Dalam hal ini hukumnya adalah harus. Ini kerana rawatan
terdahulu sebelum berlaku wabak atau dibimbangi berlaku satu-
satu penyakit adalah dibolehkan. Ini berdasarkan hadis Nabi
SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada


pagi hari, ia tidak akan terkena pengaruh buruk sihir atau racun.”
(Riwayat Bukhari)
Jauhi Bahan Ubat yang Diharamkan oleh Allah

Sebuah hadis daripada Abu Ad-Darda' menyatakan:

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat. Dan


menyediakan bagi setiap penyakfi itu ubat. Maka berubatlah, dan jangan
berubat dengan benda yang diharamkan.”
(Riwayat Abu Daud)

Sebuah hadis riwayat, daripada Abu Hurairah menyatakan:

Maksudnya : “Barang siapa berubat dengan benda yang halal maka


baginya kesembuhan, dan barangsiapa berubat dengan benda haram,
Allah tidak akan memberinya kesembuhan.”
(Riwayat Abu Daud)
Adakah Islam Membenarkan Imunisasi?
Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi
mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa,
khususnya kanak-kanak seperti demam campak (measles), tibi (batuk
kering), batuk kokol (pertussis), difteria, tetanus (kancing gigi) atau
polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak
bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh
syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu menolak kerosakan adalah
didahulukan daripada mencari kemaslahatan. Sesuatu kerosakan akan
cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak
dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman
Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan.”
Program imunisasi ini bukan lagi merupakan kehendak seorang
individu, tetapi imunisasi kini menjadi keperluan kepada masyarakat
secara umumnya.
Macam Mana
Golongan Anti-
Vaksin Merawat
Penyakit
Mereka?
Dengan mengamalkan Mengambil makanan-
ayat-ayat Ruqyah makanan sunnah

Kaedah-Kaedah
Perubatan Menurut
Islam
Berbekam
Doa
Penggunaan herba
Ayat-ayat Ruqyah
• Ayat-ayat ruqyah adalah himpunan ayat-ayat al-Quran yang
digunakan dalam tujuan perubatan.
• Amalan ini bersumberkan daripada Rasulullah SAW sendiri.
• Digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit
seperti panas kerana disengat binatang, kesurupan dan lain-
lain.
• Ianya juga dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau
gangguan jin sebagai satu cara untuk merawat.

Perlu diingatkan bahawa al-Quran itu merupakan kalam Allah


dan sememangnya hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk
menyembuhkan penyakit dan bukannya ayat-ayat suci ini
 
• Bukanlah sesuatu yang janggal apabila al-Quran
dikatakan mampu menjadi ejen penyembuh penyakit.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Israa, ayat 82:

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang


menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”
Madu
Kurma
MAKANAN-
Buah Delima
Buah Tiin
MAKANAN
Buah Zaitun
SUNNAH
Air zam-
zam
1) MADU

• Mengandungi nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-


jangkitan dan anti-bakteria yang boleh digunakan untuk menyembuhkan
penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk.
• Sabda Nabi SAW
Maksudnya : “Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di
dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan
sejuta penyakit keluar darinya.”
• Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
2) Kurma

• Kaya dengan serat, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dll), asid amino
dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dll) yang diperlukan untuk
mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.
• Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata,
Maksudnya : “Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan,
mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak
sebagai makanan dan minuman.”
3) Buah Delima

• Salah satu buah paling padat dengan nutrien untuk kesihatan yang baik secara
keseluruhan.
• Anti-oksida di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran
darah, malah juga telah terbukti boleh menghalang pelbagai sel-sel kanser.
• Dari Ibn ‘Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya : “Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang
kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari.”
4)Buah Tiin

• Mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi.


• Kaya dengan serat, tembaga, kalsium, vitamin K dan lain-lain.
• Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari
syurga, nescaya aku katakan bahawa inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak
berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit
buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
5) Buah Zaitun

• Ia adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik.


• Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya : “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana
ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, dan salah satu
daripadanya adalah kusta.”
6) Air Zam-zam

• Air zam-zam ini terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kerana ia mengandungi


kandungan kalsium, magnesium dan juga fluorida semula jadi yang tinggi membantu
untuk memusnahkan kuman-kuman.
• Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “Air yang terbaik di muka bumi ialah air zam-zam, ia adalah sejenis makanan
dan penyembuhan dari penyakit.”
• Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “Air zam-zam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya.
Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah
menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah
mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan
menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk
Ismail.”
Gambar herba herba
Penggunaan herba

• Di antara tumbuhan herba yang digunakan ialah daun bidara,


habbatus sauda, saffron, serai, limau purut, minyak ecalyptus,
minyak kelapa dara, minyak halia, ekstrak pudina dan halia
bara.
• Sesetengah daripada penggunaan herba ini adalah bersumberkan
sunnah manakala selebihnya daripada pengalaman peruqyah-
peruqyah.
Gambar berbekam
Berbekam
Waktu berbekam – Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika itu darah
darah toksin berkumpul.
Kelebihan berbekam :
 Membantu menghilangkan pening dan migrain
 Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem
perkumuhan
 Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
 Membantu memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki
 Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin
ahmar
 Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat
 Membantu menajamkan penglihatan.
Kesimpulan – Dapat dikatakan berbekam dapat merawat pelbagai penyakit.
Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan
urat, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit
gigi, sembelit, tekanan darah dan buah pinggang.
Gambar orang berdoa
Berdoa
• Allah s.w.t. menyuruh setiap orang Islam agar sentiasa berdoa
kepadanya, dan Dia akan memperkenankannya.
• Allah mahukan setiap hambanya agar mengingatinya pada zikir
lidah juga pada setiap amalan.
• Setiap perbuatan mesti dilakukan kerana Allah membolehkan
perbuatan itu dikira sebagai ibadah, termasuk amalan yang
melibatkan rawatan.
• Pada hakikatnya, berdoa bukan amalan orang yang lemah, putus
asas atau tidak mempunyai harapan setelah banyak ikhtiar
dilakukan tetapi gagal. Doa ialah senjata orang yang beriman.
• Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda, menyatakan bahawa;
“Doa itu adalah otak ibadah”
Bererti bahawa setiap ibadah itu mesti bermula atau disertai doa.
• Doa-doa yang dibaca, sama ada yang terdiri daripada ayat-
ayat al-Quran, sumber hadis dan lain-lainnya hanya
merupakan satu kaedah ataupun wasilah dalam usaha
mendapatkan kesembuhan, yang dituturkan dengan lidah dan
niat dalam hati.
• Kesembuhan sebenar adalah daripada Allah s.w.t.
• Apabila Allah s.w.t. memperkenankan doa seseorang, maka
Allah akan memberi kesembuhan, biar betapa besar atau
kecilnya penyakit atau masalah yang dihadapi seseorang,
kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa dan tidak digagahi oleh
sesiapapun.
• Allah s.w.t berfirman, dalam Surah Yasin, ayat 82 :
Maksudnya : “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia
menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!”
Maka jadilah sesuatu itu”

Anda mungkin juga menyukai