Anda di halaman 1dari 4

Buah kurma - Makanan untuk gaya hidup sihat

>Oleh Faridah Mansoer


http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=2512&forum=19&
Posting pada: 21-08-03 08:33

>
>POKOK tamar atau kurma hanya tumbuh subur di negara Asia Barat, seperti
>Arab Saudi, Iran, Iraq dan Mesir.
>
>Rasulullah s.a.w. mengibaratkan seorang Muslim seperti pokok tamar yang
>daunnya tegar tidak pernah tunduk. Sabda baginda, ``di antara banyak
>pokok, pokok tamar diibaratkan seperti seorang Muslim yang kuat, di mana
>daunnya tegar tidak pernah tunduk.''

>Sedangkan dalam al-Quran, pokok tamar dan buah tamar ini juga disebut
>sebanyak 20 kali yang menunjukkan betapa pentingnya tamar terhadap
>manusia.
>
>Menurut kajian saintifik, buah tamar atau kurma mengandungi banyak
>khasiat kesihatan. Sains moden juga mengiktiraf buah kurma sebagai
>makanan tambahan bagi gaya hidup sihat kerana ia mengandungi elemen asas
>untuk kecerdasan mental dan stamina.

>Ia mengandungi pelbagai zat yang bermutu berbanding dengan buah-buahan


>lain. Di antara kandungannya ialah zat gula, lemak, protein, minyak,
>kalsium, zat besi, potassium, fosferus, manganese, copper, magnesium and
>vitamin.

>Bangsa Arab memakan kurma sebagai makanan seimbang yang sihat. Mereka
>lazimnya memakan kurma bersama segelas susu dan yogurt, roti, mentega
>dan ikan. Kombinasi ini merupakan makanan seimbang yang cukup untuk
>mencerdaskan daya fikir dan stamina anda untuk menjalankan aktiviti
>sehari suntuk. Dengan kata lain, sebiji kurma sekurang-kurangnya boleh
>disamakan dengan makanan seimbang yang sihat.

>Menyedari betapa tingginya khasiat buah kurma itu, maka tidak hairanlah
>Rasulullah s.a.w. sendiri menganggapnya sebagai makanan yang memulihkan
>tenaga. Ini diperkuatkan dengan hadis Rasulullah yang menyebut,
>Rasulullah s.a.w. memulihkan tenaganya selepas berpuasa sehari dengan
>memakan buah kurma ketika berbuka puasa sebelum menunaikan solat
>Maghrib.

>Jika tidak ada buah kurma segar, baginda s.a.w. akan menggantikannya
>dengan buah anggur kering dan jika tidak ada juga, memadai baginda
>sekadar meneguk segelas air putih. Amalan ini telah menjadi ikutan bagi
>orang Muslim berbuka puasa.
>
>Sabda Rasulullah: ``Jika ada di antara kamu yang berpuasa, maka
>berbukalah dengan beberapa biji kurma. Tetapi jika tidak ada kurma, maka
>memadailah dengan minum air putih. Sesungguhnya segelas air adalah bagus
>untuk membersihkan sistem tubuh.''

>Kurma sesungguhnya adalah `raja' segala manisan, makanan yang ideal


>untuk gaya hidup sihat. Ia mudah dicerna setengah jam selepas
>memakannya. Ia memulihkan stamina serta merta. Ini berdasarkan kajian
>saintifik bahawa tubuh yang lesu dan kurang bertenaga adalah disebabkan
>faktor kekurangan gula dalam sistem darah. Ia menyebabkan seseorang
>berasa lapar bukan kerana perut kosong tetapi kerana kekurangan kadar
>gula dalam tubuh. Apabila tubuh kita menerima makanan berkhasiat seperti
>kurma, rasa lapar akan reda atau berkurangan. Justeru itu sebiji kurma
>mengandungi zat gula untuk tujuan stamina.

>Menurut kajian sains moden juga, kurma yang kaya dengan kandungan serat
>asli amat berkesan bagi mencegah barah dalam perut (abdominal cancer).
>Menurut hadis juga, Mariam, iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s. memakan buah
>kurma ketika menderita sakit hendak bersalin dan juga sepanjang dalam
>pantang selepas bersalin. Kurma juga bertujuan memulihkan tenaga selepas
>bersalin.

>Memakan kurma juga baik untuk seseorang yang sedang berusaha


>mengurangkan berat badannya. Caranya, makan beberapa biji kurma sebagai
>sarapan setiap pagi, ia akan mengelak seseorang makan berlebihan pada
>siang harinya. Atau anda tidak perlu makan tengah hari tetapi
>menggantikannya dengan memakan kurma saja, ia amat engenyangkan.

>Beberapa kajian juga mengesahkan kurma mengandungi sejenis rangsangan


>yang memperkuatkan otot-otot bahagian rahim bagi wanita mengandung pada
>peringkat bulan-bulan terakhir kehamilan. Ini membantu melebarkan
>pangkal rahim dan membantu ibu supaya mudah melahirkan anak.

>Pada waktu yang sama ia mengurangkan pendarahan selepas bersalin.


>
>Pakar pemakanan pula mengesahkan kurma adalah di antara buah-buahan yang
>terbaik untuk wanita selepas bersalin kerana ia mengandungi elemen yang
>meredakan rasa murung dan tekanan emosi di kalangan ibu-ibu baru
>bersalin.

>Kurma juga memperkaya susu ibu dengan pelbagai kandungan zat berkhasiat
>bagi menjamin kesihatan bayi untuk membesar dan mencegah bayi daripada
>dijangkiti penyakit.Rasulullah s.a.w. juga menekankan pentingnya buah
>kurma dan kesan positifnya terhadap pertumbuhan janin dalam kandungan.
>Justeru itu baginda s.a.w. mengesyorkan supaya wanita memakan buah kurma
>untuk kesihatan bayinya.
>Baginda juga mengesyorkan buah kurma dimakan bagi merawat mereka yang
>mengalami sakit jantung. Manakala ilmu sains modern membuktikan
>keberkesanan buah kurma bagi mencegah penyakit berkaitan sistem
>pernafasan.
>
>Penemuan terbaru oleh institusi pemakanan mengesyorkan supaya kurma
>diberi kepada kanak-kanak yang menderita penyakit berkaitan sistem saraf
>atau hyperaktif.

>Aisyah r.a., isteri Nabi Muhammad s.a.w. pernah menggunakan buah kurma
>bagi merawat mereka yang mengalami pening-pening dan mabuk.Kini sudah
>terbukti bahawa kekurangan kadar gula dalam sistem darah dan tekanan
>darah rendah antara faktor penyebab pening dan mabuk.

>Aisyah sendiri pernah memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kurang
>berat badannya. Beliau mencampurkan buah kurma dan mentimun bagi
>menambah berat badannya.Katanya: ``Mereka sudah berusaha menggemukkan
>saya dengan memberi saya pelbagai jenis makanan, namun saya masih kurus.

>``Kemudian mereka cuba memberi saya makan mentimun yang dicampur dengan
>kurma segar, ternyata berat badan saya bertambah.''

>Kebenaran itu terbukti apabila ahli sains hari ini menemukan bahawa satu
>kilo buah kurma mengandungi hampir 3,000 kalori yang sudah mencukupi
>bagi keperluan tubuh anda untuk melakukan aktiviti seharian.

>Kurma kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Apabila kadar
>keperluan zat tubuh anda rendah, maka sistem pembuluh darah akan
>terjejas dan tidak berupaya berfungsi seperti biasa. Ia boleh
>menyebabkan serangan jantung.

>Oleh kerana kurma kaya dengan kalsium, ia juga membantu memperkuat


>tulang. Apabila kandungan kalsium berkurangan di dalam tubuh
>kanak-kanak, maka ia mudah dijangkiti penyakit rickets (lemah tulang)
>disebabkan kekurangan vitamin D. Manakala pada orang dewasa,
>tulang-tulang mudah reput dan lemah.

>Kurma juga penting bagi menjamin kesihatan mata. Ia amat berkesan untuk
>mencegah rabun senja.Pada zaman kegemilangan Islam, kurma lazimnya
>dihidangkan kepada tentera Islam. Mereka akan membawa kurma bersama
>untuk bekalan makanan utama di medan perang. Ini kerana kurma adalah
>amat bagus untuk merangsang semangat juang dan bagi memperkuat
>otot-otot. Jadi ia amat bagus untuk tentera yang berperang.
>
>Rasulullah s.a.w. mencampurkan kurma dengan roti, kadangkala baginda
>mencampurkan buah kurma segar dengan mentimun atau kurma dengan minyak
>ghee.
>
>Baginda suka memakan kurma dengan pelbagai jenis bahan lain tetapi jenis
>kurma yang amat digemari baginda ialah kurma Ajwah.

Anda mungkin juga menyukai