Anda di halaman 1dari 6

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia

cinta kepadaku.Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga

bersamaku.”

Ketinggian Nilai pada Kurma

1)Keistimewaan kurma menurul alquran dan hadis

Sabda rasulullah SAW

"Jika salah seorang dari kamu berbuka puasa, maka sebaiknya ia berbuka
puasa dengan kurma; kerana buah kurma itu berkat. Jika tidak menemukan
buah kurma, maka (sebaiknya ia berbuka) dengan air kerana air itu
menyucikan" (HR at-Timidzi dengan kedudukan Sahih)

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang
mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amirbin Saad mendengar bapanya
meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallambersabda : "Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir
pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas


merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai
dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yangmenyatakan tentang kelebihan buah


kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi
Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut didalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itukepadanya, nanti ia gugurkan atasmu


kurma yang masak. (Surah Maryam: 25)Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat
buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah
memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang
paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit
dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan
membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke
bahagian anggota lain dan otak
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam menganjurkan
kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada
Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah
kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadisriwayat Ahmad)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata :


Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :"Hindarilah api
neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

2)Kelebihan kurma menurut kajian saintifik

Fructose bertukar menjadi glukosa dengan cepat dan diserap secara langsung
terhadap sistem pencernaan sehingga keperluan tenaga tubuh dapat terpenuhi
terutama pada jaringan tubuh yang sangat bergantung pada glukosa misalnya sel-
sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang sum-sum.

Fructose dan Sililose memiliki efek tenaga Zink bagi menggerakan Vermicular
usus. Disamping itu ianya juga sangat penting dalam menghantar nutrisi ke
tempurung otak dan turut serta dalam pembentukan pensenyawaan fostat yang
menyalurkan tenaga dan menghantarnya ke seluruh sel-sel tubuh.

Semua Vitamin yang terkandung dalam Buah kurma seperti Vitamin A, B1 dan B2,
Biotine, Riboflotine dan lain-lain memiliki peranan aktif dalam proses asimilasi
makanan. Vitamin ini juga berfungsi sebagai penenang saraf.

Mineral pula berperanan penting dalam pembentukan enzim yang digunakan dalam
proses-proses utama tubuh di samping berperanan penting dalam menstabilkan
asam alkali di dalam tubuh. Dengan demikian keteganan otot dan saraf akan hilang.

Selain itu juga, kajian juga mendapati Magnesium di dalam Kurma juga dapat
mengatasi masalah Gejala Penuaan.

Disamping itu juga, kajian mendapati bahawa buah kurma mengandungi serat (Zat-
zat Fiber) yang menjadi faktor terpenting dalam mengaktifkan gerakan usus dan
elastiknya. Zat-zat fiber ini merupaka pencuci perut semulajadi seta sekali gus
mencegah sembelit, gangguan pencernaan, dan masalah ragaman tubuh yang lain.
Bahkan buah kurma merupakan Ubat Sembelit jika ditelan dengan air liur pada pagi
hari.

Kurma Mentah (Balah Ruthab) juga mengandungi hormon Pitosine. Antara khasiat
hormon ini adalah membantu menguatkan pembuluh darah pada rahim. Hormon ini
membantu mencegah terjadinya pendarahan pada rahim
Sebiji kurma banyak manfaatnya... Ini antara 6 kebaikan amalan memakan

tamar

Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP disambung, anda pula gemar mengunyah tak kira
waktu... ikut cara betul elak tabiat makan memudaratkan kesihatan
Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih
banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat
menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Berikut adalah enam manfaat kurma yang dibuktikan secara sainstifik.

Kurma bukan sahaja enak tetapi mempunyai khasiat termasuk mengelakkan


sembelit.

1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan


Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran
pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang
makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.

2. Mengawal gula dalam darah


Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh.
Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk
mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak
terlalu tinggi selepas makan.

3. Kaya antioksidan
Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.
Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik
untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.
Kurma biasanya dinikmati ketika bulan Ramadan.

4. Meningkatkan kesihatan otak


Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta
mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak.
Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Menjaga kesihatan tulang


Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia
mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat
mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

6. Mengatasi masalah seksual


Kurma juga baik untuk kesihatan seksual - kadar estradiol dan flavonoid pada kurma
meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah
dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana
sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-
Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah
SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan
ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah
lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat
tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di
dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal
dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi,
kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi


malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang
akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan
lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum
sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa
teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan
tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang
terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung
serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut
mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu
mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g
serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat
amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain.
Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air
dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh
berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan
elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam.
Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu
memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan,
namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk
kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu
Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas
memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma
yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung
dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan
pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak
dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari
daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya
direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara


sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Anda mungkin juga menyukai