Anda di halaman 1dari 2

Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang

Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat
mencuba dan beramal....

Caranya adalah dengan menyediakan


1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan
minyak habbatussawda.

Bacakan pada air itu :

1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,


2) Ayat kursi
3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.
4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari
Allah..
5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.

Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan
dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.
Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan
kesembuhan.

Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut
untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:


1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99

3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58


4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah
pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.

Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu
berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga
pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.

Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak
masing-masing.

Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah
bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari
segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan
izin Allah.

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi
bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang
berlaku adalah ujian daripada Allah SWT

Anda mungkin juga menyukai