Anda di halaman 1dari 3

Doa Majlis Yang Sangat Mudah dan Ringkas

azhan.co/bacaan-doa-majlis-yang-mudah-dan-ringkas/

May 16, 2016

Pernahkah tiba-tiba anda diminta menjadi pembaca doa di tempat kerja? Tak kiralah
sama ada majlis perpisahan, majlis kesyukuran ataupun perhimpunan sesuatu agensi
atau jabatan? Tentu anda tercari-cari bacaan doa mudah untuk sesuatu majlis.

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba (manusia) kepada Allah
SWT dengan hati yang ikhlas bagi mendapat rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi
dijauhkan dari bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu. Ia merupakan satu
cara hidup sebagaimana yang diajar oleh Baginda Nabi SAW.

Di sini saya ingin berkongsi doa mudah yang boleh dibaca dan sesuai digunakan untuk
semua majlis yang berbentuk ilmiah ataupun seumpamanya. Tetapi sebelum itu, izinkan
saya berkongsi sedikit tatacara, panduan dan adab berdoa agar apa yang dipohon lebih
mudah diterima oleh Allah SWT.

Panduan Tatacara dan Adab Berdoa


Ketika berdoa, lakukan dengan cara dan adab yang betul kerana doa adalah satu ibadat.
Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah SWT. Ia boleh dilakukan
secara individu atau berkumpulan. Di samping itu, doa juga hendaklah dilakukan di
tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik.

Berikut adalah adab-adab berdoa:

1. Angkat tangan ke paras dada.


2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.

1/3
3. Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ‫ ب‬. Titik ba terletak di
hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiyah di
dalam al-Quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat
bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap
Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh
dengan penuh pengharapan.
4. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika
berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.
5. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah SWT dan menyebut nama-
nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
Contohnya jika berdoa memohon dimurahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-
Razzaq iaitu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada
hamba-Nya. Ia seterusnya disusuli pula dengan berselawat ke atas baginda nabi
SAW.
6. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Sesuatu doa hendaklah dilakukan
dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk.
7. Gunalah bahasa yang mudah dan dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan
sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya.

Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana
InsyaAllah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Bacaan Doa Majlis Yang Mudah


ِبْس ِم اِهلل الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْيِم‬

‫َاْلَح ْم ُد ِِهلل َر ِّب ْالَع َلِْم يَن‬


‫َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع لَى َأْش َر
ِف اَألْنِبَيآِء َوالُمْر َس ِليَن‬

‫َوَع لَى آِلِه َوَص ْح ِبِه َأْج َمِع يَن‬


Ya Allah Ya tuhan kami.


Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufikMu.
Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang
berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan
rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran,
menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi
jabatan kami.

2/3
Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,

agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan


dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

‫ َأِتَنا ِفى الُّدنَيا َح َس نًة‬ ‫َر َّبَنا‬


‫َوِفى اَألِخ َر
ِة َح َس َنًة َوِقَنا َع َذ اَب الَّنِار‬

‫َر ِّب الِع َّز ِة َع َّم ا َيِص ُفوَن‬  ‫ُس بَح اَن َر ِّبَك‬

‫َوَس َالٌم َع َلى المُر َس ِليَن‬


‫َو
الَح مُد ِهلل َر ِّب الَع َلِم يَن‬

Namun begitu, sebelum menggunakan doa ini untuk sebarang majlis di tempat kerja
anda, pastikan anda mematuhi tatacara membaca doa untuk majlis rasmi atau separuh
rasmi yang dikeluarkan oleh JAKIM. Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3)
memperuntukkan bahawa agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Oleh itu
amalan membaca doa dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah
suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di negara ini.

Anda juga boleh rujuk panduan doa yang spesifik untuk majlis yang lain seperti di bawah:

Doa Persaraan
Doa Perhimpunan

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda.

3/3

Anda mungkin juga menyukai