Anda di halaman 1dari 5

Khutbah Jumaat 9 April 2021: “MENYAMBUT RAMADAN” +

[Jabatan Agama Islam Perak]


‫ل‬

Amaran!
Pihak Jabatan Agama Islam Perak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain daripada kandungan khutbah yang dikeluarkan.

"MENYAMBUT RAMADAN"
9 April 2021 / 26 Syaaban 1442

ُ ُ ‫ َو لب َت ْْ لِ ْْ لِ له تَ َت َحِذ‬،‫ َو لب َف ْض ل لِل تَ َت َ ذَن ُل الْخ ْ ََْي ُات َوالْ َ ََب ََك ُت‬،‫الصا ل َح ُات‬
‫ ذ لاَّل ْي لب لن ْع َم لت له ت ل َُِّت ذ‬1‫الْ َح ْمدُ ل ٰ ّ لِل‬
‫ َو َأ ْشهَدُ َأ ذن ُم َح ذمدً ا َع ْبدُ ُه‬.‫َشيْ َك َ َُل‬ ‫ َو ْحدَ ُه ََل َ ل‬،‫للا‬ ُ ‫ َأ ْشهَدُ َأ ْن ََل ا َ ََل ا ذَل‬.‫الْ َم َِ لاصدُ َوالْغ ََاَي ُت‬
‫َص لبهل‬ ْ َ ‫ َوََ ََ أ ل لَل َو‬2‫ ال ٰل ّ ُه ذم َص ِ ل ّل ِ َو َس ل ّ ّْل َو َب لرْْ ََ ََ َسي ل ِّّ لدََ ُم َح ذمد‬.‫َو َر ُس ْْ ُ َُل ََل ن ل ذَِب ب َ ْعدَ ُه‬
‫ َو َطا َع لت له‬3‫للا‬ ‫ ُأ ْو لص ِّْ ُ ُْك َوا ذَي َي لب َت ِْ َْى ل‬،‫َاِض ْو َن‬ ُ ‫ َِ َْا أُّيُّ َا احل ل‬، ُ‫ َأ ذما ب َ ْعد‬.‫الطا له لرْي َن‬ ‫امل ُ َجا له لد ْي َن ذ‬
‫ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ‬:‫الر لج ْي‬
ِ ‫ َأ ُعْ ُذ لب لهلل لمن ال ذشيِّ َطان‬:‫ قَال للا تَع َاَل‬.‫لَعل ذ ُ ُْك تُ ْف للحْن‬
ّ ‫َ ْ ل‬ َ ُ َ ُْ َ
(Al-Baqarah ayat 183)4 ‫ﱗﱘﱙﱚﱛﱜ ﱝﱞ ﱟ ﱠ‬
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan
keikhlasan melakukan segala suruhan Nya, dan meninggalkan segala larangan Nya. Mudah-
mudahan kita menjadi insan beriman dan bertakwa, serta selamat di dunia dan di akhirat.
Sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, mimbar pada hari ini akan membicarakan
khutbah bertajuk: “Menyambut Ramadan”.

Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,


Alhamdulillah, kita bersyukur atas nikmat rezeki yang berkat, nikmat tubuh yang sihat, dan
nikmat-nikmat lain yang dilimpahi ILAHI yang tidak terhitung oleh manusia. Tanpa kita sedari,
semua nikmat ini, dilimpahi ILAHI untuk membolehkan kita dapat beribadah kepada Nya.
Insya-Allah, dengan rahmat ILAHI, kita akan menemui bulan yang penuh rahmat, bulan yang
sangat berkat dan bulan yang diluaskan pintu keampunan, iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak,
bulan yang umat Islam diwajibkan berpuasa. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat
183 yang bermaksud:

1 Memuji Allah
2 Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
3 Pesan Taqwa
4 Ayat Al-Quran

1
Khutbah Jumaat 9 April 2021: “MENYAMBUT RAMADAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa".

Amalan berpuasa selain bukti ketakwaan ummah menjunjung Rukun Islam, semakin terbukti
memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia, antaranya pengurusan
berat badan, menangani masalah tekanan darah tinggi, penghadaman, membantu
menurunkan kadar gula dalam darah, menurunkan kolesterol serta menurunkan lemak, selari
dengan hadis daripada Sayidina Abu Hurairah Radiyallahu’anhu bahawa Nabi SAW pernah
bersabda:

ِ َ‫صوموا ت‬
‫ص ُّحوا‬ ُ ُ
Maksudnya: Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat. (Hadith riwayat At-Tabarani 8312)

Sama-samalah kita memenuhi Ramadan dengan menambah amal ibadah, merebut fadilat,
pahala dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antara persiapan yang boleh kita lakukan
pada ambang kemunculan Ramadan ialah:

Pertama: Banyakkan berdoa agar kita diberikan usia yang sihat berupaya menyempurnakan
sebanyak ibadah.

Kedua: Banyakkan beristighfar, memohon keampunan ILAHI atas segala dosa yang kita
lakukan sama ada secara sedar atau tanpa kita sedari, secara sengaja atau tidak sengaja,
agar hati dan jiwa kita sebersih kain putih ketika melangkah masuk ke bulan Ramadan.

Ketiga: Mengulang kaji, memahami dan menghayati hukum hakam berkaitan pelbagai ibadah
yang dianjurkan untuk dilaksanakan sepanjang Ramadan agar kualiti ibadah dapat
ditingkatkan.

Keempat: Memastikan kecergasan jasmani dengan menjaga kesihatan, melakukan riadah


dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat lagi seimbang.

Kelima: Menyediakan minda dan mengukuhkan keyakinan bahawa perintah puasa yang
merupakan ujian daripada Allah SWT, insya-Allah dapat kita tempuhi dengan baik selaras
dengan janji Allah yang terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

‫ﲳ‬ ‫ﲲ‬ ‫ﲫﲭﲮﲯﲰﲱ‬


‫ﲬ‬ ‫ﲦﲧ ﲨﲩﲪ‬
2
Khutbah Jumaat 9 April 2021: “MENYAMBUT RAMADAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Maksudnya: Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan
yang diusahakannya.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,


Umat Islam juga dinasihatkan merancang ibadah yang mahu dilaksanakan sepanjang bulan
Ramadan dengan mengimbasi perkara-perkara berikut:

Pertama: Mengambil iktibar amalan Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda
yang menghidupkan Ramadan dengan menambah ibadah seperti bersolat sunat, membaca
Al-Quran, berzikir, berjemaah di masjid dan berqiamullail.

Kedua: Memperbanyakkan amalan bersedekah. Sayidina Abdullah Bin Abbas


Radiyallahu’anhuma menceritakan sikap dermawan Rasulullah SAW kala tibanya bulan
Ramadan:

ِ ِ‫سول ه‬
‫ني‬
َ ‫أج َو ُد ما يَكو ُن يف َرَمضا َن ح‬
ْ ‫ وكا َن‬،‫هاس‬ ْ ‫صلهى هللاُ عليه وسله َم‬
ِ ‫أج َو َد الن‬ َ ‫اَّلل‬ ُ ‫كا َن َر‬
‫هللا‬ ‫ى‬‫ه‬‫ل‬ ‫ص‬ ِ‫سول ه‬
‫اَّلل‬ ُ ‫ر‬ ‫ل‬
َ ‫ف‬
َ ، ‫ن‬
َ ‫آ‬‫ر‬ ‫ق‬
ُ ‫ال‬ ‫ه‬ ‫س‬ِ
‫ر‬ ‫دا‬ ‫في‬ ‫ن‬
َ ‫ضا‬ ‫م‬‫ر‬ ‫ن‬ ‫م‬ِ ‫ وكا َن ي لْقاه يف ُك ِل لَي لَة‬،‫ي لْقاه ِج ِْبيل‬
ُ َ َ ْ ُ ُ ُ ََ ْ ُ َ ُ ْ ُ َ
)4743 ‫(رواه البخاري‬ ‫يح املُْر َسلَ ِة‬ ِ ‫أج َو ُد ابخلَ ِْي ِم َن‬
ِ ‫الر‬ ْ ‫عليه وسله َم‬
Maksudnya: Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan baginda bertambah
dermawan dalam bulan Ramadan. Jibrail menemui baginda setiap malam pada bulan
Ramadan untuk mengajarkan Al-Quran. Kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang
berhembus. (Hadith riwayat Al-Bukhari 4743)

Ketiga: Bersifat pemaaf dan penyabar.

Keempat: Tidak menyediakan, tidak membeli dan tidak mengambil makanan secara
berlebihan hingga berlaku pembaziran dan bercanggah dengan tujuan sebenar amalan puasa
diperintahkan.

Kelima: Melaksanakan tugas harian seperti biasa kerana berpuasa tidak harus dijadikan
alasan untuk kita tidak melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah ditetapkan.

3
Khutbah Jumaat 9 April 2021: “MENYAMBUT RAMADAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Muslimin yang dirahmati Allah,


Menjelang 1 Ramadan, marilah kita berazam menjadikan ibadah puasa tahun ini sebagai
ibadah puasa terbaik dalam sejarah usia kita. Ambil lah peluang bertemu Ramadan, dengan
memohon sebanyak-banyak keampunan ILAHI, melipat gandakan amal ibadah, bersifat
pemaaf dan pemurah dan mengamalkan cara hidup sihat. Isilah ruang waktu dan usia yang
kita miliki dengan melakukan perkara-perkara kebajikan, kerana belum pasti kita dapat
bertemu lagi bulan Ramadan pada tahun akan datang. Mudah-mudahan kita dapat
melaksanakan amal ibadah dengan sempurna dan diterima oleh Nya, serta mendapat
ganjaran dan keampunan daripada Allah SWT. Amin Ya Rabul Alamin.

‫للا ل ِْل َولَ ُ ُْك لبلْ ُِ ْر َء لان الْ َع لظ ْ لي َون َف َع ل ِْن َوا ذَي ُ ُْك لب َما لِ ْْ له لم َن ْال ََي لت َو ّلاَّل ْك لر الْ َح لك ْ لي َوتَ َِبذ َل‬
ُ َْ‫َب َر‬
َ ‫ َأ ُق ِ ْْ ُل قَ ْْ ل ِْل ه ََذا َو َأ ْسي َت ْغ لف ُر‬.‫الس لم ِّْ ُع الْ َع لل ْ ُي‬
‫للا الْ َع لظ ْ َي ل ِْل َولَ ُ ُْك‬ ‫لم ل ّ ِْن َو لم ْن ُ ُْك لت ََل َوتَ ُه ِان ذ ُه ه َُْ ذ‬
‫ات ْ َال ْح َْا لء لم ْْنُ ْم َو ْ َال ْم َْ لات َِا ْسي َت ْغ لف ُر ْو ُه‬
‫ات َوالْ ُم ْؤ لم لن ْ َْي َوالْ ُم ْؤ لمنَ ل‬ ‫َو ل َسائل لر الْ ُم ْس لل لم ْ َْي َوالْ ُم ْس لل َم ل‬
.‫ان ذ ُه ه َُْ الْ َغ ُف ْْ ُر ذالر لح ْ ُي‬
ِ
Khutbah Kedua

‫للا َو ْحدَ ُه‬ ُ ‫ َأ ْشهَدُ َأ ْن ََل لا َ ََل اَلذ‬.‫الش ْك ُر َ َُل ََ ََ ت َْْ لِ ْْ لِ له َو لا ْم لتنَا لن له‬ ُّ ‫ َو‬،‫ ََ ََ ا ْح َسا لن له‬5‫َالْ َح ْمدُ لهلل‬
ِ
6‫ل َ ََ سي لِّ لدََ ُمحمد‬ ّ ُ ْ َِ َ َ َ
‫ذ َ ل َ َ ّ َذ‬ ‫ص‬ ‫م‬ ‫ه‬
ُ ‫لل‬ ‫ا‬ . ُ
‫َل‬ ْ ‫س‬ ‫ر‬‫و‬ ‫ه‬ ُ‫د‬
ْ ُ ََ ُ َْ ‫ذ َ ّ ُ َ ذ‬ ‫ب‬ ‫ع‬ ‫ا‬ ً‫د‬ ‫م‬ ‫ح‬ ‫م‬ ََ َ‫لد‬ِّ ‫ي‬‫س‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ُ‫َد‬ ‫ه‬‫ش‬ ‫ َوأ‬،‫َشيْك َُل‬ ‫َل َ ل‬
َ ‫للا! لات ذ ُِ ْْا‬
‫ َو ُك ْْن ُْْا َم َع‬7‫للا‬ ‫ َِ َْا لع َبا َد ل‬، ُ‫ثْيا َأ ذما ب َ ْعد‬ ً ْ ‫َصا لب له َو َس ل ّ ّْل ت َ ْس لل ِّْ ًما لك‬ َ ْ ‫لوََ ََ َا ل لَل َو َأ‬
.‫الصا لد لق ْ َْي‬
‫ذ‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Mimbar menyeru para jemaah agar kita tetap berpegang kepada aqidah Islamiah
berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah, yang menjadi warisan Rasulullah SAW, sahabat dan
tabiin, hingga ke hari ini. Jagalah hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.
Makmurkanlah rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah dan solat fardu berjemaah.

8
‫ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ‬
5 Memuji Allah
6 Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
7 Pesan Taqwa
8 Ayat Al-Quran

4
Khutbah Jumaat 9 April 2021: “MENYAMBUT RAMADAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫ات َوالْ ُم ْؤ لم لن ْ َْي‬‫ اللذهُ ذم ا ْغ لف ْر للْ ُم ْس لل لم ْ َْي َوالْ ُم ْس لل َم ل‬،‫اللذهُ ذم َص ل ّل ََ ََ ُم َح ذمد َوََ ََ أ لل ُم َح ذمد‬
،‫ َو َأ ْص لل ْح َذ َات بَيْ ل لْن ْم َو َأ ل ّ ْف ب َ ْ َْي ُقلُ ِْْبل ل ْم َوا ْج َع ْل ل ِْف ُقلُ ِْْبل ل ُم ْاَليْ َم َان َوالْ لح ْْكَ َة‬،9‫ات‬
‫والْ ُم ْؤ لمنَ ل‬
ِ
‫ُْص ْ إاَلسَلم‬ ‫ اللذهُ ذم ان ُ ل‬.‫ اللذهُ ذم َأ لع ذز ْاَلإسَلم َوالْ ُم ْس لل لم ْ َْي‬.‫َوثَ لب ّ ْْتُ ْم ََ ََ لم ذ لَّل َر ُس ْْ لل للاﷺ‬
،‫ َو َالْ َبء‬،‫ اللذهُ ذم ادَِ ْع َعنّا ال َب ََلء‬.‫ك َز َمان‬ ّ ‫ك َم ََكن َو ل ِْف ُ ل‬ ّ ‫ وِف ُ ل‬،‫َوالْ ُم ْس لل لم ْ َْي ل ِْف َِلَ ْس لطْي‬
ََ‫ َعن ب ٰ َ للٰل‬،‫ َما َظه ََر لم ْْنَا َو َما ب َ َط َن‬،‫ َوال لف ََت‬،‫ َوا لمل َحن‬،‫ َوالغ َََلء‬، ََ‫ْصا َۏ ُير ْوس ال ُك ُْرو‬ ً ‫خ ُُص‬
.‫ َو َعن َسائل لر بُ ْ َٰلان ََا ذمة‬،‫ه ََذا خ ذَاصة‬
Ya Allah, berkatilah hamba-hamba Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan menghulurkan
wakaf, kurniai mereka rezeki yang berlipat ganda, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka.
Jauhkanlah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran serta lindungilah mereka
daripada kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, berilah kami kebaikan serta keberkatan di dunia dan di akhirat. Peliharalah kami
daripada seksa dan azab api neraka.

Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah Mu ke atas Raja kami, Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfur-lah, dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja dan seluruh rakyat jelata.

.‫َربذنَا أ لتنَا لِف ادلُّ نْ َِّا َح َسينَ ًة َو لِف ْال لخ َر لة َح َسينَ ًة َو لقنَا ََ َذ َاب النذ لار‬
‫ﱡﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ‬ ‫َِ َْا لع َبا َد ل‬
،‫للا‬
ََ ََ ‫ َو ْاش ُك ُر ْو ُه‬،‫للا الْ َع لظ ْ َي ي َ ْذ ُك ْرُ ُْك‬
َ ‫ﱶ ﱷﱸ ﱹ ﱺ ﱻﱠ َِ ْاذ ُك ُر ْوا‬
.

.‫للا ي َ ْع َ ُّل َما ت َْصنَ ُع ْْ َن‬ُ ‫ َو‬،‫للا َأ ْك َ َُب‬


‫ َو َ لَّل ْك ُر ل‬،‫ َو ْاسأَلُ ْْ ُه لم ْن َِ ْض ل لِل يُ ْع لط ُ ُْك‬،‫لن َع لم له يَ لزد ُ ُْْك‬
9 Doa Untuk Kaum Muslimin
5

Anda mungkin juga menyukai