Anda di halaman 1dari 7

TIBANYA SYAWAL

BERLALUNYA RAMADAN

1
14 Mei 2021/02 Syawal 1442

KHUTBAH : TIBANYA SYAWAL BERLALUNYA RAMADAN

َ َ َ ‫َ ِّ َ َ ح َ َ ح َ َ ح ُ َّ ح َ َ َ ُ ح َ َ َّ َ َ َّ ح َ َ َ َ ح‬ ُ ‫َ حَ ح‬
‫ وَل حول وَل‬،‫ وَل عدوان إَِل لَع الظال ِ ِمْي‬،‫ والعاق ِبة ل ِلمت ِقْي‬،‫اْلمد ِهللِ رب العال ِمْي‬
َّ َ ُ َّ َ ُ َ ‫َ ِّ ح َ َ َ ح َ ُ َ ح َ َ َ َّ ُ َ ح َ ُ َ َ ح َ َ ُ َ َ ح‬ َّ َ َّ ُ
‫ وأشهد أن ُمدا‬،‫َشيك َل‬ ِ ‫ أشهد ان َل ا َِل ا َِل اهلل وحده َل‬،‫قوة إَِل بِاهللِ العيل الع ِظيم‬
ُ ‫َ َ ح َ َ ح َ ح َ َ َّ َ ح‬ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ‫َ ح ُ ُ َ َ ُ ح ُ ُ َ َّ ُ َّ َ ِّ َ َ ِّ ح‬
،‫ أما بعد‬،‫آَلِ وأصحاب ِ ِه أْج ِعْي‬ ِ ‫ اللهم صل وسلم لَع سي ِدنا ُم ٍد ولَع‬،‫عبده ورسوَل‬
‫ح‬ ُ َّ ُ ‫َ َ ح َ َ ح‬ َ ‫َ َ َ ُّ َ ح ُ ح ُ ح َ َّ ُ ح َ ُ ح ح ُ ح َ َّ َ َ ح‬
،‫ فقد فاز المتقون‬،ِ‫ أو ِصيكم وإِياي بِتقوى اهلل‬،‫ إِتقوا اهلل‬،‫فيا أيها المؤمِنون‬

‫ﭧﭐﭨﭐ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ‬

‫ﱡﭐ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜ ﱝ‬

٨١ :‫ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ احلرش‬

Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat (memikirkan) apa yang telah kamu sediakan (daripada bekalan
amalan) untuk menghadapi hari esok (hari akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada
Allah dengan sebenar-benar takwa. Marilah sama-sama kita melaksanakan segala
perintah Allah dan dalam masa yang sama kita menjauhi serta meninggalkan setiap
larangannya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat
dan dipelihara daripada azab api neraka.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2021
14 Mei 2021/02 Syawal 1442

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


Hari ini merupakan hari yang kedua kita menyambut Aidilfitri. Walaupun Aidilfitri kali ini
tidaklah semeriah sambutan Aidilfitri ditahun-tahun yang lalu, ini disebabkan keberadaan
kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan PKP, namun syukur yang tidak terhingga
kita panjatkan kepada Allah SWT yang masih mengizinkan kita untuk sama-sama
meraikannya.

Ramadan adalah merupakan satu peluang keemasan untuk kita meraih keampunan
daripada Allah SWT. Namun amat malang sekali jika sekiranya seseorang itu diberikan
kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak diampunkan dosa-dosanya.

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA bahawa Nabi SAW:

َ َّ
َ‫ك َص ِع حد َت ال ِم حن ََب‬ َ ‫َ َ حََ ََ َ ح َ ح َ ح َ حَ َ َ ُ ح‬ َّ
َّ َّ‫أن انل‬
‫يب ﷺ ص ِعد ال ِمنَب فقال آمِْي آمِْي آمِْي قِيل يا رسول اهللِ إن‬
َ َ َ َ َ ‫َ ُ ح َ ح َ ح َ ح َ َ َ َ َّ ح ح َ َ َ ح َّ َ ُ َ َ ح َ َ َ َ ح َ ح َ َ َ ح‬
‫َبيل علي ِه السَلم أت ِاِن فقال من أدرك شهر رمضان‬ ِ ‫ج‬ ِ ‫فقلت آمِْي آمِْي آمِْي فقال إن‬
ُ ‫َ َ ح ُ ح َ ح َ ُ َ َ َ َ َّ َ َ َ ح َ َ ُ َّ ُ ُ ح ح َ َ ُ ح‬
َ‫ت آم حِْي‬ ‫فلم يغفر َل فدخل انلار فأبعده اَّلل قل آمِْي فقل‬

Maksudnya: "Ketika Nabi SAW menaiki minbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin,
Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulallah, apabila engkau menaiki
minbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: "Barangsiapa yang
bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya, maka dia akan
dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah
(wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Hadith Riwayat Ibn Hibban]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2021
14 Mei 2021/02 Syawal 1442

Di dalam hadis ini, jelas menunjukan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan
daripada Allah SWT di dalam bulan Ramadan, maka dia termasuk di dalam kalangan
orang-orang yang rugi.

Sepatutnya bagi mereka yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadan,
amat disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan bersunguh-sungguh
dalam mengharapkan pahala dan keampunan dari Allah SWT. Ganjaran yang besar iaitu
pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah dengan
bersungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


Hasil atau natijah yang paling besar yang sepatutnya kita dapat daripada puasa Ramadan
adalah sifat taqwa. Ini adalah kerana puasa mendidik dan mengajar kita untuk menjadi
hamba yang lebih dekat dan lebih takut kepada Allah.

Sebagai contoh, ketika berpuasa kita tidak akan mencuri-curi untuk makan atau minum
sekalipun kita berseorang diri, kerana kita yakin bahawa perbuatan tersebut akan
membatalkan puasa kita sekalipun tidak dilihat oleh sesiapa tetapi kita tetap yakin
bahawa Allah SWT melihat akan perbuatan kita tersebut. Maka kita tidak akan sekali-kali
melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa kita.

Nilai ketaqwaan inilah yang sepatutnya kita tanam dalam diri kita sepanjang masa setelah
kita berjaya memperolehinya di sepanjang Ramadan. Inilah yang akan mengangkat
kedudukan kita sebagai hamba yang mulia di sisi Allah SWT sebagaimana firmanNya:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﱡﭐ ﱥ ﱦ ﱧ ﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯﱰ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ‬
٨١ :‫ﱵ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱠ احلجرات‬
‫ﱶ‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2021
14 Mei 2021/02 Syawal 1442

Maksudnya : "Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)".

Sidang Jumaat sekalian,


Apa yang perlu kita ingat ialah, hari raya kita adalah satu ibadah dan bukannya sekadar
bergembira atau bersukaria tanpa panduan dan garis panduan. Lebih-lebih dalam
suasana PKP yang menuntut untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak
pemerintah.

Maka sambutlah kedatangan Syawal ini dengan penuh rasa syukur kepada Allah dan
jangan sekali-kali kita cemarkan Aidilfitri ini dengan perbuatan-perbuatan dosa dan
maksiat.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


Kita masih ada lagi satu tugasan yang perlu kita selesaikan untuk meraih keredhaan
Allah SWT, iaitu berpuasa selama enam hari di bulan Syawal. Walaupun ianya hanya
puasa sunat, namun kelebihannya adalah amat besar. Baginda Nabi SAW menyatakan
kepada kita melalui sabda baginda,

ًّ ُ َ َ َ َ َّ ُ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ ح‬ َّ َ َّ َ َ َ ‫َ ح‬
‫ من صام رمضان ثم أتبعه ِستا‬:‫يوب ريض اهلل عنه أن رسول اَّللِ ﷺ قال‬ ِ ‫عن أيب أ‬
‫َّ ح‬ َ َ َّ ‫م حِن َش‬
ِ ‫كصي‬
)‫ (رواه مسلم‬.‫ام ادله ِر‬ ِ ‫ال اكن‬
ٍ ‫و‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2021
14 Mei 2021/02 Syawal 1442

Maksudnya:
"Daripada Abi Ayyub RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan, kemudian dia teruskan lagi dengan berpuasa selama enam hari pada bulan
Syawal, maka itu adalah seumpama puasa sepanjang tahun".

Sidang Jumaat yang dikasihi,


Sama-samalah kita berdoa memohon kepada Allah SWT agar diangkat segera musibah
wabak yang sedang melanda seluruh dunia pada hari ini. Jangan sekali-kali kita berputus
asa daripada meminta kepadaNya dan sentiasalah berbaik sangka kepada Allah. Yakinlah
kita bahawa disebalik musibah yang melanda ini sudah pasti ada hikmah dan kebaikan yang
Allah SWT tentukan.

Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada bahaya wabak yang sedang melanda
ini.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﱡﭐ ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇ ﱈ ﱉﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐﱑ ﱒ‬

٨٠١ :‫ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱠ يونس‬

Maksudnya :
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada
sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia, dan jika Ia menghendaki
engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi
limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari
hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6


Khutbah Jumaat 2021
‫‪14 Mei 2021/02 Syawal 1442‬‬

‫اكم بماَ فيه منَ‬ ‫ُ‬ ‫َ َ َ َ ح َ َّ‬


‫يم‪ ،‬ونفع ِِن وإِي‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫ََ َ ُ ح ََ‬
‫ِ ِ ِ ِ‬ ‫رآن الع ِظ ِ‬
‫ىف الق ِ‬ ‫بارك اهلل ِِل ولكم ِ‬
‫َ ح َ َ َ َّ َ ِّ ح َ ح ُ ح َ َ َ ُ َّ ُ ُ َ َّ ُ‬ ‫َ ِّ ح‬ ‫ح ََ‬
‫كي ِم‪ ،‬وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع‬ ‫ات واذلك ِر اْل ِ‬ ‫اْلي ِ‬
‫ك حم َول َِسائر ال َ ُم حسلمْيَ‬ ‫َ ُ َ ُ ُ َ ح َ َ ََ ح َ ح ُ َ َ َ ح َ َ ُ‬
‫ِِ‬ ‫ِِ‬ ‫وِل هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ول‬ ‫العليِم‪ .‬أقول ق ِ‬
‫َ ََ‬ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح َ ُ ح َح‬ ‫َ َ ُ َ‬ ‫َ ُ‬ ‫َ ُ ح َ‬
‫ات‪ ،‬فاستغ ِفروه‪ ،‬فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا‬ ‫ات والمؤ ِمنِْي والمؤ ِمن ِ‬ ‫والمسلِم ِ‬
‫ََ َ‬
‫اة اتلَّائبْي‪َ.‬‬
‫ِِ‬ ‫َن‬

‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai