Anda di halaman 1dari 10

Tarikh Dibaca: 01 APRIL 2022M l 29 Syaaban 1443H

Tajuk:

“RAMADAN: GANJARAN BESAR


MENUNGGU KITA”

***

Terbitan:
Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
0
Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.
Jabatan Agama Islam Selangor

“RAMADAN: GANJARAN BESAR


MENUNGGU KITA”
ُ ۡ َ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ‬
ُ‫ك ُم ٱلص َيام‬ َ ْ َّ ْ َ ْ َ
ِ ‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا كتِب علي‬: ‫الحمدُ ِلل ِ ُه القائِل‬
َ ُ‫َۡ ُ ۡ ََذ ُ ۡ َذ‬ َ ‫َ َ ُ َ ََ ذ‬
1
١٨٣ ‫كما كتِب لَع ٱَّلِين مِن قبلِكم لعلكم تتقون‬
‫يك َل ُه َو َأ ْش َه ُد َأنا‬
َ ‫الل ُه َو ْح َد ُه ََّل َشر‬‫َ َُْ َْ ا ََ ا ا‬
‫أشهد أن َّل إل ِه إ َِّل‬
‫ا‬ َ ُ َ َ َ َ َ َ ‫ُ َ ا ً َ ْ ُ ُ َ َر ُ ْ ُ ُ َ ا ُ ا‬
‫ اللهم صل وسلم على سيدنا محم ٍد‬.‫محمدا ع ِبده و سوله‬
َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ََ َ
ِ .‫وعلى آلهِے وصحبهِے أجمعي ِن‬
‫َ ا َ ْ ُ َ َ َ ُّ َ ْ ُ ْ ُ َ ا ُ ْ ا‬
َ‫ ُأ ْوص ُيك ْم َوإ اياي‬،‫الل َه‬ ‫ فيآ أيها اْلسلمو ِن اتقوا‬،‫أما بعد‬
َ‫َ ْ َ ى َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ن‬
. ‫بتقو هللا فقد فاز اْلتقو‬
ََ َ ُ ‫َ َ ا ُ َ َ َ َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ ذ ُ ْ ذ َ َ ذ‬
‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱَّلل حق تقاتِهِۦ وَل‬:‫قال الله تعالى‬
َ ُ ۡ ُّ ُ ََ ‫َ ُ ُ ذ ذ‬
2
١٠٢ ‫تموتن إَِل وأنتم مسلِمون‬
Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah Sekalian,

Marilah kita tingkatkan iman dan taqwa kehadrat Allah SWT, dengan
mentaati segala perintahnya dan menjauhi larangannya. Semoga kita
mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Khutbah pada hari ini bertajuk; “RAMADAN : GANJARAN BESAR


MENUNGGU KITA”.

1
al-Baqarah : 183
2
ali-Imran : 102

1
Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Muslimin yang berbahagia,

Kita berada diambang Ramadan, bulan yang penuh rahmat dan


barakah. Marilah kita mengambil peluang yang istimewa ini untuk
memperoleh ganjaran besar anugerah Allah SWT.

Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu’anhu bahawa Rasulullah


SAW bersabda:

‫الل ُه َع از َو َجلا‬ ‫ََ ُ ْ ََ َ ُ َ ْ ٌ ُ َ َ ٌ َ َ َ ا‬


‫أتاكم رمضان شهر مبارك فرض‬
ُ‫الس َماء َو ُت ْغ َل ُق فيه َأ ْب َواب‬
‫اب ا‬ُ ‫ِ َع َل ْي ُك ْم ص َي َام ُه ُت ْف َت ُح فيه َأ ْب َو‬
ْ‫الش َياطين ل اله فيه َل ْي َل ٌة َخ ْي ٌرِمن‬ ‫ْال َجحيم َو ُت َغ ُّل فيه َم َر َد ُة ا‬
َ.‫َأ ْلف َش ْهر َم ْن ُحر َم َخ ْي َر َها َف َق ْد ُحرم‬
ٍ
“Telah datang kepada kamu sekalian bulan Ramadan, bulan yang
diberkati, Allah ‘azza wa jalla telah mewajibkan ke atas kamu sekalian
untuk berpuasa. Di bulan itu pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu
neraka Jahim ditutup serta syaitan-syaitan yang melampau dibelenggu.
Demi Allah, terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada
seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang mendapatkan kebaikannya,
maka sungguh ia telah terhalang mendapatkannya.”
(Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i).

Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi


Radiallahu’anhu memberitahu, pada suatu hari akhir bulan Syaaban
Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, yang bermaksud:

“Wahai manusia, kini muncul kepadamu satu bulan yang mulia,


bulan yang tersangat barakah, terkandung di dalamnya satu malam yang

2
Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.
Jabatan Agama Islam Selangor

terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulan difardukan puasa
pada waktu siang, dan solat pada waktu malam. Siapa yang ingin
menghampirkan diri kepada Allah SWT, dengan amalan sunat, akan
mendapat ganjaran pahala seolah-olah melakukan amalan fardu pada
bulan lain. Dan siapa yang melakukan amalan fardu dalam bulan ini, akan
mendapat ganjaran tujuh puluh amalan fardu pada bulan lain.”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Kedua-dua hadis ini sudah cukup bagi kita mengetahui betapa


besarnya ganjaran yang dijanjikan kepada kita. Kita akan memperoleh
rahmat Allah, diampunkan dosa, dimakbulkan doa, digandakan pahala
amalan, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika beribadat pada 10 malam
terakhir bulan Ramadan.

Muslimin yang mulia,

Sesungguhnya, tujuan berpuasa bukan setakat menahan makan dan


minum pada siang hari, tetapi mengajar kita mendisiplinkan diri dan
menjadikan kita supaya bertaqwa kepada Allah SWT. Antaranya; mendidik
hati supaya sentiasa ikhlas, menjaga mata dengan hanya melihat perkara-
perkara yang makrufdan menjauhi pandangan yang mendatangkan
kemungkaran dan maksiat, mencegah telinga daripada mendengar
pertuturan yang ditegah oleh syarak, mengawasi perut daripada makan
makanan yang haram dan syubhah, memelihara lidah daripada bercakap
hal-hal dusta dan mengumpat.

Puasa juga bertujuan untuk mendidik kita untuk menyumbang


kerana ganjaran besar juga akan menanti kepada individu yang suka
bersedekah menyediakan juadah berbuka puasa. Namun dalam masa
yang sama, janganlah pula kita melakukan pembaziran hingga terlalu

3
Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.
Jabatan Agama Islam Selangor

banyak makanan yang terbuang sepanjang bulan Ramadhan. Jadilah


hamba Allah yang mementingkan kesederhanaan dan tidak melampau-
lampau dalam sebarang tindakan penyediaan juadah pada bulan
Ramadhan.

Justeru, sambutlah bulan yang barakah ini, dengan azam untuk


mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain menunaikan Solat Fardhu
secara berjemaah di awal waktu, kita hendaklah mengisi malam-malam
Ramadan dengan solat sunat tarawih, beriktikaf dalam masjid,
bersedekah, memperbanyakkan zikir dan doa, bertadarus al-Quran dan
amalan-amalan sunat yang lain.

Rasulullah SAW menyatakan betapa besarnya ganjaran bertadarus


al-Quran, yang akan mendatangkan syafaatnya kepada kita pada hari
akhirat kelak. Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan bahawa Nabi SAW
bersabda:

َ ْ َ ً َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َْ ُ ‫ْ َ ُ ُ ْ َ َ ا‬
ِ‫إقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا ِلصحابه‬
“Bacalah al-Quran, kerana pada hari kiamat ia akan datang sebagai
syafaat kepadamu.”
(Riwayat Muslim).

Saidina Umar al-Khattab Radiallahu’anhu sering mengatakan apabila


tiba bulan Ramadan, dengan ucapan “Selamat datang Ramadan, bulan
yang membersihkan kami, kerana Ramadan semuanya menjadi baik,
puasa siang harinya baik, bangun solat pada malamnya baik, dan sedekah
pada bulan ini sama dengan membelanjakan harta untuk perjuangan jihad
fi-sabilillah.

Muslimin yang berbahagia.

4
Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Sebelum kita menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah ini,


sewajarnya kita mengulang kaji ilmu yang berkaitan dengan ibadat puasa
dan amalan-amalan yang telah disyariatkan, memohon ampun dan
bertaubat kepada Allah SWT, supaya kita memasuki bulan Ramadan ini
dengan jiwa yang suci bersih zahir dan batin. Bermunajat kepada Allah
SWT dengan penuh harapan agar puasa dan seluruh ibadat kita diterima
oleh Allah SWT.

Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu’anhu bahawa Rasulullah


SAW mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud:

“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tiada mendapat sesuatu


daripada puasanya, selain rasa lapar dan dahaga”.
(Riwayat Ibnu Majah).

Hadirin yang dikasihi Allah Sekalian,

Bagi mengakhiri khutbah ini, marilah kita menghayati dan mengambil


pengajaran daripada saranan berikut:

1. Umat Islam hendaklah yakin bahawa ibadat puasa dalam bulan


Ramadan adalah perintah Allah SWT yang wajib ditunaikan.

2. Umat Islam hendaklah istiqamah dan tidak berhenti


melaksanakan ibadah sepanjang bulan Ramadan ini dari awal Ramadhan
hinggalah sepuluh malam terakhir.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa bertaubat, menyesali segala


dosa yang pernah dilakukan, mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi
segala larangan-Nya.

5
Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.

‫َ ُ ُ ذ َ ذ‬
Jabatan Agama Islam Selangor

‫يم‬
ِ ‫ج‬ ‫ذ‬ َ ْ
ِ ‫ان الر‬ِ ‫أعوذ بِاَّللِ مِن الشيط‬
َ ُ ُ َ ‫ذ َ ذ ۡ َ ُ َ َ ذ ذ َ َ ۡ َ ُ َ ُّ ٓ َ َ َ َٰ َ ُ ذ‬
‫إِنما ٱتلوبة لَع ٱَّللِ ل َِّلِين يعملون ٱلسوء ِِبهلةٖ ثم يتوبون مِن‬
ٗ َ ً َ ُ ‫َ ُ ْ َ َٰٓ َ َ ُ ُ ذ ُ َ َ ۡ ۡ َ َ َ ذ‬ َ
١٧ ‫يب فأولئِك يتوب ٱَّلل علي ِهمۗۡ وَكن ٱَّلل علِيما حكِيما‬ ٖ ِ‫ق‬
‫ر‬
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya
bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan
kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)
mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Nisa’ : 17).

َ‫ َو َن َف َعن ْي َوإ اي ُاك ْم بما‬،‫هللا ل ْي َو َل ُك ْم في ْال ُق ْرآن ْال َعظ ْيم‬ ُ ‫َبا َر َك‬
ُ،‫الو َته‬ َ ‫اآليات َوالذ ْكر ْال َحك ْيم َو َت َق اب َل من ْي َوم ْن ُك ْم ت‬ َ ‫ف ْيه م َن‬
ُ.‫السم ْي ُع ْال َعل ْيم‬
‫إ ان ُه ُه َو ا‬
َ َ ْ ُ ََ ْ َ ْ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ََ َ َ ْ ْ َ ُ ُ َ
‫أقول قولي هذا وأستغفر هللا العظيم لي ولكم ولسآئر‬
ُ‫الرح ْي ِم‬ ْ ‫ َف‬،‫ْاْلُ ْسلم ْي َن َو ْاْلُ ْسل َمات‬
‫اس َِت ْغف ُر ْو ُه إ ان ُه ُه َو ْال َغ ُف ْو ُر ا‬

6
‫‪Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬
‫منَ‬ ‫َا ْل َح ْم ُدل اله االذ ْي َج َع َل َنا م َن ْاْلُ ْسلم ْي َن‪َ ،‬و َر َ َقناَ‬
‫ز‬
‫َله‪ُ،‬‬ ‫الطي َباتِ‪َ .‬أ ْش َه ُد َأ ْن اَّل إ َل َه إ ا َِّل ُِ‬
‫هللا َو ْح َد ُه ََِّل َشرْيكَ‬ ‫ا‬
‫صل َو َسلمْ‬ ‫َو َأ ْش َه ُد َأ ان ُم َح ام ًدا َِع ْب ُد ُه َو َر ُس ْو ُل ُه‪َ .‬ا الل ُه ام َ‬
‫ص ْحبه َو َم ْن َتب َع ُهمْ‬ ‫َو َبار ْك َع َلى َسيد َنا ُم َح ام ٍد َو َع َلى آلهِ َو َ‬
‫اُ ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ َا َ ُْ َ‬ ‫َ‬
‫بإ ْح َس ٍان إلى يوم الدين‪ .‬أما ِبعد‪ ،‬فيا عباد هللا‪ ،‬اتقوا‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ْ نَ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫اَ ُ‬
‫الله‪ ،‬أوصيكم وإياي بتقوى هللا فقد فاز اْلتقو ‪.‬‬
‫‪Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,‬‬

‫‪Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan‬‬


‫‪melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan‬‬

‫ذ ذ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ ذ َ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ‬
‫‪keji dan maksiat.‬‬

‫بي يَٰأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا‬


‫لئِكتهۥ يصلون لَع ٱنل ِ ِ‬ ‫إِن ٱَّلل وم َٰٓ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َ َۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫اُ ا َ َ َ ْ ََ َ َ ُ َ ا َ ََ‬
‫اللهم صل وسلم على سيدنا محم ٍد وعلى آله ِوِأصحابه‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫أجمعي ِن‪ِ .‬‬
‫َ‬ ‫َ ُْْ ْ َ َ ُْْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ا ُ ا ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ُْ‬
‫اللهم اغفر للمسلمين واْلسلمات واْلؤمنين واْلؤمناتِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ٌ‬ ‫ْ‬ ‫ا َ َ ٌْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َ ُْ ْ َ َ‬
‫اِلحياءِ منهم واِلمواتِ‪ ،‬إنك سميع قريب مجيب الدعوات‬ ‫ِ‬
‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫سلِمِ ِْي ِن‪َ،‬‬ ‫َ اُ ا َ ا ْ ْ ََ َ ْ‬


‫اْلُ ِْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ َ َ ْ‬
‫س ِال ِم ِو ِ‬ ‫ال ِ‬‫ويا قاض ي الحاجات‪ِ .‬ا ِلل ِه ِم ِأعِ ِز ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ َ َ َ َ ُْْ َ َ َ َ ُْ ْ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬
‫وأهلك الكفرة واْلبتدعة واْلشركين‪ِ .‬‬
‫اِلم ْين‪َ ،‬و َن ْس َأ ُلكَ‬ ‫َ اُ ا ا َ ْ َُ َ َََ َ ا ُ َْ َ َ َ َ‬
‫ك ِ‬ ‫اللهم إنا نسألك ونتوسل إليك بنبي ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُْ َْ َْ َ َْ َ‬
‫بأسمآئك الحس ِنى‪ ،‬وصفاتك العظمى‪ ،‬أن تحفظ بعين‬
‫َ ََ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ا‬ ‫َ‬
‫الرابان ايةِ‪َ ،‬وبحفظ وقايتك الصمدانية‪ ،‬ج ِاللة‬
‫َ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ك ا‬ ‫ع َن َايت َ ِ‬
‫َ َ ُ‬ ‫ُْ َ‬ ‫ُ‬ ‫ُْ َ‬ ‫َ َ ُْ َ ا‬
‫ملكنا اْلعظمِ‪ ،‬سلطان س ِال ِڠور‪ ،‬سلطان شرف الدين‬
‫ُ‬ ‫َ َ‬ ‫ُْ َ‬
‫ادريس شاه الحاج ابن اْلرحوم سلطان ص ِالح الدين عبد‬
‫الت ْوف ْيق‪َ،‬‬ ‫العزيز شاه الحاج‪َ .‬ا الل ُه ام َأدم ْال َع ْو َن َو ْاله َد َاي َة َو ا‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ا َ َ ا ََ‬
‫َوالصحة والسالمة منك‪ ،‬لولى عهد س ِال ِڠور‪ ،‬تڠكو أمير‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫الس ْل َطان َش َر ُف الدين ادريس شاه الحاج‪ ،‬فِ ِيْ‬ ‫َشاه ا ْبن ُّ‬
‫َ‬ ‫َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َْ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ ْ‬
‫أم ٍن وص ِال ٍح وعافي ٍة بمنك وكرمك يا ذاالجالل والكرام‪.‬‬
‫َ اُ ا َ ْ ُْ َُ َ ُ ْ َْ ُْ َ ا ْ َ َ ا ا َ ْ َ‬
‫اللهم أطل ع ِمرهما مصلحين للموظفين والرعية والب ِالد‪،‬‬
‫ُْ َ َ ا َ‬ ‫َ ْ ََ َ َُ َ‬
‫وبلغ مقاصدهما لطريق اله ِدى والرشاد‪.‬‬
‫ِ‬

‫‪Ya Allah, kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat‬‬


‫‪fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga‬‬
‫‪Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan‬‬
‫‪menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor‬‬
‫‪(TIJARI) dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan‬‬
‫‪(YIDE).‬‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 01 April 2022M l 29 Syaaban 1443H: “Ramadan: Ganjaran Besar Menunggu Kita”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫َا الل ُه اِم َيا َداف َع ْال َب َالء‪ ،‬ا ِْد َف ْع َع انا َه َذا ْال َو َب َاء َو ْال َب َال َِء َو ْاْلَ َرضَ‬
‫ف إ ان َك َع َلى ُكل َش ى ٍءْ‬ ‫َ ا َ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ ُ‬
‫والشدائد واْلحن‪ ،‬بلطفك يا لطي‬
‫َقد ْي ٌر َوب ْال َج َابة َجد ْير‪ٌ.‬‬
‫ب َنلَا م ِۡن أَ ۡز َوَٰج َنا َو ُذر ذيت َنا قُ ذرةَ أَ ۡع ُُي َو ۡ‬
‫ٱج َع ۡل َنا ل ِ ۡل ُم ذتقُيَ‬ ‫َر ذب َنا َه ۡ‬
‫ِ‬ ‫ٖ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫خ َرة ِ َح َس َن ٗة َوق َِنا َع َذابَ‬ ‫َ‬ ‫ُّ ۡ َ َ َ َ ٗ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ ً َذَٓ‬
‫إِماما‪ .‬ربنا ءات ِنا ِِف ٱدلنيا حسنة و ِِف ٱٓأۡل ِ‬
‫ٱنلذارِ ‪.٢٠١‬‬
‫ۡ ُ ۡ ََٰ‬ ‫َٓ‬ ‫َ َ ذ ذ ذ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ ۡ ََٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب‬ ‫عِباد اَّللِ‪ ،‬إِن ٱَّلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ ذ ُ ۡ َ َ ذ ُ َ‬
‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ‫وينه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ِۚ‬
‫‪٩٠‬‬
‫اش ُك ُر ْو ُه َع َلى ن َعمه َيز ْد ُكم‪ْ،‬‬‫َ ْ ُ ُوْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ ْ ُ ْ َ ْ‬
‫فاذكر ا هللا العظيم يذكركم و‬
‫ََُْ َ ا‬
‫الل ُه َي ْع َل ُم ماَ‬ ‫ُ‬ ‫َ ْ َُ ْ ُ ْ َ ْ ُ ْ ُ ْ ََ ْ‬
‫واسألوه من فضله يعطكم ولذكر هللا أكبر و‬
‫َ ْ َ ُ نَ‬
‫ت ص نع و ‪ُ .‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai