Anda di halaman 1dari 7

ANDAINYA INI RAMADAN

TERAKHIR

1
07 Mei 2021/25 Ramadan 1442

KHUTBAH : ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR…

َ‫ليْن ُكِّه َول َ ْو َكره‬ َ َ ُ َ ْ ُ ِّ َ


ِِّ ‫لَع ا‬ ْ َ َ ُْ َُْ ُ َ َ َ َْ ْ ‫ذ‬ ُ َْ
ِ ِِ ِ ‫ه‬‫ر‬‫ه‬ِ ‫ظ‬ ‫ِل‬
ِ ‫ق‬ِ ‫احل‬ ‫ن‬ِ ِ ‫ي‬ ‫د‬‫و‬ ‫ى‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ال‬ِ ‫ب‬ ‫َل‬ ‫و‬ ‫س‬‫ر‬ ‫ل‬ ‫س‬‫ر‬ ‫أ‬ ‫ِي‬ ‫اَّل‬ ِ ‫هلل‬ ‫د‬ ‫احلم‬
ً ‫ُ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ ذ َ ِّ َ َ ُ َ ذ‬ ‫ُ ْ ُْ َ َْ َُ َ ْ َ َ ذ‬
‫ وأشهد أن سيِدنا ُممدا‬،‫َشيك َل‬ ِ ‫ أشهد أن َل إَِل إَِل اهلل وحده َل‬،‫ْشكون‬ ِ ‫الم‬
ْ َ َ َ ْ ََ َ َ َ ‫َ ِّ َ َ ِّ ْ َ َ ْ َ َ َ ِّ َ ُ َ ذ‬ ُ ُْ ُ َ َ َُُْ
‫آَلِ وأصحاب ِ ِه ومن‬ ِ ‫ارك لَع سيِ ِدنا ُمم ٍد ولَع‬ ِ ‫ امهلل ص ِل وسلِم وب‬،‫عبده ورسوَل‬
ْ ِّ ْ َ َ َ ْ َُْ َ
.‫لي ِن‬ِ ‫ان إَِل يو ِم ا‬
ٍ ‫تبِعهم بِإِح‬
‫س‬
َ ْ ُ ْ ُ ْ ُ ْ ََ ‫ذ ُ ْ َ َ ذ ُ َ َ َ َ ُ ُ ذ ذ‬ َ َ ََ ُ َْ ‫َذ‬
.‫ه وَلتموتن إَِل وأتمم سسلِمون‬ ِ ِ ‫ فيا ِعباد اهللِ! ا ِتقوا اهلل حق تقات‬،‫أما بعد‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ‬

81:‫ﱟ ﱠ ﱠ احلرش‬

Sidang Jumaat yang berbahagia,


Pertamanya khatib ingin berpesan kepada sidang hadirin sekalian, tanpa melupakan
dirinya sendiri, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah sama-sama kita
mempertingkatkan kualiti ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan titah perintah-Nya juga menjauhi tegahan dan larangan-Nya, moga-moga
kita diselamatkan daripada api neraka dan beroleh syurga di akhirat kelak.

Muslimin Sidang Jumaat yang dikasihi Allah SWT,


Marilah kita bersama melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang
telah mengizinkan kita untuk menghirup udara Ramadan (dapat hidup) sehingga ke saat
ini. Doa kita selama dua bulan bermula 1 Rejab sehingga akhir Syaaban Alhamdulillah
telah dikabulkan oleh Allah SWT. Persoalannya apakah kita manfaatkan anugerah
kesempatan hidup dalam Ramadan dengan sebaik-baiknya?

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2021
07 Mei 2021/25 Ramadan 1442

Justeru marilah kita menghayati hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW
bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta
mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lalu. (Hadith Ri-
wayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW menjelaskan bahawa orang yang berpuasa di bulan
Ramadan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan
segala dosa-dosa kecilnya. Keampunan dosa adalah anugerah yang amat bernilai yang
semua kita harapkan.

‫ذ‬
ُ‫الش َياطِي‬ َ ِّ ُ ‫ذ‬ ُ َ ْ َ ْ َ ِّ ُ ‫ُ ْ ذ‬ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ َ
‫ت‬
ِ ‫ وصفد‬،‫ار‬
ِ ‫انل‬ ‫اب‬‫و‬ ‫ب‬ ‫أ‬ ‫ت‬‫ق‬ ‫ل‬ ‫وغ‬ ، ‫ة‬
ِ ‫ن‬ ‫اْل‬ ‫أبواب‬ ‫حت‬ِ‫إِذا جاء رسضان فم‬

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila sampai bulan
Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat
serta dibelenggu syaitan dan iblis”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam an-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Salihin telah menghuraikan hadis di atas sebagai
berikut:
Antaranya, Ramadan merupakan bulan yang paling banyak kelebihan dan keistimewaan
terutamanya bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa. Selain itu keistimewaan lain
adalah :
1. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab
mereka buat sementara.
2. Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati pada bulan Ramadan
terlepas daripada azab kubur.
3. Pada bulan Ramadan juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada
mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2021
07 Mei 2021/25 Ramadan 1442

Justeru amat digalakkan orang yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan
dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Muslimin sidang Jumaat yang dikasihi,


Kenapa kita wajib melipat gandakan amalan dalam saki baki Ramadan yang ada ini?
Jawapannya cukup jelas sebagaimana tajuk Khutbah hari ini iaitu Andainya Ini Ramadan
Terakhir yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita semua. Kita tidak pasti apakah kita
masih lagi berpeluang untuk memasuki Ramadan tahun hadapan.
Namun kita perlu positif dan bersangka baik dengan Allah SWT. Kita perlu berdoa dan
terus berdoa sepanjang Ramadan yang mulia ini,

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim


Janganlah Engkau jadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terakhir buat kami,
Ya Allah Tuhan yang Maha Penyayang Engkau temukanlah kami dengan Ramadan yang
akan datang…
Tetapi, sekiranya Engkau takdirkan Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terakhir buat
kami, maka Engkau jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang engkau Rahmati,
Engkau anugerahkanlah kepada kami Ramadan kali ini Ramadan yang paling bererti,
penuh dengan cahaya keimanan yang mampu menerangi kegelapan hati kami menuju
keredhaan serta kasih sayangmu,
Ya Allah, Engkau jadikanlah Ramadan kali ini sebagai penghapus segala dosa kami.
Ya Allah…Engkau rezekikan untuk bertemu dengan LAILATUR QADR…Engkau pilihlah kami
sebagai hambaMu yang diberikan peluang untuk beramal pada malam AL-QADR.

Ya Allah...
Engkau terimalah segala amalan kami.
Engkau terimalah segala taubat kami.
Engkau ampunkanlah segala dosa kami.
Engkau amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi.
Engkau kurniakanlah kepada kami SYURGAMU yang maha luas nikmatnya.
Ameen....Ya Rabbal A’lamin.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2021
07 Mei 2021/25 Ramadan 1442

Muslimin sidang Jumaat yang berbahgia,


Kita baru sahaja melepasi 17 Ramadan 1442 iaitu Peristiwa teragung dan paling
istimewa dalam sejarah umat Islam. Pada malam tersebut diturunkan al-Quran (Nuzul
al-Quran). Peristiwa ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati.

Dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3-4, Allah SWT telah berfirman yang
bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang
tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap
perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar)’’.

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT pada 17 Ramadan yang disebut sebagai Malam
Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus
(30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi
SAW.

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya


merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT, tetapi turunnya al-Quran
adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar
sejahtera dunia dan akhirat .

Oleh itu, manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan
peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil
ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari : "Makan tiga kali sehari" tetapi
tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.

Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai
pedoman maka al-Quran itu sendiri yang akan melaknatnya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2021
07 Mei 2021/25 Ramadan 1442

Sidang Jumaat yang berbahagia,


Mimbar ingin mengingatkan kepada umat Islam sekalian tentang kewajipan membayar
zakat fitrah. Zakat fitrah bagi negeri Kedah Darul Aman pada tahun ini telah ditetapkan
dengan nilai segantang beras, berdasarkan Beras Super Spesial Tempatan dengan harga
seorang sebanyak RM7.00. Namun, di dalam masa yang sama adalah digalakkan bagi
sesiapa yang memakan beras yang lebih mahal atau mempunyai kemampuan rezeki yang
lebih serta mengamalkan gaya hidup yang mewah untuk menunaikan zakat fitrah dengan
nilai RM14.00 berdasarkan nilai Beras Super Import dan setarafnya, dan juga bayaran
sebanyak RM21.00 dengan nilai Basmathi dan setaraf dengannya. Bayaran secara lebihan
mengikut gandaan ini adalah galakan secara sukarela tanpa sebarang paksaan bagi yang
berkemampuan.

Disamping itu juga, minbar tanpa jemu-jemu mengingatkan kepada sidang hadirin sekalian,
patuhilah SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sepertimana yang kita maklum
sudah terdapat beberapa daerah di negeri kita yang telah dikategorikan di dalam Zon
Merah. Jadilah masyarakat yang berdisplin dalam setiap perkara dengan sentiasa
mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian kita.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭐﱡﭐ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑﲒﲓ ﱠ‬
٥٨١ :‫ابلقرة‬

Maksudnya : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6


Khutbah Jumaat 2021
‫‪07 Mei 2021/25 Ramadan 1442‬‬

‫اكم بماَ فيه منَ‬ ‫ُ‬ ‫َََ َ ْ َ ذ‬


‫يم‪ ،‬وتفع ِِن وإِي‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫ََ َ ُ ْ ََ‬
‫ِ ِ ِ ِ‬ ‫رآن الع ِظ ِ‬
‫ىف الق ِ‬ ‫بارك اهلل ِِل ولكم ِ‬
‫َ ْ َ َ َ ذ َ ِّ ْ َ ْ ُ ْ َ َ َ ُ ذ ُ ُ َ ذ ُ‬ ‫َ ِّ ْ‬ ‫ْ ََ‬
‫كي ِم‪ ،‬وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع‬ ‫ات واَّلك ِر احل ِ‬ ‫اْلي ِ‬
‫ك ْم َول َِسائر ال َ ُم ْسلميَ‬‫َ ُ َ ُ ُ َ ْ َ َ ََ ْ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ َ ُ‬
‫ِِ‬ ‫ِِ‬ ‫وِل هذا وأسمغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ول‬‫العليِم‪ .‬أقول ق ِ‬
‫َ ََ‬ ‫َ ْ َْ ُ ُْ ََ َْ َ ُ ْ َْ‬ ‫َ َ ُ َ‬ ‫َ ُ‬ ‫َ ُ ْ َ‬
‫ات‪ ،‬فاسمغ ِفروه‪ ،‬فيا فوز المسمغ ِف ِرين ويا‬ ‫ات والمؤ ِمنِي والمؤ ِمن ِ‬ ‫والمسلِم ِ‬
‫ََ َ‬
‫اة اتلذائبي‪َ.‬‬
‫ِِ‬ ‫َن‬

‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai