Anda di halaman 1dari 6

Telegram : @fatinnnabila

Rujukan : https://ecentral.my/

Antara kelebihan Syaaban, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang ditawarkan
pengampunan daripada-Nya dan dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Hal ini berdasarkan
kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tabarani:

Daripada Mu’az Jabal r.a. daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫مشاحن‬
ٍ ‫لجميع خلقِه إاَّل لمشركٍ أو‬ ‫شعبان فيغف ُر‬
َ َّ
‫يطلِ ُع هللاُ إلى خلقِه في ليل ِة ال ِّنصفِ مِن‬
ِ

Maksudnya: “Allah SWT menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni
semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang masih bersengketa
dan bertelagah.”

(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)

Imam al Syafi’i berkata:

ِ‫ َو َل ْي َل ِة ٱل ِّنصْ ف‬،ٍ‫ َوَأوَّ ِل َل ْي َل ٍة مِنْ َر َجب‬،‫ َو َل ْي َل ِة ْٱلف ِْط ِر‬،‫ َو َل ْي َل ِة ٱَأْلضْ َح ٰى‬،ِ‫ فِي َل ْي َل ِة ْٱل ُجم َُعة‬،‫ال‬
ٍ ‫مْس َل َي‬
ِ ‫ُّعآ َء يُسْ َت َجابُ فِي َخ‬ َ ‫َب َل َغ َنا َأ َّن ُه َك‬
َ ‫ ِإنَّ ٱلد‬:ُ‫ان ُي َقال‬
َ ‫مِنْ َشعْ َب‬
‫ان‬

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan
pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab
dan malam Nisfu Syaaban.”

Antara doa yang boleh dibacakan ialah:

DOA 1

‫ان‬
َ ‫ض‬َ ‫اركْ َل َنا َو َبلِّ ْغ َنا َر َم‬
ِ ‫ َو َب‬،‫ان‬ ٍ ‫اركْ َل َنا فِي َر َج‬
َ ‫ب َو َشعْ َب‬ ِ ‫الل ُه َّم َب‬

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau
berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

DOA 2

‫ َو َت َسلَّمْ ُه ِم ِّني ُم َت َق َّباًل‬،‫ان لِي‬


َ ‫ض‬َ ‫ َو َسلِّ ْم َر َم‬،‫ان‬
َ ‫ض‬َ ‫اللَّ ُه َّم َسلِّمْ نِي ل َِر َم‬

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah


Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat
beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam
keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
Telegram : @fatinnnabila
Rujukan : https://ecentral.my/

Contohnya doa harian / lazim yang boleh dibacakan adalah :

1 ) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA

Firman Allah SWT:

َ ‫اغفِرْ لِي َول َِوالِدَ يَّ َول ِْلمُْؤ ِمن‬


ُ‫ِين َي ْو َم َيقُو ُم ْالح َِساب‬ ْ ‫َر َّب َنا‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)

2) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

‫ِين‬ ٰ ‫نت َخ ْي ُر‬


َ ‫ٱلرَّ ِحم‬ َ ‫ٱغفِرْ َل َنا َوٱرْ َحمْ َنا َوَأ‬
ْ ‫َر َّب َنٓا َءا َم َّنا َف‬

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami
rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)

3) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

Firman Allah SWT:

َ ‫ك َأ‬
ُ‫نت ْال َوهَّاب‬ َ ‫َر َّب َنا الَ ُت ِز ْغ قُلُو َب َنا َبعْ دَ ِإ ْذ َهدَ ْي َت َنا َو َهبْ َل َنا مِن لَّ ُد‬
َ ‫نك َرحْ َم ًة ِإ َّن‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari
sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

4) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

Firman Allah SWT:

‫َر َّب َنا َهبْ َل َنا مِنْ اَ ْز َوا ِج َنا َو ُذرِّ ٰ ّي ِت َنا قُرَّ َة اَعْ ي ٍُن وَّ اجْ َع ْل َنا ل ِْل ُم َّت ِقي َْن ِا َمامًا‬

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami
sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)
Telegram : @fatinnnabila
Rujukan : https://ecentral.my/

5) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Firman Allah SWT:

‫ِين‬
َ ‫صلِح‬
َّ ‫ِك ٱل‬ َ ‫ض ٰى ُه َوَأ ْدخ ِْلنِى ِب َرحْ َمت‬
َ ‫ِك فِى عِ َباد‬ َ ٰ ‫مْت َع َلىَّ َو َع َل ٰى ٰ َولِدَ ىَّ َوَأنْ َأعْ َم َل‬
َ ْ‫صلِحً ا َتر‬ َ ‫َربِّ َأ ْو ِزعْ ن ِٓى َأنْ َأ ْش ُك َر نِعْ َم َت‬
َ ‫ك ٱلَّت ِٓى َأ ْن َع‬

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan
amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)

6) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

Firman Allah SWT:

‫ان‬ِ ‫ِين َس َبقُو َنا ِباِإْلي َم‬ َ ‫اغفِرْ َل َنا َوِإِل ْخ َوا ِن َنا الَّذ‬ْ ‫َر َّب َنا‬
ِّ ‫اًّل‬
‫ك َرءُوفٌ رَّ حِي ٌم‬ ُ
َ ‫ِين آ َمنوا َر َّب َنا ِإ َّن‬ َّ
َ ‫وب َنا غِ للذ‬ ِ ُ‫َواَل َتجْ َع ْل فِي قُل‬

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman
lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami
terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun,
Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)
Telegram : @fatinnnabila
Rujukan : https://ecentral.my/

CONTOH DOA MEMOHON KEAMPUNAN YANG BOLEH DIBACAKAN PADA MALAM


NISFU SYAABAN (BAHASA MELAYU)

Berikut adalah contoh doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh anda baca pada Malam
Nisfu Syaaban:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk
ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima
kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan
syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat
Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para
sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka
hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi
semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan
izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan
dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan
selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan
dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat
pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain
dari Arash Mu.
12. Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada
keraguan.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat
keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari
menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong,
menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan
pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan
kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat Islam dari Fitnah Dajjal.
Telegram : @fatinnnabila
Rujukan : https://ecentral.my/

20. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu
dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas
yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi
zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti
dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan
kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami
dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan
niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga
kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada
pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan
syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat
bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dengan selawat.


Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Wallahu-a’lam.

Sumber asal oleh : Ustazah Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Rujukan:

1. Kitab Madza fi Sya’ban karangan Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.

2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, “Irsyad Al-Hadith Siri Ke-52: Kelebihan Bulan
Sya’ban.”

3. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, “Bulan Sya’ban: Keistimewaannya Mengikut
Neraca Nas.”
Telegram : @fatinnnabila
Rujukan : https://ecentral.my/

Anda mungkin juga menyukai