SOCAR
Simply Book on the SOCAR App.
PASANG
Doa selepas solat dalam Rumi berserta maksud. Berikut adalah himpunan doa selepas solat dengan teks bahasa
Arab. Ia lengkap dengan sebutan (transliteration) dalam tulisan Rumi dan juga maksud/terjemahan dalam Bahasa
Melayu. Doa-doa ini adalah untuk ramai orang (jamak), sesuai untuk dibaca imam selepas solat berjemaah. Ia bukan
doa untuk diri sendiri / sendirian (aku).
Nota: Sebutan / transliterasi dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk
sebutan tepat.
َو الَّص لَاُة َو الَّس لَاُم َع َلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّم ٍد َوَع َلى آِلِه َو َص ْح ِبِه َأْج َم ِع ْي َن، َالَح ْم ُد ِلَّلِه َرِّب الَع َلِم ْي َن
Bismillahir raḥmānir raḥīm
Alḥamdulillāhi rabbil 'ālamīn waṣṣalā ṯuwas salā mu'alā sayyidinā Muḥammadin wa'alā ālihi waṣaḥbihi ajma'īn.
Maksud:
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta
ke atas keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah, ampunilah kami serta kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan
mendidik kami di masa kecil.
َو ِإْيَم اَنَنا ِإْيَم اَن، َو ِإْس لَاَم َنا ِإْس لَاَم الُمْس ِلِم يَن، َالَّلُه َّم اْج َع ْل ِد ْيَنَنا ِد ْيَن الَّنِبِّي ُمَح َّم ٍد َص َّلى الَّلُه َع َلْي ِه َو َس َّلَم
َو ُذ ُنوَبَنا ُذ ُنوَب، َو ِنَّيَتَنا َِنَّيَة الُم ْخ ِلِص يَن، َو َأْع َم اَلَنا َأْع َم اَل الَّص اِلحيَن، َو َص لَاَتَنا َص لَاَة الَخ اِش ِع يَن، الُم ْؤ ِم ِنيَن
َو َأْد ِخ ْلَنا الَج َّنَة َمَع الَأْنِبَي اِء َع َلْي ِه ُم الَّص لَاُة، َوَمْو َتَنا ِبَمْوِت الُّش َه َداِء، َوَح َي اَتَنا َح َي اَة الُع َلَم اِء، الُمْس َتْغ ِف ِريَن
. َو الَّس لَاُم
Allahummaj 'aldīnanā dīnannabiyyi muḥammadin ṣallallāhu 'alaihi wasallam, waislāmanā islāmal muslimīn,
waīmānanā īmānal mūkminīn, waṣalātanā ṣālāṯal khāsyi'īn, wa'akmālanā akmālaṣṣāliḥīn, waniyyatanā niyyatal
mukhlisīn, wadhunūbanā dhunūbal mustaghfirīn (3x), waḥayātanā ḥayāṯal 'ulamā', wamawtanā bimawtis
syuhadā', wa adkhil naljannaṯa ma'al anbiyā' 'alaihimuṣṣalāṯu wassalām.
Maksud:
Ya Allah, jadikanlah agama kami ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi S.A.W, dan Islam kami ini sebagaimana
Islamnya Muslimin yang sebenar, dan iman kami ini sebagaimana berimannya orang Mukminin, dan solat kami seperti
solat orang-orang yang khusyu’, dan amalan kami seperti amalan orang-orang soleh, dan niat kami seperti niat orang-
orang yang ikhlas, dan jika kami berbuat dosa, ampunkanlah dosa kami sebagaimana orang yang bertaubat kepadaMu
(3x), dan hidupkanlah kami sebagaimana Ulama’, dan matikanlah kami sebagai seorang Syuhada’, dan masukkanlah kami
ke dalam syurga bersama para Nabi-nabi Mu.
وَتْوَبًة َقْب َل، َو َبَر َك ًة ِفى الِّرْزِق، َو ِزَياَد ًة ِفى الِع ْلِم، َوَع اِفَي ًة ِفى الَج َس ِد، َالَّلُه َّم ِإَّنا َنْس َأُلَك َس لَاَم ًة ِفى الِّد ْيِن
. َوَم ْغ ِف َر ًة َبْع َد الَمْوِت، َوَرْح َم ًة ِع ْنَد الَمْوِت، الَمْوِت
Allahumma innā nas aluka salāmaṯan fiddīn, wa 'āfiaṯan fil jasad, wa ziyādaṯan fil 'ilm, wa barakaṯan fir rizq, wa
tawbaṯan qablal mawt, wa raḥmaṯan 'indal mawt, wa maghfiraṯan ba'dal mawt.
Maksud:
Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambahkan
ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.
. َو الَّنَج اَة ِم َن الَّناِر َو الَع ْف َو ِع ْنَد الِح َس اِب، َالَّلُه َّم َه ِّوْن َع َلْي َنا ِفى َس َك َر اِت الَمْوِت
Allahumma hawwin 'alainā fī sakarātil mawt, wannajāṯa minannār, wal 'afwa 'indal ḥisāb.
Maksud:
Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan berilah pengampunan
semasa diadakan perhitungan (hisab).
Maksud:
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat
kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi. (7:23)
، َو َنُع وُذ ِبَك ِم َن الُج ْب ِن َو الُبْخ ِل، َو َنُع وُذ ِبَك ِم َن الَع ْج ِز َو الَك َس ِل، َالَّلُه َّم ِإَّنا َنُع وُذ ِبَك ِم َن الَه ِّم َو الَح َزَن
.َو َنُع وُذ ِبَك ِم ْن َغَلَب ِة الَّد يْـِن َو َقْه ِر الِّرَج ال
Allahumma innā na’ūdhubika minal ḥammi walḥazan, wa na’ūdhubika minal ‘ajzi wal kasal, wa na’ūdhubika minal
jubni wal bukhl, wa na’ūdhubika min ghalabatid dayni waqahrir rijāl.
Maksud:
Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari kerisauan dan kesedihan, kami berlindung dengan Mu dari sifat lemah dan
malas, kami berlindung dengan Mu dari sifat penakut dan bakhil, kami berlindung dengan Mu dari bebanan hutang dan
penindasan orang.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan
kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah
pemberianNya. (3:8)
Maksud:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (2:201)
.ebolgv
hvglobe.com
bolgvh
Hitamkan uban serta
merta
Beli Sekarang
الَلُه َّم اْخ ِتْم َلَنا ِبُح ْس ِن اْلَخ اِتَم ة َو لَا َتْخ ِتْم َع َلْي َنا ِبُس وِء الَخ اِتَم ة
Allahummakh timlanā biḥusnil khātimah, walā takhtim 'alaynā bisūil khātimah.
Maksud:
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami
dengan sū-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).
Maksud:
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan
sahabat-sahabat baginda.
Nak berdoa panjang atau pendek/ringkas bergantung kepada citarasa masing-masing. Apa yang lebih penting dalam
berdoa ialah kita memahami makna (apa yang kita doakan) dan mengamalkannya secara berterusan. Jadikan amalan
harian setiap kali selepas solat fardhu.
Semoga himpunan doa-doa pilihan selepas solat di atas memberi manfaat buat para pembaca. Untuk bacaan dalam
solat serta terjemahan, sila rujuk Makna Bacaan Dalam Solat.