Anda di halaman 1dari 7

Tips Pecutan Akhir Ramadhan.

DOA – SOLAT – QURAN – PUASA – SEDEKAH


Kisah Rabiah bin Ka’ab
https://islamstory.com/ar/artical/33886/%D8%B1%D8%A8%D9%8A
%D8%B9%D8%A9_%D8%A8%D9%86_%D9%83%D8%B9%D8%A8_
%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A
Saidina Rabiah bin Ka'ab. Ketika Islam mula tersebar dikota Madinah, usianya masih kecil.

Bagaimanapun, Islam sudah meresap ke dalam kalbunya sehingga beliau merasai nikmat
keimanan. Tatkala kali pertama melihat Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah Baginda,
Rabiah berkata: "Aku langsung jatuh hati pada Rasulullah SAW. Aku amat mencintai dan
merinduinya sehinggakan ke mana sahaja Baginda pergi, aku pasti akan cuba sedaya
upayaku untuk mengikut Baginda."

Satu hari Rabiah berkata kepada dirinya: "Wahai Rabiah, mengapa engkau tidak
menghadiahkan dirimu untuk Rasulullah SAW sebagai orang yang berkhidmat kepada
Baginda. Serahkanlah dirimu kepada Baginda dan jika Baginda meredai engkau, maka
berbahagialah engkau kerana dapat mendekati Baginda SAW. Bahkan meraih cinta
Rasulullah SAW. Engkau akan meraih kebaikan dunia mahupun akhirat."

Tidak lama sesudah itu, beliau bertemu Rasulullah SAW untuk menawarkan dirinya menjadi
pembantu Baginda dan Baginda tidak menghampakan harapan Rabiah. Inilah antara sunah
Baginda yang sentiasa menunaikan harapan dan permintaan orang lain.

Rabiah diterima menjadi pembantu Rasulullah SAW dan sejak itu, Rabiah umpama bayang-
bayang Baginda. Ke mana sahaja Baginda pergi, pasti Rabiah akan mengikutinya. Apabila
malam berlabuh dan selesai Rasulullah SAW mengerjakan solat Isyak, barulah Rabiah
pulang.

Tetapi, terdetik di hatinya jika beliau pulang dan Rasulullah SAW bangun di
tengah malam serta berhajatkan sesuatu, siapakah yang akan
menyempurnakan permintaan Baginda. Memikirkan perkara itu, Rabiah terus
setia menunggu di hadapan pintu rumah Rasulullah SAW. Beliau menjadikan
bendul rumah Baginda sebagai bantal.

Disebabkan Rabiah sudah lama berkhidmat dan berbakti kepadanya,


Rasulullah SAW ingin membalas kebaikan Rabiah itu. Pada satu hari,
Baginda memanggilnya dan Rabiah segera datang kepada Rasulullah SAW.
Maka Baginda berkata: "Mintalah sesuatu kepadaku dan hari ini akan aku
berikan kepadamu." Rabiah membalas: "Tidak pernah terlintas di hatiku ya
Rasulullah untuk meminta sesuatu daripadamu."
Kemudian Baginda menyuruh Rabiah berfikir dahulu dan kembali semula jika
ada permintaan.

Rabiah seorang anak muda yang fakir dan tidak mempunyai apa-apa. Beliau
kemudian berfikir untuk meminta sesuatu kebaikan daripada kebaikan dunia
supaya keluar daripada kemiskinan.

Saat Rabiah melangkah menuju ke rumah Baginda SAW, hatinya berbicara:


"Wahai Rabiah, kenapakah perlu kamu meminta kebaikan kehidupan dunia
yang tidak kekal, sedangkan Rasulullah SAW mempunyai kedudukan yang
sangat besar di sisi Allah SWT. Andai kata kamu meminta kepadanya

kebaikan akhirat, pasti Allah SWT akan tunaikan dan kabulkan permintaan
kamu."

Pada ketika Rabiah berasa tenang kerana tahu apakah yang mahu diminta
kepada Rasulullah SAW. Kakinya melangkah laju. Tatkala melihat Rabiah,
Rasulullah SAW tersenyum lantas berkata: "Sekarang, apa yang kamu ingin
minta wahai Rabiah?" Rabiah kemudian menjawab tanpa bertangguh: "Ya
Rasulullah, aku meminta kepadamu untuk berdoa kepada Allah SWT supaya
Allah SWT menjadikan aku sebagai teman baikmu di dalam syurga."

Maka Rasulullah SAW terkejut dengan permintaan itu lalu Baginda bertanya:
"Siapa yang menasihatimu untuk meminta sebegini?" Rabiah mengatakan:
"Tiada sesiapa." Rasulullah bertanya lagi: "Tidakkah kamu mahu menukar
kepada permintaan yang lain?" Kata Rabiah: "Tidak ya Rasulullah." Baginda
kemudian berkata: "Jika begitu wahai Rabiah, bantulah aku dengan kamu
memperbanyakkan sujud."

Ungkapan Al-Banna dalam Usul ketiga dari Usul 20.


“Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah adalah cahaya dan
kemanisan yangdicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki-Nya.”

Untuk dapat Doa Mustajab jagalah 3 perkara


https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2968-al-kafi-1015-bagaimana-mendapatkan-doa-
mustajab

Pertama: Berdoa dengan Penuh Harap dan Yakin dan Merintih


Boleh lihat surah Anbiya dari ayat 76 – 90

Antara adab berdoa, seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam
keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan.
Demikian juga, seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap (agar doa
dimustajabkan) dan juga perasaan takut (dari doa tertolak). Ini berdasarkan firman Allah
SWT:

ِ ‫ون فِي ْال َخي َْرا‬


‫ت َويَ ْد ُعونَنَا َر َغبًا َو َرهَبًا‬ ِ ‫إِنَّهُ ْم َكانُوا يُ َس‬
َ ‫ار ُع‬
Maksudnya: Sesungguhnya mereka itu (para Nabi) sentiasa bersegera dalam
melakukan perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh
harap dan rasa takut.

(Surah al-Anbiya’: 90)

Begitu juga berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

ٍ ‫اإل َجابَ ِة َوا ْعلَ ُموا أَ َّن هَّللا َ الَ يَ ْستَ ِجيبُ ُد َعا ًء ِم ْن قَ ْل‬
‫ب َغافِ ٍل الَ ٍه‬ َ ُ‫ا ْد ُعوا هَّللا َ َوأَ ْنتُ ْم ُموقِن‬
ِ ‫ون ِب‬
Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan
dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan
doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.

Riwayat al-Tirmizi (3479)

Wa 'Ayyuba 'Idz Naada Rabbahu 'Annii Massanii Adh-dhurru wa Anta Arhamur-Raahimin.

“Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku
telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua
penyayang". (QS. Al Anbiya': 83)

Ibaratkan diri ini Banduan Akhir

Kedua: Memuji Tuhan Sebelum Berdoa

Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ke
ayat yang ke lima kepada Allah SWT. Kemudian pada ayat yang keenam, ia diikuti
dengan permintaan atau doa yang pertama iaitu:
‫ا ْه ِدنَا الصِّ َراطَ ْال ُم ْستَقِي َم‬
Maksudnya: Berilah kami hidayah kepada jalan yang lurus.

(Surah al-Fatihah: 6)

Demikian juga seperti yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang
menceritakan berkenaan doa Nabi Ibrahim A.S, baginda memulakan dengan katanya:

‫ت فَهُ َو‬ ُ ْ‫) َوإِ َذا َم ِرض‬79( ‫ين‬ ِ ِ‫ُط ِع ُمنِي َويَ ْسق‬ْ ‫) َوالَّ ِذي هُ َو ي‬78( ‫ين‬ ِ ‫الَّ ِذي َخلَقَنِي فَه َُو يَ ْه ِد‬
ْ َ‫) َوالَّ ِذي أ‬81( ‫) َوالَّ ِذي يُ ِميتُنِي ثُ َّم يُحْ يِي ِن‬80( ‫ين‬
‫ط َم ُع أَن يَ ْغفِ َر لِي َخ ِطيئَتِي يَ ْو َم‬ ِ ِ‫يَ ْشف‬
‫ِّين‬
ِ ‫الد‬
Maksudnya: Dialah Tuhan yang telah menciptakan aku maka Dia jugalah yang
memberikan petunjuk. Dialah Tuhan yang memberi makan dan minum kepadaku. Dan
apabila aku sakit, maka Dialah yang memberikan kesembuhan. Dan Dialah Tuhan yang
mematikan aku kemudian menghidupan semula (diriku). Dan Dia jugalah Tuhan yang
sangat aku harapkan supaya Dia mengampunkan kesalahan-kesalahanku pada hari
akhirat.

(Surah al-Syu’ara: 78 – 82)

Kesemua ungkapan di atas ini, jika diteliti ia adalah suatu puji-pujian seorang hamba
kepada Tuhannya. Maka Nabi Ibrahim AS tidak terhenti sekadar lima pujian ini, bahkan
baginda menyambungnya dengan lima buah permintaan kepada Allah SWT melalui
firman-Nya:

( ‫ين‬َ ‫ق فِي اآْل ِخ ِر‬ ٍ ‫ص ْد‬


ِ ‫ان‬َ ‫) َواجْ َعل لِّي لِ َس‬83( ‫ين‬ َ ‫َربِّ هَبْ لِي ُح ْك ًما َوأَ ْل ِح ْقنِي بِالصَّالِ ِح‬
‫) َواَل‬86( ‫ين‬ َ ‫) َوا ْغفِرْ أِل َبِي إِنَّهُ َك‬85( ‫) َواجْ َع ْلنِي ِمن َو َرثَ ِة َجنَّ ِة النَّ ِع ِيم‬84
َ ِّ‫ان ِم َن الضَّال‬
َ ُ‫تُ ْخ ِزنِي يَ ْو َم يُ ْب َعث‬
‫ون‬
Maksudnya: Tuhanku, berilah hikmah kepadaku dan golongkanlah diriku bersama
dengan orang-orang yang soleh. Berilah kepadaku lisan yang benar buat orang-orang
yang terkemudian. Dan jadikanlah aku di antara mereka yang mewarisi syurga al-na’im.
Dan ampunkanlah bapaku, sesungguhnya dia tergolong dalam kalangan mereka yang
tersesat. Dan janganlah Kau hinakan aku pada hari kebangkitan.

Surah al-Syu’ara’ (83-87)

Justeru, dapat kita fahami bahawa petunjuk qurani di dalam berdoa adalah dengan
memulakannya dengan ucapan pujian-pujian kepada Allah SWT.
Ketiga : Berdoa ketika lapang dan senang

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ فَ ْليُ ْكثِ ِر ال ُّد َعا َء فِي ال َّر َخا ِء‬،‫ب‬


ِ ‫يب هَّللا ُ لَهُ ِع ْن َد ال َّش َدائِ ِد َو ْال ُك َر‬
َ ‫َم ْن َس َّرهُ أَ ْن يَ ْستَ ِج‬
Maksudnya: “Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan,
maka hendaklah dia membanyakkan doa pada masa kemewahan dan kesenangan.”

Riwayat al-Tirmizi (3382) dan Abu Ya’la


dalam Musnadnya (6396)

Allah SWT sangat menyukai hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sepertimana yang


disebut di dalam nas-nas Ilahi. Antaranya, firman Allah SWT:

َ‫ بِي لَ َعلَّهُ ْم يَرْ ُش ُدون‬f‫َان ۖ فَ ْليَ ْست َِجيبُوا لِي َو ْلي ُْؤ ِمنُوا‬
ِ ‫اع إِ َذا َدع‬ ُ َ َ‫َوإِ َذا َسأَل‬
ِ ‫ك ِعبَا ِدي َعنِّي فَإِنِّي قَ ِريبٌ ۖ أ ِجيبُ َد ْع َوةَ ال َّد‬
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi
perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
serta betul.

(Surah al-Baqarah: 186)

Doa yang sentiasa dibaca oleh Rasulullah s.a.w

Allah SWT sangat menyukai hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sepertimana yang


disebut di dalam nas-nas Ilahi. Antaranya, firman Allah SWT:
َ‫ بِي لَ َعلَّهُ ْم يَرْ ُش ُدون‬f‫َان ۖ فَ ْليَ ْست َِجيبُوا لِي َو ْلي ُْؤ ِمنُوا‬
ِ ‫اع إِ َذا َدع‬ ُ َ َ‫َوإِ َذا َسأَل‬
ِ ‫ك ِعبَا ِدي َعنِّي فَإِنِّي قَ ِريبٌ ۖ أ ِجيبُ َد ْع َوةَ ال َّد‬
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi
perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
serta betul.

(Surah al-Baqarah: 186)

ِ َّ‫اب الن‬
‫ار‬ َ ‫َكانَ أَ ْكثَ ُر ُدعَا ِء النَّبِ ِّي‬
َ ‫ اآْل ِخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬f‫م اللَّهُ َّم َربَّنَا آتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِي‬fَ َّ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسل‬
Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: ( ً‫اللَّهُ َّم َربَّنَا آتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة‬
‫ار‬ َ ‫)وفِي اآْل ِخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬
ِ َّ‫اب الن‬ َ - “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016)

Imam Muslim menambah dalam riwayatnya:

‫ فَإِ َذا أَ َرا َد أَ ْن يَ ْدع َُو بِ ُدعَا ٍء َدعَا بِهَا فِي ِه‬،‫َو َكانَ أَنَسٌ إِ َذا أَ َرا َد أَ ْن يَ ْدع َُو بِ َد ْع َو ٍة َدعَا بِهَا‬

Maksudnya: "Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan
doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan
doa tersebut di dalamnya."

Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:

َ‫ َكان‬: ‫ت‬ ْ َ‫ك ؟ قَال‬ َ ِ‫ يَا أُ َّم ْال ُم ْؤ ِمنِينَ َما َكانَ أَ ْكثَ ُر ُدعَا ِء َرسُو ِل هللا‬: َ‫ت ألُ ِّم َسلَ َمة‬
ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم إِ َذا َكانَ ِع ْن َد‬ ُ ‫قُ ْل‬
ِ ‫ب ْالقُلُو‬
‫ب‬ َ ِّ‫ك يَا ُمقَل‬َ ِ‫ُول هللاِ َما ألَ ْكثَ ِر ُدعَائ‬ َ ‫ يَا َرس‬: ‫ت‬ ُ ‫ فَقُ ْل‬: ‫ت‬
ْ َ‫ِّت قَ ْلبِي َعلَى ِدينِكَ قَال‬ ْ ‫ب ثَب‬ َ ِّ‫ يَا ُمقَل‬: ‫أَ ْكثَ ُر ُدعَائِ ِه‬
ِ ‫ب القُلُو‬
، ‫ فَ َم ْن َشا َء أَقَا َم‬، ِ‫صابِ ِع هللا‬ َ َ‫ْس آ َد ِم ٌّي إِالَّ َوقَ ْلبُهُ بَ ْينَ أُصْ بُ َعي ِْن ِم ْن أ‬
َ ‫ يَا أُ َّم َسلَ َمةَ إِنَّهُ لَي‬: ‫ال‬
َ َ‫ك ؟ ق‬ َ ِ‫ِّت قَ ْلبِي َعلَى ِدين‬ ْ ‫ثَب‬
َ
‫ َو َم ْن َشا َء أزَ ا َغ‬.

Maksudnya: Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin!
Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?"
Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (‫ِّت قَ ْلبِي‬ ْ ‫ب ثَب‬ ِ ‫ب ْالقُلُو‬
َ ِّ‫يَا ُمقَل‬
َ
َ‫ك‬ffِ‫ ) َعلى ِدين‬- “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas
agama-Mu.” - Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW;
Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “ ‫ك‬ fَ f ِ‫ِّت قَ ْلبِي َعلَى ِدين‬ ِ ‫و‬ffُ‫ب ْالقُل‬
ْ ‫ب ثَب‬ َ ِّ‫ا ُمقَل‬ffَ‫”ي‬. Lalu
Baginda SAW menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang
anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah.
Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa
yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya."
Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522)

ٍ ‫ﺃﻱ‬
‫ ﻣﺎ ﺃﻗﻮﻝ ﻓﻴﻬﺎ؟‬،ِ‫ﻟﻴﻠﺔ ﻟﻴﻠﺔُ اﻟﻘ ْﺪﺭ‬ ُّ ‫ﻋﻠﻤﺖ‬
ُ ‫ ﺃﺭﺃﻳﺖ ﺇﻥ‬،‫ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ اﻪﻠﻟ‬:‫ ﻗﻠﺖ‬:‫عن ﻋﺎﺋﺸﺔ رضي اهلل عنها ﻗﺎﻟﺖ‬
‫وصححه‬
َّ ،‫ وغيره‬،)8025( :‫ﻓﺎﻋﻒ ﻋﻨﻲ))؛ ﺃﺧﺮﺟﻪ اﻟﺘﺮﻣﺬﻱ رقم‬
ُ ‫اﻟﻌﻔﻮ‬
َ ‫ﻋﻔﻮ ﺗﺤﺐ‬
ٌّ ‫ اﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻚ‬:‫ ((ﻗﻮﻟﻲ‬:‫ﻗﺎﻝ‬
‫غير واحد من أهل العلم رحمهم اهلل تعالى‬

Berdoa seolah menulis dan membaca surat cinta, setiap bait dan patah kata penuh
makna tersurat dan tersirat, Persiapkan lah dan Perbanyakkan lah Doa kita di akhir
Ramadhan ini.

Anda mungkin juga menyukai