Anda di halaman 1dari 1

Panduan perjalanan keibubapaan di

hujung jari anda!


4.9/5 Download

MENJADI IBU BAPA ANAK KEIBUBAPAAN KESIHATAN

Berkahwin Itu Mudah Tetapi


Untuk Mengekalkannya Itu Tidak
Senang, Seeloknya Baca Doa
Pengantin Baru Ini Untuk
Kesejahteraan Perkahwinan
Berpanjangan
Kongsikan :

Doa pengantin baru ini boleh diamalkan oleh pasangan


mempelai dan dibaca oleh tetamu yang terdekat agar
perkahwinan diberkati oleh Allah SWT.

Iklan

Debaran ketika melangkah ke alam perkahwinan


pasti dirasai oleh setiap pasangan yang bakal
bergelar suami isteri. Dalam kesibukan membuat
persediaan pernikahan, ada baiknya sekiranya kita
amalkan doa pengantin baru minta dipermudahkan
segala urusan supaya diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT.

Doa pengantin baru bukan sahaja boleh diamalkan


oleh bakal pengantin, malah mereka yang terdekat
seperti keluarga dan sahabat handai serta kenalan
rapat boleh sama-sama berdoa mohon kelancaran
majlis.

Berikut adalah antara doa majlis perkahwinan yang


boleh diamalkan oleh pengantin dan juga tetamu
yang bakal menghadiri majlis perkahwinan dalam
masa yang terdekat.

Isi Kandungan

Doa Untuk Pengantin Baru | 1. Doa Untuk

Pasangan Yang Baru Bernikah 2. Doa

Pengantin Baru Yang Ringkas 3. Doa Untuk

Pengantin Baru Untuk Memohon Terhindar

Dari Kejahatan 4. Doa Selamat Pengantin

Baru Dalam Bahasa Melayu 5. Doa

Perkahwinan Selepas Majlis 6. Doa Ketika

Diundang Ke Majlis Perkahwinan Doa Yang

Boleh Dibaca Oleh Pasangan Suami Isteri |

1. Doa Untuk Suami Ketika Selesai Akad

Nikah 2. Doa Berjimak (Sebelum Bersetubuh)

3. Doa Memohon Keturunan Yang Soleh Dan

Solehah

Doa Untuk Pengantin Baru

1. Doa Untuk Pasangan Yang Baru


Bernikah
َ ‫ار َك َع َل ْي َك َو َج َمعَ َب ْين َ ُك َما ِفي ا ْل‬
‫خ ْي ِر‬ َ ‫َب‬
Bacaan Rumi
: Barakallahu laka wa ‘alaika. Wajama’a bainakuma
fii khair

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati


pernikahan ini dalam segala hal yang baik dan
mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”

Shopee No.1 Marketplace


Iklan

2. Doa Pengantin Baru Yang Ringkas

Bacaan Rumi
: Barakallahu likulli waahidin minnaa fii soohibihi

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati setiap


daripada kita pada temannya.”

3. Doa Untuk Pengantin Baru Untuk


Memohon Terhindar Dari Kejahatan

Iklan

Bacaan Rumi
: Allahumma inni as aluka khairoha. Wa khairo Maa
Jabaltaha ‘Alaihi. Wa a’uzububika min syarriha. Wa
syarri maa jabaltaha ‘alaihi

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon


kepada Mu kebajikan dan kebaikan yang terdapat
didalamnya dan aku berlindung dengan Mu dari
segala kejahatan yang ada padanya.”

4. Doa Selamat Pengantin Baru Dalam


Bahasa Melayu
“Ya Allah Ya Rahman, Semaikanlah di atas kedua
pasangan pengantin dengan perasaan kasih
sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan
petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur kedua-duanya
di dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia
dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan
dan berlapang dada. Dan, himpunkanlah di antara
keduanya persefahaman dan kemesraan, dan
jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa
qana’ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala
godaan. Kurniakanlah mereka keturunan yang
soleh dan solehah dan limpahkanlah Ya Allah
kepada mereka nikmat yang berkat. Luaskanlah
kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah
keduanya dan lindungilah Ya Allah dari segala
fitnah. Jauhilah keduanya dari perangai buruk dan
kurniakanlah keduanya dalam peliharaan Mu dan
keredhaan Mu Ya Allah.”

“Ya Allah, satukanlah hati. Seperti Engkau satukan


hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan
seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W.
dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai
ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu.
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa
memimpin dan isteri solehah yang sentiasa
membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan
kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal
soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-
Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.”

Iklan

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa


restumu. Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan
dengan sempurna seperti mana yang Engkau
kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini
akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke
akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin.”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua


pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan
dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur
mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah
mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari
keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh
dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada
mereka di dunia dan akhirat, berkatilah
perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga
akhir hayat.”

“Ya Allah, Ya Tuhan Ku, Kami memohon hidayah


dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini,
limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri
ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia
dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada
mereka zuriat yang soleh dan solehah serta
berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan
akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan
ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir
hayat.”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Andainya Kau telah


takdirkan jodohnya berilah mereka berdua
kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka
di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan
kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”

5. Doa Perkahwinan Selepas Majlis

‫ َوبَ ِا ِر ْك َل ُه ْم ِفيْ َما َرزَ ْقت َ ُه ْم‬،‫ار َح ْم ُه ْم‬


ْ ‫ َو‬،‫م ا ْغ ِف ْر َل ُه ْم‬B ‫ل ُه‬B ‫اَل‬

Iklan

Bacaan Rumi: Allahummaghfirlahum, war


hamhum, wa bariklahum, fi ma rozaqtahum

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah mereka,


sayangilah mereka dan berkatilah mereka dengan
limpahan rezeki-Mu.”

6. Doa Ketika Diundang Ke Majlis


Perkahwinan
ِ ‫س َق‬
‫اني‬ ْ ‫ َو‬،‫م أَطْ ِع ْم َم ْن أَطْ َع َم ِني‬B ‫ل ُه‬B ‫اَل‬
َ ‫اس ِق َم ْن‬
Bacaan Rumi: Allahumma at’im man at’amani, was
ki man sakani

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah makan kepada


orang yang telah memberi makan kepadaku, dan
berkahilah minum kepada orang yang telah
memberi minum kepadaku.”

Iklan

Doa Yang Boleh Dibaca Oleh


Pasangan Suami Isteri

1. Doa Untuk Suami Ketika Selesai Akad


Nikah

َ ‫ َوأ َ ُع ْوذُ ِب َك ِم ْن‬،‫خيْ ِر َما َجبَ ْلت َ َها َع َليْ ِه‬


‫ر َها‬M ‫ش‬ َ ‫سأ َ ُل َك ِم ْن‬
َ ‫خيْ ِر َها َو‬ ْ َ ‫ي أ‬M‫م إِن‬B ‫ل ُه‬B ‫اَل‬
َ ‫َو‬
‫ر َما َجبَ ْلت َ َها َع َل ْي ِه‬M ‫ش‬
Bacaan Rumi: Allaahumma innii as’aluka
khairahaa wa khaira maa jabaltahaa ‘alaihi, wa
a’uudzubika min syarrihaa wa syarri maa jabaltahaa
‘alaihi

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu


kebaikannya (isteri) serta kebaikan apa yang telah
Engkau berikan kepadanya, dan aku berlindung
kepada-Mu dari keburukan (isteri) serta keburukan
apa yang Engkau timpakan kepadanya.”

2. Doa Berjimak (Sebelum Bersetubuh)

‫الش ْيطَا َن َما َرزَ ْقتَنَا‬


B ‫ب‬ ِ M ‫الش ْيطَا َن َو َجن‬ ْ ‫ِب‬
B ‫بْنَا‬M‫م َجن‬B ‫ل ُه‬B ‫ اَل‬،ِZ‫سم ِ ا‬

Bacaan Rumi: Bismillah, allahumma jannibnaasy


syaithoona wa jannibisy syaithoona maa
rozaqtanaa

Maksudnya: “Ya Allah, Ya tuhanku, hindarilah kami


daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari
apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”

3. Doa Memohon Keturunan Yang Soleh


Dan Solehah
ِ ‫س ِميعُ ال ^د َع‬
‫آء‬ َ ‫ل ُد‬B ‫ب لِى ِمن‬
َ ‫ َك‬B‫بَ ًة ۖ إِن‬M‫ ًة طَي‬B‫ري‬M ُ‫نك ذ‬ ْ ‫ب َه‬
M ‫َر‬

Bacaan Rumi: Robbi hab lii mil ladungka


zurriyyatang thoyyibah, innaka samii’ud du’aaa`

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan


yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau
Maha Mendengar .”

+ Sumber

Taqwa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar


artikel ini di mana-mana laman web atau status
Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan
pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel
asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Dipermudahkan


Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk
Permulaan Hari Yang Baik

Baca juga: Selalu Dipanggil Untuk


Baca Doa Di Depan Orang Ramai?Ini
Doa Majlis Ringkas Untuk Dibacakan

Baca juga: 5 Doa Selamat Ringkas


Dalam Bahasa Rumi Berserta
Maksud

Penulis
Noorhidayah

Kongsikan :

CERITA YANG DISYORKAN

25 Tempat Menarik Di Ipoh, Wajib Kunjung Musim


Cuti Sekolah Ini! Banyak Tempat Menarik OOTD

Keracunan Makanan (Food Poisoning): Simptom,


Punca Dan Rawatan Yang Berkesan

4 Jenis Insurans Yang Perlu Anda Pertimbangkan


Untuk Perlindungan Keluarga, Yang Akhir Wajib
Ada

TENTANG KAMI TEAM KAMI

HUBUNGI KAMI POLISI PRIVASI

TERMA DAN SYARAT

© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved

Buka di aplikasi

Anda mungkin juga menyukai