Anda di halaman 1dari 7

7 tip membuka pintu rezeki

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezekiSiapapun


orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.
Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas
memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah
rumah orang..
Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh
dapat nombor..
Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri
denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang
sedang kita hadapi..
Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan
pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..
1. Banyakkan beristighfar
Kata Nabi Nuh alaihis salam:Aku katakana kepda kaumkuBeristighfarlah kamu
kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA
akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak
pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan
al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri:
BERISTIGHFARLAH..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau:
BERISTIGHFARLAH. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang
anak, jawab beliau: BERISTIGHFARLAH. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa
jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata
imam Hasan al Basri:Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut
2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma


atoitahu, wa ahsin amalahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan
luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan
perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya
Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada
Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti
nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :


Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir
huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :


Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi li fi dari, wa barikli fi ma atoitani, wa
ahsin amali, warghfirli.
Maksudnya:

Ya Allah,perbanyakkanlah

hartaku

dan

anak-anak-anakku

dan

luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan
perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku
Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik
dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh
Anas r.a sendiri: Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih
seratus

orang.

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan


umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200
hadith Nabi SAW.
Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh
mengharapkan rezeki yang diminta..

3. Selawat Murah Rezeki





Allaahumma
solaatan

solli

alaa

tuwassi

watuhassinu

u
bihaa

sayyidina
bihaa

Muhammad

alainal
lanal

arzaak
akhlaak

wa alaa aalihi wasohbihi wasallim


Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan
selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan
berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..
4. Ayat Seribu Dinar

Wa mayyataqillaha yajjallahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,


Wamayyatawakal alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod jaallahu
Likulli syaiin qodroo
Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari
segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari
ayat dua dan tiga..
Kaedah beramal:
Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat
fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat Wa yarzuqu min
haitsu laa yahtasib
P\S:Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar
perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan
dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah
istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan
kepada Allah..

5. Banyak Bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tipstips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim
seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana
semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi
bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)



Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan
tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi
siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha
mengetahui. (Al Baqarah: 261).
6. Berbakti kepada Ibu Bapa
Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluasluasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta
berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam AlQuran:
17:23: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada
ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata
kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan Ha dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)
17:24: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka
telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil
Disebutkan di dalam Hadis:
Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah

rezeki

(Allah

daripadanya.

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


7. Melazimi Membaca surah al Waqiah
Diriwayatkan Saad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan
kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Saad bin waqas:Kamu tak bimbang
ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?
Jawabnya:Aaku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang
mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya
Ditanya kepadaApa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?
JawabnyaAku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan
surah al waqiah..
Surah al waqiah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari
kecil

lagi

bapanya(Lebai

Din)mewajibkan

anak-anaknaya

menghafaz

dan

mengamalkan surah al waqiah sebagai ikhtiar murah rezeki


Kata Dr Haron Din:
Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqiah..Kami
baca surah al waqiah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai
membaca al waqiah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqiah,dan saya
dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan
kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita
waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqiah
dan saya tak tinggal waqiah,dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur
saya baca..so jangan tinggal waqiah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni
baca waqiah..Kena yakin bahawa waqiah menjadi satu pendorong utama,tapi
janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama
Pesanan saya:
1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini
amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..
2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar
ini Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..
3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak
payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke
maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips
di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah
sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat
rezeki,rezeki ada sahaja..
5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama
berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan
yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..
6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita
bertakwa pasti Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi
jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu
rezeki yang tidak pernah ia duga.

Anda mungkin juga menyukai