Anda di halaman 1dari 3

Ayat seribu dinar

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Thalaq,
dari ayat dua dan tiga. Biasanya apabila disebut ayat Seribu Dinar pasti
masyarakat kita kaitkan ayat tersebut dengan rezeki. Apa lagi rahsia disebalik
ayat Seribu Dinar...? Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar
sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah
dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan
pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat
tersebut. Dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. hanya beliau seorang saja
yang terselamat dari bencana itu. Ramai antara kita yang menjadikan Ayat
Seribu Dinar itu sebagai hiasan di dinding tanpa membacanya &
mengamalkannya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding
dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang
juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan
oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka
mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas
solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang
tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat
merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah
berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam. Cuma kita yang masih tidak
menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu. Harus diinsafi bahawa seseorang yang
hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan
petunjuk yang terkandung di dalamnya:~ Di antara fadhilat-fadhilat lain Ayat
Seribu Dinar ini ialah: 1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu
perkara. 2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah. 3. Dibaca ketika
hendak menaiki kenderaan. 4. Dan ketika dirasakan perlu. Menurut banyak
riwayat, sebab Ayat Seribu Dinar diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah
kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i
yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara
itu kepada Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam dan Baginda meminta Auf
supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sesungguhnya
Allah akan memberi jalan keluar kepadamu." Ternyata tidak lama selepas itu
anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan dia
terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu
kepada ayahnya. Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang
bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya
rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya."
Hadis riwayat Ibnu Jarir. Nampak tak kawan-kawan, kisah di sebalik penurunan
ayat ini? Kita beramal membaca, dapat pahala... niat kita, nak redha Allah...
dengan redha itulah kita mendapat fadhilat-fadhilat ayat ini... hatta masuk
Syurga pun dengan redha Allah Subhanahu wa Ta'ala... Apa yang baik itu
datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan
diri saya sendiri. Sumber:~ Kelebihan Dan Hikmat Ayat
Seribu Dinar Posted 20/10/2011 by Shafi-Q in AMALAN, DOA, Tips, Zikir. Tagged:
Kelebihan / Khasiat / Hikmat Ayat Seribu / 1000 Dinar. 65 Comments
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali
sebagai Ayat 1000 Dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan

rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan
meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan
penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah. . .
Hikmah Ayat 1000 Dinar. Sesiapa mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan: 1.
Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka. 2. Mendapat jalan
keluar dari segala masalah dan kesulitan. 3. Mendapat perlindungan dari segala
musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam. 4.
Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai
ajal. 5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam
setiap urusan. . . Sejarah Dinamakan 1000 Dinar Pada zaman dahulu ada
seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu
kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah
tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi
yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang
sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi
pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun
mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu
beramallah pedagang dengan ayat berkenaan. . Sehinggalah pada suatu hari
pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan
menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda
angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu
hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat
yang telah diajarkan Nabi Khidir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul
ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai
sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.
Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau
sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu
mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut. Tinggallah lelaki itu di
negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping
terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau
diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka).
Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu
digelar ayat 1000 dinar. . . Pendapat Ulama Memang kita tidak boleh menafikan
kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama menganjurkan supaya mengamalkan
ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat
perselisihan dan tentangan dari para alim ulama akan kelebihan dan kesahihan
sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis. Begitu pun beramal
dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan
mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak. Apabila diperhatikan kepada
makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting
untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan
seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan. Ayat
tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan
bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan.
Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari
sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan
dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan. .
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala

perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangkasangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat)
kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di
kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya
tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq) . . Amalan Ramai yang menghafal
ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika
berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan
pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan
perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan
ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan
tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna
kita mengamalkan ayat 1000 dinar. . Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah
sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal.
Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita
tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan
ayat 1000 dinar. Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk
segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri
dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal
banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut. Sewaktu dalam
kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa
yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal
dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan
rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan
dari syaitan, jin dan iblis. . . Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar Yang sakit
akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih. Ayat ini jikalau
diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, InsyaAllah akan beroleh seribu
faedah. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya
jalan keluar dari segala kesulitan, Allah taala akan memberi rezeki yang banyak
dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Taala menyampaikan segala hajatnya,
dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala
daripada bala di darat dan di laut. Jika dibacakan kepada orang yang sedang
sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air
sebanyak 3 X diberi minum, InsyaAllah si pesakit akan sembuh. Jika mengalami
masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huruhara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah
selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran
mendapat perlindungan dari Allah Taala. Jika bertempur menentang musuh,
tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada
mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini
dan bertawakkal kepada Allah SWT. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu, Baca
ketika hendak tidur tiga kali, Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurangkurangnya tiga kali. . Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal
dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi
segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa
mendatang.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai