Anda di halaman 1dari 8

SALAH FAHAM TERHADAP AYAT SERIBU DINAR.

15Share

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan( ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulatbulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. Surah At-Talaaq, ayat kedua dan ketiga ( rujukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran m/s 1525 )

Bicara saya kali ini ialah tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan. Ayat Seribu Dinar sebenarnya adalah sebahagian daripada ayat-ayat dari Surah AtTalaaq( ayat kedua dan ketiga ). Ia sangat popular sebagai amalan untuk memurahkan rezeki. Di kalangan peniaga pula, terutamanya para pengusaha restoran, lazimnya akan mengantung ayat tersebut di premis perniagaan dan ia di jadikan pelaris untuk memajukan perniagaan. Sebenarnya terdapat beberapa versi tentang kemunculan istilah atau kewujudan perkataan ayat seribu dinar ini. Tapi, dalam entry ini, saya tidak berminat untuk bercerita tentang asal usul ayat seribu dinar yang beraneka versi itu. Cuma yang pasti, istilah ayat seribu dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Dan harus diingat, semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w dan para

sahabat, telah lahir beberapa orang tokoh perniagaan yang berjaya dalam kalangan sahabat-sahabat yang mulia ini. Walaupun begitu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah islam tentang kewujudan amalan mengantung ayat ayat ini. Jika diteliti dan dihayati ayat maksud tersebut, didapati syarat untuk dimurahkan rezeki ialah bertqawa. Taqwa walaupun ada beberapa maksud dan dibahagikan kepada beberapa pengertian, namun maksud dan pengertian yang dinyatakan dalam tafsir di atas amat wajar untuk kita fahami dan hayati, iaitu mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kesimpulannya, bertaqwa adalah syarat untuk dimurahkan rezeki dan dikeluarkan dari masalah. Harus diyakini sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah dan salah satu daripada nama-nama Allah ialah ArRazzaq( , )iaitu Maha Pemberi Rezeki. Tapi, sayang sekali, kerana terdapat segelintir umat islam termasuk yang bernama Abdul Razak( Hamba Allah Yang Maha Memberi Rezeki ) sanggup mengampu majikan untuk meraih pangkat dan jawatan hingga sanggup mencantas dan memburuk-burukan rakan-rakan sejawatan. Dan, takrif rezeki juga tidak wajar disempitkan kepada laba dan keuntungan dari aspek kewangan semata-mata, malah ketenangan, kebahagian, kerukunan rumah tangga ,kesihatan. dan zuriat yang baik juga merupakan rezeki daripada Allah. Kembali kepada tajuk, iaitu tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan. Malah, kalau diperhatikan di beberapa buah restoran, ayat seribu dinar ini ditulis dengan begitu cantik dengan warna keemasan dan dibingkaikan dengan begitu sempurna lalu digantung di sudut-sudut tertentu. Matlamatnya ialah supaya dimurahkan rezeki atau dengan bahasa yang mudah agar restorannya sentiasa dikunjungi. Persoalannya, adakah amalan ini menepati tuntutan agama atau jauh tersasar dari landasan agama. Kalau dilihat kepada maksud ayat kedua dan ketiga dari Surah AtTalaaq yang dikenali sebagai ayat seribu dinar ini, ternyata yang dituntut ialah bertaqwa dan bukannya mengantung ayat tersebut. Jadi apa hukumnya mengantung ayat seribu dinar di premis perniagaan ? Sebelum membuat penilaian, kita perlu merujuk kepada maksud atau niat si pengantung ayat seribu dinar tersebut. Jika sekadar untuk mengingatkan diri sendiri, pekerja dan pelanggan agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, maka ia adalah amalan yang terpuji dan sejajar dengan tuntutan agama sebagaimana firman-Nya "Dan tetaplah memberi peringatan, Kerana Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (Adz-Dzaariyaat;55). Dan ia juga selari dengan sabda junjungan mulia, Agama itu nasihat Tapi andainya untuk menarik pelangan atau sebagai pelaris, ditambah pula dengan kepercayaan dengan mengantung ayat seribu dinar ini akan dimurahkan rezeki, maka hukumnya syirik. Lagi teruk, di sesetengah restoran, pelayan perempuannya bukan main seksi, pekerja pula mengabaikan solat tapi ayat seribu dinar dihias indah dan digantung tinggi. Ini sudah menjauhi konsep taqwa. Begitu juga dengan amalan mengaut keuntungan berlebihan dengan menipu pelangan, ini juga tidak menepati

konsep taqwa walaupun mengantung ayat seribu dinar yang berbicara tentang taqwa. Kesimpulannya, taqwa merupakan intipati daripada ayat seribu dinar dan itu yang dituntut dan itu jualah yang wajib dilaksanakan. Taqwa dalam maksud melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila kita bertaqwa kepada Allah, itu bererti kita akrab dan rapat dengan-Nya. Dengan ini, mudah-mudahan kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah yang bersifat al-Razzaq( )Maha Pemberi Rezeki dan dimerdekakan dari belenggu masalah yang membelit diri.

INFO TAMBAHAN. Klik SINI untuk mendengar penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman tentang hukum mengantung ayat seribu dinar.

Kelebihan Dan Sejarah Ayat 1000 Dinar

Share26

Ayat Seribu Dinar. Maksudnya : "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan Keluar dan Memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". Kelebihan ayat ini: "Barang siapa mengamalkan membaca ayat ini tiga kali selepas tiap-tiap solat lima waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan Ia cukupkan baginya kemuliaan di dunia dan akhirat.
Sejarah Ayat Seribu Dinar : Bagaimana dan kenapa ayat ini dinamakan ayat seribu Dinar? Sebenarnya ayat ini adalah salah satu daripada ayat Al-Quran. Iaitu dari Ayat 2 dan 3 surah At-Tolaq. Nak tahu kenapa ayat ini dinamakan sebagai ayat seribu dinar?Kisahnya begini, Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh Nabi Khaidhir supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. lalu pedagang tersebut mula merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar. Kemudian, Pedagang tersebut mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar. Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khaidhir yang mana Nabi Khaidhir mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah AtTolaq supaya diamalkan. Kemudian Pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir. Pada suatu hari ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan

laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu,Pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam mimpinya itu. Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada ditepi pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak. Sambil menadah tangan dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang maha berkuasa dengan kehendaknya dan hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu, pedagang tersebut menagmbil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut dan ayat yang diajar nabi Khaidhir terus diamalkan. Selama pedagang tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangkasangkanya.) Begitulah kisahnya disebalik nama ayat seribu dinar... Oleh itu marilah kita mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat. Sentiasalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T...

Surat A-alq (The Divorce) -


65:1 to top

Malay

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturanaturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
65:2 to top

Malay

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah sematamata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
65:3 to top

Malay

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah

cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai