Anda di halaman 1dari 10

(Semangat Menyambut Seruan)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Selepas mendapat tajuk ini, para peserta dapat: 1. Menggambarkan suasana Ruhul Istijabah para Sahabat RA kepada seruan Allah dan Rasul. 2. Memahami kepentingan bersegera dalam menyambut setiap seruan Allah dan RasulNya. 3. Merasai nikmatnya bersegera menyambut seruan dalam setiap amal-amal kebaikan. 4. Menjelaskan 4 jenis Istijabah iaitu Fikriyah, Nafsiyah, Maaliyah dan Harakiyah. 5. Memberi cadangan tentang aspek praktikal untuk dilaksanakan bagi setiap Istijabah. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------A. Pengenalan: Menjelang Perang Badar, Rasulullah SAW ingin mengetahui setakat mana kesediaan para Sahabat RA menghadapi perang pertama dalam sejarah umat Islam itu. Sebuah perang yang akan menentukan hidup atau berkuburnya Dakwah Islamiyah di muka bumi ini. Dari kalangan Muhajirin, Abu Bakar RA dan Umar RA tanpa ragu-ragu segera menyambut seruan jihad tersebut. Kemudian, Miqdad bin 'Amru RA pula mengatakan; "Ya Rasulullah, laksanakanlah apa yang telah diberitahu Allah kepadamu, kami tetap akan bersamamu. Demi Allah, kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan Bani Israel kepada Nabi Musa AS, "Pergilah kau bersama Rabbmu dan berperanglah, kami tetap duduk di sini." Sebaliknya kami akan mengatakan kepadamu, "Pergilah kau bersama Rabb-Mu dan berperanglah, kami ikut berperang bersamamu." Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran, jika kau mengajak kami ke Barkul Ghimad (di Yaman), pasti kami tetap mengikutimu sampai ke sana!" Dari kalangan Ansar pula, Saad bin Muadz RA berkata kepada Rasulullah SAW; Barangkali kau khuatir jika kaum Ansar memandang bahawa mereka wajib menolongmu di negeri mereka (Madinah) sahaja. Aku sebagai wakil kaum Ansar menyatakan, jalankan apa

yang kau kehendaki, jalinlah persaudaraan dengan siapa saja yang kau kehendaki dan putuskanlah tali persaudaraan dengan siapa saja yang kau kehendaki. Ambillah harta benda kami sebanyak yang kau perlukan dan tinggalkanlah untuk kami seberapa saja yang kau sukai, apa saja yang kau ambil dari kami itu lebih kami sukai daripada yang kau tinggalkan. Apapun yang kau perintahkan maka kami akan mengikutinya. Demi Allah, jika kau berangkat sampai ke Barkul Ghimad, kami akan berangkat bersamamu. Demi Allah, jika kau menghadapkan kami pada lautan kemudian kau terjun ke dalamnya, maka kami pun akan terjun ke dalamnya bersamamu." Setelah mendengar pengakuan kesediaan dan sambutan para Sahabat terhadap seruan jihad Allah dan Rasul-Nya itu, maka berangkatlah pasukan Islam ke medan Badar. Walaupun kekurangan persediaan senjata dengan ada sahabat yang hanya bersenjatakan pelepah tamar dan berbekalkan 2 ekor kuda dan 70 ekor unta, mereka tidak pernah raguragu atau berpaling dari medan jihad Badar. Akhirnya, 1000 orang tentera Musyrikin Mekah dengan 200 ekor kuda dan unta serta bersenjata lengkap itu yang dikalahkan oleh tentera-tentera Allah ini. Begitulah contoh teladan para generasi terunggul Dakwah dan Tarbiyah ini dalam menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B. Semangat Menyambut Seruan (

):

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran tentang Ruhul Istijabah: Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu , dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." (Al-Anfal 8:24 ) Dalam Tafsir Al-Jalalain, maksud "penuhilah" itu ditafsirkan sebagai "mentaati". Manakala "sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu" ditafsirkan sebagai "hal berkaitan dengan Ad-Din, kerana hal-hal itulah yang akan menyebabkan kehidupan yang kekal."

Ibnu Katsir dalam tafsirnya pula membawa penjelasan 'Urwah bin Az-Zubair RA tentang ayat ke-24 ini sebagai: Sambutlah tatkala seruan jihad dikumandangkan, nescaya Allah akan memberikanmu kemungkinan setelah kelemah-lembutan, kekuatan setelah kelemahan, dan melindungimu daripada musuh yang ingin menindasmu." Imam Hassan Al-Banna pula berkata: "Dakwah pada tahap Takwin (Pembentukan) adalah Sufi dari sisi Ruhiyah dan 'Asykari dari sisi Amaliyah, slogannya adalan Amrun wa Tha'atun (Perintah dan Taat) tanpa wujud rasa bimbang, ragu, komentar dan rasa berat."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat 4 aspek Ruhul Istijabah yang perlu diperhatikan oleh para aktivis dakwah iaitu: 1. 2. 3. 4.

( Menyambut dengan Penuh Kesedaran & Fikiran) ( Menyambut dengan Perasaan & Emosi) ( Menyambut dengan Harta Benda) ( Menyambut dengan Tindakan & Pergerakan)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.

( Menyambut dengan Penuh Kesedaran & Fikiran)


Ikhwani wa akhawati Fillah; Ketika mendapat tugasan atau arahan daripada Qiyadah (juga Murabbi), kita perlu memahami dengan penuh kesedaran bahawa apa yang akan dikerjakan itu adalah dalam rangka taat kepada perintah Allah SWT dan untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kita juga menyakini bahawa segala kerja, tugasan dan aktiviti yang akan kita lakukan dengan ikhlas serta bersungguh-sungguh ini insyaallah akan diganjari pahala oleh Allah SWT. Dan yang tidak kurang pentingnya, kita hendaklah sedar bahawa mentaati perintah pemimpin yang beriman itu adalah arahan langsung daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa' 4:59) Rasulullah SAW bersabda lagi: "Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat. Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat. (HR Bukhari) Setelah kita dengan penuh kesedaran menerima tanggungjawab dan tugasan yang diberikan, termasuk dalam Istijabah Fikriyah juga adalah dengan kita memikirkan bagaimanakah kita mampu melaksanakan segala tugasan itu dengan baik. Maka, mulalah 'Brainstorming' input dan idea yang diberikan Qiyadah, kemudian cambahkannya dengan idea dan pendapat kita secara kreatif dan inovatif. Contohilah para Sahabat RA: Habab bin Al-Munzir RA sewaktu Perang Badar yang mengusulkan kepada Rasulullah agar dipindahkan posisi tentera Muslimin ke tempat yang lebih stategik. Kreativiti Salman Al-Farisi yang mencadangkan agar digali parit mengelilingi Madinah dalam Perang Khandaq. Perang Qadisiyyah melawan Parsi. Tentera Islam mengalami kesulitan kerana kuda-kuda mereka takut kepada gajah-gajah Parsi. Qa'qa' bin Amr membuat inovasi berupa replikareplika gajah yang besar untuk membiasakan kuda-kuda tentera Islam dalam latihan. Hasilnya, dalam peperangan sebenar, tiada lagi kuda-kuda yang lari ketakutan kepada gajah dan memberikan kemenangan gemilang buat tentera Muslimin.

Begitulah ikhwah dan akhwat sekalian, adakah kita sudah memaksimakan Ruh Istijabah Fikriyah dalam dakwah ini? Kita telah mengetahui adanya kebenaran, tapi sejauh mana kita mencurahkan segala fikiran, idea, serta pendapat untuk menegakkan kebenaran itu? Firman Allah SWT: "Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran." (Ar-Ra'd 13:19)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2.

( Menyambut dengan Perasaan & Emosi)


Ikhwani wa Akhawati Fillah; Tatkala kita dipanggil untuk diamanahkan sebarang tugasan (Tarbawi, Dakwi, mahupun Tanzimi), maka bergegaslah untuk menyambutnya dengan perasaan gembira, senang hati dan penuh semangat! Penuhi hatimu dengan rasa bahagia kerana Allah SWT memberikan satu lagi peluang untuk menyumbang kepada tertegaknya Ad-Din Allah yang dicintai ini. Kita telah memahami bahawa Dakwah merupakan simulasi kepada Jihad. Kedua-duanya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama; iaitu demi meruntuhkan taghut dan agar tegaknya Ad-Din Al-Islam di muka bumi ini. Oleh itu, tidak kiralah ketika diseru itu kita dalam keadaan berat atau ringan, mudah atau payah, cukup atau kurang, maka berangkatlah untuk menyambutnya! Firman Allah SWT: "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat , dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At-Taubah 9:41) Contohilah keteladanan para kader Dakwah yang dibina langsung oleh Rasulullah SAW. Bagaimana tatkala seruan jihad berkumandang, mereka tanpa ragu-ragu terus menyambutnya dengan gembira dan bersemangat! Malah, Allah SWT merakam kesedihan dan kedukaan mereka apabila mereka tidak mampu memenuhi seruan jihad itu kerana keuzuran atau tiada kenderaan... Firman Allah SWT: "Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu", lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan." (At-Taubah 9:92)

Bagaimana pula dengan kita? Apabila diberikan sesuatu tugas... atau sekadar diminta untuk menghadiri program-program Tarbawi... adakah kita menyambutnya dengan gembira dan bersemangat? Atau dengan bermalas-malasan kerana terpaksa 'membazirkan' masa cuti? Sedihkah kita jika tidak dapat pergi ke program tersebut? Atau kita gembira kerana ada alasan untuk tidak pergi? Ingatlah firman Allah SWT ini: "Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (At-Taubah 9:38) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.

( Menyambut dengan Harta Benda)


Ikhwani wa akhawati Fillah; Dakwah untuk menegakkan kerja Dinul Islam di muka bumi ini merupakan projek besar dan mega, malah tidak ada kerja-kerja yang lebih besar daripadanya. Maka, dakwah ini memerlukan dana yang sangat besar seperti projek-projek mega yang lainnya, bahkan lebih banyak lagi peruntukannya! Oleh sebab itulah, kita sudah terlalu biasa mendengar pengorbanan seluruh harta benda yang tiada taranya di kalangan para duat terdahulu. Menafkahkan harta dan jiwa sudah menjadi pakej yang tidak mungkin terpisahkan lagi antara daI dan dakwah! Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... (At-Taubah 9:111) Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. (Al-Faathir 35:29)

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. (As-Saff 61:10-11) Merenung maksud ayat-ayat di atas, adakah kita masih merasa bakhil dan kedekut untuk menafkahkan sebahagian daripada rezeki kita untuk dakwah ini? Adakah kita masih merasa berat untuk sekadar membayar RM 10, 20 untuk yuran program? Bukankah slogan kita: Sunduquna Juyuubuna - Tabung Kami, Poket Kami?! Tidak yakinkah kita dengan janji-janji Allah SWT bahawa segala infaq kita di jalan-Nya ini tidak akan pernah sia-sia? Firman Allah SWT: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:261) Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). (Al-Anfal 8:60) Sila baca kisah-kisah pengorbanan Khadijah RA, Abu Bakar RA, Uthman RA dan Abdul Rahman bin Auf RA dalam menafkah harta benda mereka untuk dakwah ini. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5.

( Menyambut dengan Tindakan & Pergerakan)

Ikhwani wa akhawati Fillah; Dakwah dan perjuangan ini perlukan para aktivis yang sanggup berkerja, bukan sematamata yang mampu bercakap dan berfalsafah! Sudah ramai orang yang boleh bercakap tentang kesempurnaan sistem Islam, tetapi tidak ramai yang sanggup berkerja, bergerak, dan bertindak agar sistem yang sempurna itu tertegak di muka bumi ini!

Oleh itu, apabila jundiyah mendapat arahan, tugasan, atau perintah daripada qiyadahnya hendaklah menyambutnya dengan tindakan yang segera, tanpa menangguh-nangguh lagi! Cepat & Cergas mungkin kita boleh pinjam motto Grup Gerak Khas (GGK) a.k.a Komando Malaysia dalam membayangkan bagaimana respon kita terhadap seruan dakwah ini. Ingatlah bahawa Al-Wajibaat aktsar minal Awqaat, Kewajipan-kewajipan kita ini tersangatlah banyak berbanding masa yang ada. Dengan dakwah ini sudah memasuki era yang baru, maka pastilah cabaran dan tuntutan untuk bekerja itu lebih tinggi. Jika kita menangguh-nangguh masa beramal, maka kita akan ketinggalan dalam rombongan dakwah yang bergerak laju ini! Golongan yang bergerak akan terus bergerak, dan orang yang memilih untuk berdiam diri akan ditingggal jauh di belakang Bacalah kisah Perang Tabuk dan renungilah penyeksaan batin 3 orang Sahabat (Murarak bin Rabi RA, Hilal bin Umayyah RA dan Ka'ab bin Malik RA) yang tertinggal kerana menangguh-nangguh keberangkatan ketika perang Tabuk. C. Kesimpulan: Ikhwani wa Akhawati Fillah; Nikmat yang paling besar dan perlu disyukuri oleh kita semua adalah kesudian Allah SWT dan kehendak-Nya menyelitkan nama kecil kita ini di dalam senarai panjang nama-nama yang ingin menegakkan Dinul Islam di muka bumi ini. Ini bukanlah disebabkan Allah SWT ingin menyusahkan atau membebankan kita dengan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya merupakan tanda kecintaan dan rahmah-Nya kepada kepada kita! Oleh yang demikian, terpulanglah kepada kita untuk terus menyambut huluran kecintaan ini ataupun tidak. Kita boleh saja mengabaikannya Pura-pura tidak tahu Tapi, kita juga boleh bergegas menyambut segala peluang mendekatkan diri kepada-Nya dengan segera! Secara Fikriyah, Nafsiyah, Maaliyah dan juga Harakiyah!

Semoga Allah memberikan kepada kita semua kekuatan Kita akhiri tajuk ini dengan sama-sama mentaddabur firman Allah SWT ini: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (Al-Hajj 22:78) Wallahu alam. Moga bermanfaat! ^^ Rujukan dan Bahan Bacaan: 1. Al-Quran Terjemahan 2. Ruhul Istijabah, Rasmul Bayan 3. Sirah Nabawiyah, Mustafa As-Sibaie 4. Tafsir Al-Jalalain 5. Tafsir Ibnu Kathir

Skema Peta Minda:

Anda mungkin juga menyukai