Anda di halaman 1dari 9

Amalan Ayatul Kursi

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anakanak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

5) Sabda Baginda lagi:Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, InsyaAllah akan beroleh seribu faedah. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah taala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Taala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, InsyaAllah si pesakit akan sembuh. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Taala. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu, Baca ketika hendak tidur tiga kali, Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali. . Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

7. Kiriman Doa Kepada Si Mati Soalan: Dalam soalan terdahulu ustaz ada menyebut bahawa sekiranya kita ingin mengirimkan bacaan ayat Quran kepada arwah, kita perlu mengirimkan dlm bentuk doa dan bukan sedekah. Bolehkah Ustaz menerangkan dgn lebih lanjut berkenaan ini. Adakah betul jika saya membaca begini..."Aku menghadiahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah ini kepada roh umat Islam di seluruh dunia" atau bagaimanakah cara yang betul?

Jawapan: Menurut ijmak ulama', doa dan istighfar seseorang memberi manfaat kepada orang yang telah meninggal dunia yang difokuskan doa dan istighfar tersebut kepadanya. Doa

kepada si mati ialah sebagai berikut; "Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia", atau membaca doa berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa orang yang sebelum dari kami". Sila rujuk Buku feqah Islami keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Berhubung solat dan bacaan Al-Quran termasuklah membaca Al-Fatihah untuk si mati, ulama' Hanafi, Hanbali, Mutaakhir Syafi'i dan juga Maliki berpendapat pahala bacaannya sampai kepada si mati, jika ia hadir pada masa pengkebumian si mati tersebut. Menurut ulamak Hanbali boleh membaca Yasin di kubur si mati. Menurut riwayat Ad-Dar Qutni boleh membaca Qulhuallah sebanyak 10 kali di kubur si mati dan diniatkan pahalanya kepada si mati tersebut.

10. Doa Menghalang Anak Bergaduh Soalan: Saya ingin tahu adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa untuk menghalang anak-anak dari bergaduh sesama mereka?

Jawapan: Tentang ayat al Quran yang boleh menghalang anak anak dari bergaduh, anda boleh membaca surah al Fatihah dan selawat. Ini diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ". Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

13. Rujukan Ayat Tujuh Soalan: Saya ada membeli buku keluaran Darul Nu'man yang bertajuk Amalan Surahsurah Pilihan - Fadhilat dan Khasiatnya. Pada bahagian akhir buku tersebut terdapat "7 ayat penyelamat daripada berbagai bencana." Yang menjadi kemusykilan saya, bolehkah pihak Ustaz memberi makna bagi 7 ayat tersebut

atau memberi sumber dari mana ayat tersebut diambil. Jika daripada Al-Quran, bolehkan pihak Ustaz memberi nama Surah dan Ayat berapa?

Jawapan: Ayat tujuh ini diambil dari Al Quranul Karim.

1. Surah At Taubah ayat 51 2. Surah Yunus ayat 107 3. Surah Hud ayat 6 4. Surah Hud ayat 56 5. Surah Al Ankabut ayat 60 6. Surah Al fathir ayat 2 7. Surah Az Zumar ayat 38.

14. Ayat Al-Quran Sebagai Pendinding Soalan: Apakah hukumnya mengunakan tangkal yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sebagai pendinding?

Jawapan:

Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta nikmat bahkan tidak dapat dihitung oleh manusia. Disamping itu al Quran juga sebagai ubat bagi jasmani dan rohani bagi insan yang mengerti dan mahu mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa yang menyembuhkan segala penyakit hati dan fizikal itu hanya Allah. Jadi ayat yang digunakan untuk penyembuhan penyakit atau sebagai pendinding dalam istilah masyarakat melayu hanya merupakan ikhtiar untuk penyembuhan itu, sedangkan yang menyembuhkannya hanya hak Allah semata.

Bagi orang yang beriman dan yakin dengan Allah, maka bagi mereka dibolehkan untuk menggunakan ayat-ayat al Quran sebagai pendinding dan sebagainya demi untuk kebaikan. Namun bagi mereka yang fasiq dan ingkar tidak dibolehkan kerana akan menimbulkan fitnah, sebab mereka tidak menyandarkan sesuautu itu kepada Allah SWT. Wallahu 'alam.

17. Tanda-Tanda Amalan di Terima Allah SWT Soalan: Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?

Jawapan: Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada

masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.

19. Zikir Harian Soalan: Saya sebenarnya ingin meminta jasabaik pihak tuan jika sekiranya dapat pihak tuan memberitahu saya zikir harian yang dapat saya ucapkan pada setiap hari contohnya : isnin - yaallah, selasa - subhanallah. sbb saya masih mencari cari zikir harian tersebut. Saya harap dapatlah sekirannya tuan memberitahu. Saya berharap agar pihak tuan akan mendapat keberkatan dengan adanya sesi ini?

Jawapan: Ada ulama yang membahagi masa tertentu dalam melafazkan zikir-zikir menurut masa atau hari. Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak mengenal batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan dimana sahaja asalkan bukan

tempat-tempat yang makruh melafazkannya seperti dalam tandas dan sebagainya. Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. Diantaranya:

Hari Ahad: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X ) Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )