Anda di halaman 1dari 8

Justeru amalkan ayat-ayat berikut untuk membatalkan sihir

dan juga sebagai pendinding daripada sihir. Ayat-ayat


tersebut ialah:

1. Surah Yunus ayat 81 - 82.


2. Surah al-A'raf ayat 118 - 122.
3. Surah ThoHa ayat 69.
4. Surah an-Nisa' ayat 84.
5. Surah Yusuf ayat 64.



(an-
Nisa'84).







(Yusuf 64).

Kaedah Amalan.

1. Baca ayat-ayat di atas setiap lepas solat subuh dan


isya' (diwiridkan 1x setiap ayat).
2. Untuk mengubat jika terkena sihir/guna-
guna/santet/buatan orang dsb.
1) Fatihah 1x
2) Selawat 1x
3) Ayat-ayat pembatal sihir 1x

4) Doa "Ya Allah, ku pohon pada Mu agar Engkau


batalkan sihir ini dengan kekuatan Mu wahai Tuhan
Yang Maha Perkasa."

Awasi Dari Bahaya Sihir

Beberapa hari lepas seorang sahabat menceritakan pengalaman saudaranya disihir orang.
Terpaksa berhenti kerja di Sarawak dan kembali ke Semenanjung kerana diri sudah hilang
fokus dalam kerja dan kadang-kadang membahayakan diri dan orang sekeliling. Anda ada
pengalaman sebegini?

Saya juga secara peribadi mengalaminya semasa ibu bertungkus lumus mencari rezeki bila
ayah dijemput Ilahi. Perasaan hasad dengki menjadi penyebab yang paling tinggi. Entah
mengapa masyarakat sekeliling, bukan nak membantu anak yatim tapi mencemuh ibu
tunggal yang bertungkus-lumus mencari rezeki. Saya masih ingat sampai ke saat ini, tapi
tak nak melayan sangat, serah sahaja kepada Tuhan dan berusaha melawan melalui
perubatan dan amalan harian.

Alhamdulillah sekarang dah pulih sepenuhnya setelah berpuluh tahun menghadapinya.


Segala usaha merawat tidak betul-betul berkesan jika diri sendiri tidak bersungguh melawan
dan gangguan pasti dapat dihalang dengan amalan secara berterusan. Terkini, sorang lagi
kawan saya juga masih berjuang melawan penyakit akibat sihir. Sudah sekian lama
menderitainya, sampai hari ini masih bergelut hari demi hari.

Sahabatku sekalian, bagi yang masih selamat dari sihir atau gangguan luar sebegini, usaha
pencegahan perlu dan amat penting! Jangan sampai terhantuk baru terngadah.
Sesungguhnya ubat paling mujarab bagi segala penyakit adalah pencegahan. Baik penyakit
zahir pada anggota atau penyakit jiwa yang tak nampak di mata.

Di sini saya mengambil kesempatan berkongsikan beberapa amalan mudah dan ringkas
yang saya sendiri sentiasa amalkan untuk benteng diri agar tidak diserang oleh syaitan dan
Iblis laknatullah dan hasad dengki manusia yang zalim lagi jahat! Amalan ini sebagai
pertahanan diri dari kesan sihir, atau buatan jahat manusia bertopengkan syaitan.

Antara surah dan ayat yang biasa dibaca dan saya pasti semua kita mampu membaca dan
mengingatnya Pertama surah al-Fatihah, kedua ayatul Kursi dan ketiganya Tiga Qul iaitu
surah Qul Huwal-Laahu Ahad (al-Ikhlas), surah Qul a Uuzubirabbil Falaq (al-Alaq) dan
surah Qul a Uuzubirabbin Naas (an-Naas).

Kesemua surah ini wajib dibaca sebelum tidur dan juga ketika masuk ke rumah setelah
pulang kerja atau berjalan. Jika merasakan sesuatu yang tidak kena dalam rumah atau
anda dapat hidu bahwa ada orang tidak senang dengan kejayaan atau keluarga anda,
sebaiknya diamalkan sentiasa, jangan tinggal, dan jangan buat acuh tak acuh

Amalan sememangnya memerlukan masa, memerlukan juga tenaga dan kesabaran yang
tinggi. Anda tidak perlu membazirkan wang beribu atau berjuta dalam usaha pencegahan,
sebaliknya pengorbanan diri amat diperlukan. Musuh utama sesuatu amalan adalah malas
dan tidak istiqamah (konsisten). Sekejap saja ditinggalkan, amalan yang selama ini
dilakukan senang saja dilupakan dan hakikatnya amat susah nak memulakan semula. Maka
diri terdedah dengan mara bahaya yang tak nampak di mata dan tak didengar telinga.

Kiranya anda atau keluarga telah menderita diserang sihir dan buatan jahat manusia berhati
syaitan, usah gusar dan putus harapan. Ada banyak amalan dan perubatan yang boleh
dilakukan. Namun apa yang paling utama bagi pesakit dan keluarga adalah kekuatan diri
dan amalan yang sanggup dilakukan selain merujuk kepada tobib atau ustaz yang
berpengalaman. Di sini saya nyatakan kongsikan ayat penunduk sihir yang boleh
diamalkan.
Terjemahannya: Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang
mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahkan Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan
kembalilah dengan keadaan yang hina. Dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli
sihir itu dengan sendirinya merebahkan dirinya sujud, sambil berkata: Kami beriman
kepada Tuhan sekalian alam. (iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun.
Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir
itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.

Amalkan juga ayat pembatal sihir seperti di bawah;

Terjemahannya: Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab
seksaNya. Allah jua penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dialah jua yang Maha Mengasihani
dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan.

Satu lagi ayat pendinding dari perbuatan sihir, pendek dan senang di amalkan.
Terjemahannya: Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadaMu dari hasutan
syaitan-syaitan Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu
tidak menghampiriku.

Sebenarnya banyak lagi ayat dan doa yang berkaitan, namun apa yang penting adalah
istiqamah atau konsisten dalam amalan. Alangkah baiknya jika pesakit bangun malam solat
sunat taubat, tahajjud dan hajat serta mohon doa disembuhkan sebarang penyakit atau
gangguan syaitan.

Untuk makluman, saya bukan pakar perubatan Islam atau tobib segala penyakit. Saya ambil
amalan ini dari ustaz dan sahabat yang sememangnya mereka belajar dan berpengalaman.
Jika anda menghadapi masalah tekana, kejiwaan dan kecelaruan, saya boleh bantu dengan
pendekatan psikologi dan kaunseling di samping pendekatan keagamaan. Namun jika ianya
serius saya akan mohon bantuan rakan dan sahabat yang sememangnya pakar dalam
bidang perubatan Islam.

Jom kita share info dan ilmu ringkas ini ke facebook/ twitter/ g+ (klik di bawah). Semoga
melalui usaha yang sedikit ini kita diberikan pahala yang berpanjangan dan kehidupan yang
lebih tenang, inshaaAllah

Wallaahualam.

Anda mungkin juga menyukai