Anda di halaman 1dari 8

NAMA & KOD KURSUS

ULUM AL-QURAN (KUD 2213)

TAJUK TUGASAN :
FADHILAT SURAH AL-FALAQ

NAMA & NO. MATRIK :


SYAHMI AKMAL BIN SAMSUDIN (KID181104151)

NAMA PENSYARAH :
USTAZ MOHAMMAD KHALIL BIN MOHD SAAID

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM


SEMESTER 5 (SESI 2020/2021)
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 1

2. PENGENALAN 2

3. TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ 3

4. FADHILAT SURAH AL-FALAQ 4

5. HADIS DAN RIWAYAT 4

6. KESIMPULAN 5

7. RUJUKAN 6
PENGHARGAAN
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Ustaz mohammad Khalil bin Saaid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi
saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan
tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

1
PENGENALAN

Surah Al-Falaq adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini
mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke-113.

Kisah Penurunan Surah Al-Falaq, Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim
yang merupakan antara munafik telah mengenakan Ilmu Hitam kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan simpulan dan
meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi
Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah
dilakukan dan belum dilakukan baginda, walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat
kenabian baginda. Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara
yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas.

Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan
simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan
sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh
ilmu hitam tersebut.

Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad SAW,
terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya
menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai
perlindungan daripada sihir tersebut.

2
TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai Subuh. Daripada kejahatan
makhlukNya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan daripada
kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpul-simpul, dan daripada
kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.

Dalam ayat pertama, Allah memerintahkan untuk berlindung (isti’adzah) kepadaNya


sahaja. Isti’adzah termasuk ibadah, dilakukan semata-mata untuk dan kerana Allah. Dialah
yang mampu menghilangkan kegelapan yang pekat dari seluruh alam raya di waktu subuh.
Dan berkuasa untuk melindungi hambaNya perlindungan dari segala ketakutan. Setelah
memohon perlindungan secara umum dari semua kejahatan, kita memohon perlindungan
khusus daripada Allah.

Perlindungan khusus yang dimohon adalah daripada yang pertama. Kegelapan dan
kejahatan malam dimana banyak berlakunya kejahatan dimalam hari. Yang kedua wanita-
wanita tukang sihir yang membaca jampi serapah, kemudian mereka tiupkan pada tali-tali
yang diikat. Yang ketiga kedengkian yang ada pada seorang hamba sehingga memudaratkan
hamba yang lain. Sebagaimana kata Khalifah Bani Umaiyah iaitu Umar bin Abdul Aziz,

“Saya tidak melihat orang zalim yang lebih mirip dengan orang terzalimi daripada orang
yang dengki.”

Menurut riwayat Al-Baihaqi, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas diturunkan pada masa
Rasullullah s.a.w. disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Al-A’sham dengan sebelas
simpulan. Bila dibacakan satu demi satu ayat-ayat dari kedua surah, maka terlerailah
simpulan itu satu persatu. Kitab sahih Al-Bukhari turut mencatat riwayat ini.

3
FADHILAT SURAH AL-FALAQ

Surah Al-Falaq seringkali dibaca bersama Surah An-Nas untuk tujuan berikut. Yang pertama
jika dibacakan sebelum tidur, ia bertujuan untuk menghindari dari segala macam jenis sihir,
godaan syaitan yang terkutuk, baik yang berasal dari golongan manusia maupun jin. Yang
kedua bila dibaca 100 kali, dapat melindungi diri dari akan godaan syaitan, manusia,
kegelapan malam, mahupun kejahatan manusia. Yang ketiga bila dibaca 3 kali waktu pagi
dan petang, Allah akan mencukupkan keperluannya.

HADIS DAN RIWAYAT

Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum
pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq)
dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”

Hadis Riwayat Muslim

Firman Allah SWT dalam Surah Fussilat, ayat 36 :


“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau
meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.”

Tidak ada surah yang menyerupainya dalam memohon perlindungan Allah Yang Maha
Berkuasa. Dan tidak ada disebut akannya didalam kitab terdahulu baik Zabur, Taurat dan
Injil.

Al-Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya, dari ‘Uqbah bin ‘Amir RA,
Rasulullah SAW bersabda:
“Keduanya (surah Al Mu’awwidzataini) membentengi diri dari penyakit ‘ain (penyakit
akibat pandangan yang berbahaya, baik pandangan bangsa jin maupun manusia).”

4
KESIMPULAN

Allah SWT sebaik-baik pelindung kehidupan manusia di dunia ini penuh pancaroba. Antara
ujian yang perlu dihadapi ialah menghadapi kerenah kaum sebangsanya iaitu manusia.
Manusia mempunyai pelbagai gelagat. Kita bersyukur apabila berada dikalangan orang-orang
yang takutkan Allah kerana mereka tidak akan melakukan kejahatan. Namun manusia yang
tidak takutkan Allah SWT sentiasa berusaha untuk mencapai matlmatnya yang baik atau
buruk dengan apa cara sekalipun sama ada diredhai Allah SWT atau tidak. Oleh itu manusia
seperti ini sanggup membuat kejahatan yang nyata seperti mencuri, berbohong dan
sebagainya selain sanggup berkompromi dengan orang kafir mahupun makhluk seperti
syaitan dan jin demi mencapai hasrat mereka. Mereka tidak mahu melihat orang lain lebih
kepandaian, kekayaan dan pelbagai kelebihan lain yang dianugerahkan Allah melainkan
mereka cuba untuk menghancurkannya dengan sedaya upaya mereka. Golongan seperti ini
sentiasa ada dikalangan manusia. Oleh itu, Allah SWT yang Maha penyayang telah mengajar
kita surah ini supaya kita sentiasa yakin bahawa Allah SWT tidak akan menghampakan kita
bahkan melindungi kita setiap masa. Yakinilah padaNya dan amalkan surah ini serta
banyakkan berserah padaNya, Dialah sebaik-baik pelindung.

RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Falaq

5
2. https://celikalquran.com/surah-al-muawwidzataini-2-surah-al-falaq/

3. https://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-keistimewaan-surah-al-falaq/

4. https://mdruzaidaud.blogspot.com/2014/04/kelebihan-surah-nas-dan-surah-al-
falaq.html

Anda mungkin juga menyukai