Anda di halaman 1dari 5

AYAT SUSUNAN

BIASA & AYAT


SUSUNAN
SONGSANG
Oleh : Siti Azidah Binti Abidin
AYAT SUSUNAN BIASA
1. Bagi ayat tunggal bersusunan biasa, kedudukan subjek di hadapan predikat. Contohnya :
Kamilah mengajar di sekolah rendah.
2. Ayat tunggal bersusunan songsang pula unsur-unsur dalam predikat dipindahkan di hadapan
subjek.
3. Terdapat 2 proses pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu :
 Pendepanan seluruh predikat
 Pendepanan sebahagian daripada predikat, sama ada pendepanan frasa kerja, frasa
adjektif atau frasa sendi nama.
CONTOH AYAT :
1. Mereka bermain bola di padang. ( Ayat susunan biasa
Bermain bola di padang mereka. (Pendepanan seluruh predikat)

2. Amanda membancuh kopi di dapur. (Ayat susunan biasa)


Membancuh kopi Amanda di dapur. (Pendepanan frasa kerja)

3. Dia amat sedih pagi tadi. ( Ayat susunan biasa)


Amat sedih dia pagi tadi.(Pendepanan frasa adjektif)

4. Buku itu di atas meja tadi . ( Ayat susunan biasa)


Di atas meja buku itu tadi. (Pendepanan frasa sendi nama)
LATIHAN 1 :
 Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang pendepanan seluruh
predikat .
1. Para peserta diminta masuk ke dalam dewan.
Jawapan : Diminta masuk ke dalam dewan para peserta.
2. Ibu bapa saya pulang ke kampung semalam.
3. Gadis yang berbaju merah itu masih berdiri di situ.
4. Hamidah mencari dompetnya yang hilang di pasar raya.
5. Jamil memandu kereta dengan berhati-hati kerana jalan licin.
6. Pegawai polis itu sedang memberikan ceramah tentang keselamatan.
LATIHAN 2 :
Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada susunan biasa.

1. Menanam sayur Pak Hamid di belakang rumahnya.


2. Pagi tadi datuk dan nenek saya sampai ke sini.
3. Belum berumah tangga anak perempuan Zaleha.
4. Ke dalam bakul semua baju yang kotor telah dimasukkan.
5. Untuk Paklang Daud bubur jagung di dalam mangkuk itu.
6. Kerana memandu kereta dengan laju abang terlibat dengan kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai