Anda di halaman 1dari 11

Tatabahasa : Ayat Songsang

SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat
dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.

Pendepanan seluruh predikat.

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)


Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan
kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan
biasa tetapi subjeknya Dia)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a) Pendepanan Frasa Kerja


i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.


Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.


Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat


Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama


i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan
songsang)
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

Skema Latihan 1

(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.

Skema Latihan 2

(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.


Subjek dan Predikat
Subjek ialah bahagian yang diterangkan.
Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil Subjek Predikat Pola Ayat


1 Dia pengetua baru di sekolah itu. FN + FN
2 Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan. FN + FN
3 Arif belum makan dari semalam. FN + FK
4 Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya. FN + FK
5 Mereka menari dengan gembiranya. FN + FK
6 Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. FN + FK
7 Rumah itu agak besar. FN + FA
8 Buah jambu ini sangat manis. FN + FA
9 Surat ini daripada peguam ayah. FN + FSN
10 Pokok rambutan itu di belakang rumah. FN + FSN

Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah.
Kemudian tuliskan pola ayatnya.
Bil Subjek / Predikat Pola ayat
1 Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.
2 Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.
3 Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.
4 Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
5 Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.
6 Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.
7 Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.
8 Makanan ini masih elok untuk dimakan.
9 Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.
10 Bekalan makanan ini untuk adik.
11 Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru
dan sakit jantung.
12 Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
13 Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.
14 Kempen Berhenti Merokok kurang mendapat sambutan daripada para remaja.
15 Buku tebal itu buku kesayangan saya.
16 Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.
17 Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh
tubuh badan.
18 Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
19 Perabot rumahnya dari Itali.
20 Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.
21 Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan
itu.
22 Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
23 Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
24 Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid
untuk belajar.
25 Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.
26 Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.
27 Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.
28 Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara
memerangkap serangga.
29 Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.
30 Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.
MODUL TB 16- SAMBUNG AYAT

LATIHAN SPM 1

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar
tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut
menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia
berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara
langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar
tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca daripada
kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca
daripada kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan
manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-
akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai
penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil
penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen
dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap
hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-
adegan yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah
pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan
hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran
televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan
mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan
LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-


rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.
Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini
membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi
pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai
sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang


rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut
terdapat di TV3 juga.
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal
ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut
mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak
menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini


adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan
oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang
berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang
berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar
mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami
bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini


adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana langkah ini
dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut
ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar
luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar
mendalami bidang komputer juga.
LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel
kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid
bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu
kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya
menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel
kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau Sayak
menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya
ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa disedari.
Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa
tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong
rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan
memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan.
Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku sejak
beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk
mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang
disediakan walau bagaimanapun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh
segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di
seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia
memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk
mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena
ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan
ozon.
1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia
di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia
memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk
mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-
fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras
dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar
perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan
ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat
meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan
pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras
dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan pakar
perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan
untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan
sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai
keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu
keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan
negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut ialah untuk
menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan
perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai
keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita serta
Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut ialah untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan
perkembangan perusahaan pelancongan negara.
LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada
sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di
Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati
perlu diambil. Tujuannya ialah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.
Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara.
Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang dicapai
daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun
1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah
berhati-hati perlu diambil. tujuannya ialah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah
alam sekitar.
3) Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran
udara dan selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.
MODUL TB 12-PISAHKAN AYAT

Latihan 1

Pengajaran komponen sastera bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa


Melayu,malah dapat mewujudkan patriotisme dalam kalangan pelajar,membina jati
diri,mengukuhkan minat membaca,dan membolehkan pelajar menghargai karya sastera yang
banyak berisi pengajaran.

Latihan 2

Pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud
dan struktur asalnya.

Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat
masa kini. Bilangan pengguna semakin meningkat setiap hari yang terdiri daripada pelbagai
golongan . Keadaan ini telah merangsang sebilangan usahawan untuk menceburkan diri
dalam bidang perniagaan yang berasaskan teknologi maklumat.

Latihan 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada
tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud
asalnya.

Warga tua yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak
suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu,
anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.

Latihan 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada
tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud
asalnya.

Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan
masyarakatnya. Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat
kepuasan serta keseronokan apabila buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.
Latihan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada
tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud
asalnya.

Universiti Malaya yang tersergam megah di Kuala Lumpur merupakan universiti yang tertua
dan ternama di Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi datang dari seluruh Malaysia kerana
hendak menimba ilmu di situ.

Anda mungkin juga menyukai