Anda di halaman 1dari 6

JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat ialah rangkaian perkataan yang diucapkan dengan sebutan yang betul serta
sempurna tanda bacanya.
2. Setiap ayat terbina daripada tiga unsur iaitu kata, frasa dan klausa.
3. Kata ialah bentuk bebas yang terkecil yang bermakna dan boleh wujud sendirian
sebagai ayat minimal.
4. Frasa pula merupakan susunan rangkai kata yang terbina daripada satu atau lebih
perkataan. Fungsinya sama ada menjadi subjek atau predikat dalam ayat.
5. Klausa pula mengandungi subjek dan predikat tetapi belum sempurna menjadi ayat.

JENIS AYAT PENERANGAN CONTOH


AYAT • Dikenali juga sebagai ayat berita atau • Rumah di atas bukit itu
PENYATA ayat keterangan yang bertujuan untuk sangat besar.
menerangkan sesuatu perkara. • Ayah sampai lambat
kerana kesesakan jalan
raya.

AYAT • Ayat yang digunakan untuk menanyakan • Adik masih belum


TANYA sesuatu perkara. makan?
• Ayat tanya hendaklah diakhiri dengan • Apakah barang itu?
tanda soal (?)

AYAT • Ayat yang diucapkan untuk menimbulkan • Bawa pasu ini ke sana.
PERINTAH sesuatu tindakan oleh pihak kedua. • Jangan conteng dinding
• Empat jenis ayat perintah : tandas.
i) Ayat suruhan • Silalah makan hidangan
Untuk memberikan perintah atau arahan. di atas meja itu.
ii) Ayat larangan • Tolong cuci pakaian di
Untuk menghalang sesuatu perbuatan dalam baldi itu.
digunakan sebelum kata kerja.
iii) Ayat silaan
Untuk menjemput dan mempersilakan
seseorang
iv) Ayat permintaan
Untuk memohon pertolongan atau
permintaan
AYAT • Ayat yang diucapkan dengan nada yang • Wah, pandainya murid
SERUAN menggambarkan perasaan seperti marah, itu !
sedih, gembira, sakit, menyindir, terkejut • Aduh, sakitnya kakiku!
dan hairan. • Amboi, bergaya kamu
• Di akhir ayat diletakkan tanda seru (!) hari ini!

LATIHAN
Bina tiga ayat bagi setiap jenis ayat diatas.
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya
dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

LATIHAN
Bina ayat majmuk daripada ayat-ayat tunggal di bawah.

Ayat tunggal 1 Wani membantu emaknya memasak di dapur


Ayat tunggal 2 Wana tidur di hadapan televisyen
Ayat majmuk

Ayat tunggal 1 Faiz membeli senaskhah ensiklopedia.


Ayat tunggal 2 Ensiklopedia itu sangat tebal.
Ayat majmuk

Ayat tunggal 1 Saya mendapat berita daripada ayah.


Ayat tunggal 2 Datuk sedang sakit tenat di hospital
Ayat majmuk

Ayat tunggal 1 Murid-murid tadika itu menyanyi


Ayat tunggal 2 Murid-murid tadika itu bertepuk tangan.
Ayat majmuk

Ayat tunggal 1 Tompok mencuri seekor ikan di dalam sungai.


Ayat tunggal 2 Tompok lari melalui tingkap.
Ayat majmuk
AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Ayat Aktif

• Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek (pelaku) yang terletak di hadapan
dan diikuti kata kerja berimbuhan awalan me-, men-, mem-, meng-, menge-.
Formula : SKO
(Subjek + Kata kerja + Objek)

• Contoh : Ali sedang memancing ikan.

Subjek (Pelaku) kata kerja Objek

Ali sedang memancing ikan

Ayat Pasif

• Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- beserta
dengan kata sendi oleh.

Tanpa awalan di- Berawalan di-


Didahului kata ganti diri pertama atau kata
Mesti berimbuhan di- diikuti kata sendi oleh
ganti diri kedua. Buang imbuhan me-,
serta kata ganti nama diri ketiga
mem-, men-, meng-, menge-

Formula : OKKS
Formula : OSK
Objek + Kata kerja (di-) + Kata sendi (oleh)
Objek + Subjek + Kata kerja
+ Subjek

Contoh : Bangunan itu telah dirasmikan


Contoh : Bunga itu akan aku petik
oleh Perdana Menteri

TUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF :

1. Subjek Kata Kerja Objek


Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua.
Tanpa awalan di-
Orang yang lebih tua mestilah kita hormati.
Objek Subjek Kata Kerja

2. Subjek Kata Kerja Objek


Mereka mengecat bangunan itu.

Berawalan di-
Bangunan itu telah dicat oleh mereka
Objek Kata Kerja Subjek
LATIHAN
Lengkapkan jadual berikut:

Ayat aktif Ayat pasif


1. Kami Menyusun buku itu

2. Latihan Sejarah mesti engkau siapkan

3. Beliau telah selesai menyampaikan


ucapan alu-aluan
4. Di halaman rumahnya, pokok ditanam oleh
Farah.
5. Saya menyiang ikan dengan
menggunakan pisau.
6. Api yang menjilat tujuh buah rumah itu
sedang giat dipadamkan oleh pihak bomba.

Tukarkan ayat-ayat aktif dibawah kepada ayat pasif

Ayat aktif Ayat pasif


1. Saya yang menulis rencana itu.
2. Dia sedang membuat kek.
3. Ayah memujuk adik yang sedang
menangis.
4. Kamu perlu menenangkan kanak-kanak
itu.
5. Mereka memperdalam sungai yang
cetek itu.
6. Dia mengarahkan orang ramai agar
beratur.
7. Kumari membawa roti canai ke sekolah.
8. Anda harus menyerahkan buku ini
kepada dia.
9. Kamu patut mengangkat bakulnya yang
berat itu.
10. Baginda menyeru agar masyarakat
majmuk di negara ini hidup dengan
harmoni
Ayat susunan biasa dan ayat sonsang
1. Bagi ayat tunggal bersusunan biasa, kedudukan subjek dihadapan predikat.
Contohnya :
a) Kamilah mengajar di sekolah rendah.
b) Encik Rostam seorang usahawan tani.
2. Ayat tunggal bersusunan songsang pula unsur-unsur dalam predikat dipindahkan ke
hadapan subjek.
3. Terdapat dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu :
a) Pedepanan seluruh predikat.
b) Pedepanan sebahagian daripada predikat, sama ada pendepanan frasa
kerja, pedepanan frasa adjektif atau pedepanan frasa sendi nama.
4. Contoh ayat :
a) Mereka bermain bola di padang. (ayat susunan biasa)
Bermain bola di padang mereka. (pedepanan seluruh predikat)

b) Amanda membancuh kopi di dapur. (ayat susunan biasa)


Membancuh kopi Amanda di dapur. (pedepanan frasa kerja)

c) Dia amat sedih pagi tadi (ayat susunan biasa)


Amat sedih dia pagi tadi. (pedepanan frasa adjektif)

d) Buku itu di atas meja tadi. (ayat susunan biasa)


Di atas meja buku itu tadi. (pedepanan frasa sendi nama)
LATIHAN
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang pendepanan
seluruh predikat.

Ayat susunan biasa Para pesera diminta masuk ke dalam dewan.


Ayat songsang

Ayat susunan biasa Ibu bapa saya pulang ke kampung semalam.


Ayat songsang

Ayat susunan biasa Gadis yang berbaju merah itu masih berdiri di situ.
Ayat songsang

Ayat susunan biasa Hamidah mencari dompetnya yang hilang di pasar raya.
Ayat songsang

Ayat susunan biasa Jamil memandu kereta dengan berhati-hati kerana jalan licin
Ayat songsang

Ayat susunan biasa Pegawai polis itu sedang memberikan ceramah tentang
keselamatan.
Ayat songsang

Anda mungkin juga menyukai