Anda di halaman 1dari 6

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). 
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi
kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja 1. Semua kerja sekolah telah saya
sekolah. siapkan.
2.Kami mesti menumpukan perhatian 2.Perhatian mesti kami tumpukan
apabila guru mengajar. apabila guru mengajar.
3. Kamu perlu mengajarnya menulis 3.  Menulis jawi perlu kamu ajar
jawi. kepadanya.
4. Ayah membelah kayu api itu. 4.  Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5. Mereka sedang menganyam tikar 5.  Tikar mengkuang itu sedang
mengkuang itu. dianyam oleh mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-


            1.   Ayat aktif transitif
            2.   Ayat aktif tak transitif

a)   Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama sebagai objek.

Saya mengambil buku.

b)   Ayat Aktif  Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1.   Anak kecil itu pandai menyanyi.
2.   Ibunya sedang mandi.
3.   Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

·         Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek
di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di
dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif


Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
berikut:-

            1.   Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
            2.   Ayat pasif diri kedua    - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
            3.   Ayat pasif diri ketiga    - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a)   Ayat Pasif Diri Pertama (3,1,2)


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)   Rumah itu (3) saya (1) bina (2). Saya(1) membina (2) rumah itu(3) .
b)   Kereta itu (3) kami (1)  beli (2). Kami (1) membeli (2) kereta itu (3)
b)   Jambatan itu(3) aku (1) robohkan(2). Aku (1) merobohkan(2) jambatan itu (3).

b)   Ayat Pasif Diri Kedua (3,1,2)


Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua
seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Jam tangan itu (3) kamu (1) beli (2)
Kamu(1) membeli (2) jam tangan itu.(3)

            2.   Kasut kulit itu (3) awak(1) gilap (2)


Awak (1) mengilap (2) kasut kulit itu (3)

            3.   Buku novel itu (3) anda (1) baca (2)


Anda (1) membaca (2) buku novel itu(3)

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga (3,2,1)


Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga
seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Dahan rambutan itu (3) dicantas oleh (2) mereka (1).
Mereka (1) mencantas (2) dahan rambután itu(3)

            2.   Pintu bilik itu (3) dibaiki oleh (2) Maniam (1).


Maniam(1) membaiki (2) pintu bilik itu (3).

            3.   Lori panjang itu (3) dipandu oleh(2) nya/dia (1).


Dia (1) memandu (2) lori panjang itu (3).

·         Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri
ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

·         Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat
pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
            1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
               b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
            2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
               b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
            3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
               b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)
            4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
               b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)

Saya mengambil buku / dari sekolah pada minggu lepas.


Buku saya ambil dari sekolah pada minggu lepas.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif’

1. Kakak menumbuk cili itu / sehingga hancur.

2. Kedai itu menjual barang-barang runcit.

3. Perompak memasuki kedai emas itu / pagi semalam.

4.  Pak Ngah mendiami rumah itu sejak sepuluh tahun yang lalu.

5. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.

6.  Bola itu ditendang oleh Hamid.

7.  Cadangan itu kami sokong.

8.  Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.

9.  Air oren ini dibancuh oleh Aina pagi tadi.

10. Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam

LATIHAN 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi / kerana memecahkan pasu bunga.


2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak /supaya mereka tidak
tersalah langkah.

3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah/ sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam
ujian memandu.

4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya / yang baru tiba dari Sabah.

5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat
tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya
sendiri.

Rumah mewah saya beli di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan
mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.


2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.

LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan
Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan
komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada
Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun
yang gugur.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada


kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman
daripada pelajar yang cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat
yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.


2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha
industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa
di warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan
sampah.

LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

Anda mungkin juga menyukai