Anda di halaman 1dari 7

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)       Pendepanan Frasa Kerja


i.    Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.   Pendepanan frasa kerja dengan objek.


Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.   Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.


Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)      Pendepanan Frasa Adjektif
 i.   Pendepanan kata adjektif sahaja.
                 Ramli rajin. (susunan biasa)
                 Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.   Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


   Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
    Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

 iiiPendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


                 Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                 Sangat segak Encik Zaidi. (susunan
songsang)

  iv.  Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan


kata penguat
             Haji Nasser masih segak amat. (susunan
biasa)
       Masih segak amat haji Nasser. (susunan
songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama


          i.  Frasa sendi nama sebagai predikat.
              Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
            Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

            ii.  Frasa sendi nama sebagai keterangan


dalam predikat.
 Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan.
(susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk.
(susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
KGND - Frasa Kerja Objek Frasa
Ketiga Transitif Keterangan
Subjek Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
Contoh ayat songsang (i)
2 3 1
Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)


2 1 3
Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)


3 1 2
Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)


3 2 1
Di kedai itu membeli buku dia

Anda mungkin juga menyukai