Anda di halaman 1dari 1

Sintaksis: Ayat Susunan Biasa - Ayat Susunan Songsang (Nota)

Ayat Biasa: Subjek + Predikat


Ayat Songsang: Predikat + Subjek
*Subjek: Hanya kata nama; diambil sampai “itu”, “ini” dan “tersebut” sahaja.

Contoh:
Ayat Biasa - Kanak-kanak itu (S) mandi di sungai (P).
Ayat Songsang - Mandi di sungai (P) kanak-kanak itu (S).

Ayat Biasa - Gadis yang berbaju merah itu (S) sedang makan (P).
Ayat Songsang - Sedang makan (P) gadis yang berbaju merah itu (S).

1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
Ayat Biasa Subjek Kata Kerja + Objek Kata Keterangan (KT)
Subjek Predikat
2 3 1
Membeli buku di kedai itu dia.
Ayat Songsang
2 1 3
Membeli buku dia di kedai itu.

Latihan:
1. Ayat Biasa: Ali pergi ke sekolah dengan menaiki sebuah basikal.
Subjek: Ali; Predikat: pergi ke sekolah dengan menaiki sebuah basikal.
Ayat Songsang: Pergi ke sekolah dengan menaiki sebuah basikal Ali.

2. Ayat Biasa: Bangunan yang telah usang itu roboh akibat gempa bumi.
Subjek: Bangunan yang telah usang itu; Predikat: roboh akibat gempa bumi.
Ayat Songsang: Roboh akibat gempa bumi bangunan yang telah usang itu.

3. Ayat Biasa: Cikgu Fatimah sedang menyapu sampah di dalam bilik guru.
Subjek: Cikgu Fatimah; Predikat: sedang menyapu sampah di dalam bilik guru.
Ayat Songsang: Sedang menyapu sampah di dalam bilik guru Cikgu Fatimah. (ATAU)
Ayat Songsang: Sedang menyapu sampah Cikgu Fatimah di dalam bilik guru.

4. Ayat Biasa: Pokok besar itu belum lagi ditebang sejak bulan lepas.
Subjek: Pokok besar itu; Predikat: belum lagi ditebang sejak bulan lepas.
Ayat Songsang: Belum lagi ditebang sejak bulan lepas pokok besar itu. (ATAU)
Ayat Songsang: Belum lagi ditebang pokok besar itu sejak bulan lepas.

5. Ayat Biasa: Kelihatan anak-anak anjing itu berkejar-kejaran di halaman rumah Daniel.
Subjek: anak-anak anjing itu; Predikat: Kelihatan berkejar-kejaran di halaman rumah Daniel.
Ayat Songsang: Kelihatan berkejar-kejaran di halaman rumah Daniel anak-anak anjing itu. (ATAU)
Ayat Songsang: Kelihatan berkejar-kejaran anak-anak anjing itu di halaman rumah Daniel.

6. Ayat Biasa: Datin Seri Mona sedang menerima rawatan kanser di Hospital Balik Pulau.
Subjek: Datin Seri Mona; Predikat: sedang menerima rawatan kanser di Hospital Balik Pulau.
Ayat Songsang: Sedang menerima rawatan kanser di Hospital Balik Pulau Datin Seri Mona. (ATAU)
Ayat Songsang: Sedang menerima rawatan kanser Datin Seri Mona di Hospital Balik Pulau.

Anda mungkin juga menyukai