Anda di halaman 1dari 6

AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG

Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu


 susunan biasa yang dikenali Ayat Biasa
 susunan songsang yang dikenali Ayat Songsang.

(i) SUSUNAN BIASA


Susunan biasa bermaksud susunan subjek ayat mendahului predikatnya.

Contoh Ayat Biasa :

Subjek Predikat

1. Pemandangan di kampung itu sungguh cantik.


2. Majlis itu selesai juga akhirnya.
3. Pasukan bola sepak Chelsea belum tiba lagi.
4. Hadiah itu daripada Cikgu Ahmad.
5. Guru itu telah memenangi hadiah pertama.
6. Penyalahgunaan dadah melemahkan tenaga pekerja kilang itu.
7. Hampir semua pekerja telah menghadiri kursus pengurusan berkualiti.
8. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran tahun lalu.
9. Kebanyakan calon peperiksaan tidak memahami soalan.
10. Semua pelajar berjaya dalam peperiksaan tahun lalu

(ii) SUSUNAN SONGSANG


Susunan songsang ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu predikat mendahului
subjek.

Contoh Ayat Songsang :

Predikat Subjek

1. Selesai juga akhirnya. majlis itu


2. Baik sungguh perangainya.
3. Daripada Cikgu Ahmad. hadiah itu
4. Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
5. Enak sekali rasa buah itu.
6. Baik sungguh perangainya.
7. Tidak berguna lagi penyesalannya.
8. Dari seberang laut agaknya surat itu.
9. Belum tiba lagi. pasukan bola sepak Chelsea
10. Sungguh cantik. pemandangan di kampung itu

CATATAN: Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah untuk memberikan penegasan.
LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian klasifikasikan ayat berikut kepada jenis susunan ayat yang tepat
(Ayat biasa ATAU Ayat songsang).

1. Perangai adiknya baik sungguh. 1.

2. Berjaya juga akhirnya pendaki gununitu. 2.

3. Ayam itu sudah mati agaknya. 3.

4. Masih belum sampai pegawai itu. 4.

5. Sungguh bernasib baik Ahmad. 5.

6. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang. 6.

7. Dia di Kuala Lumpur sekarang. 7.

8. Pada janji saya berpegang teguh. 8.

9. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. 9.

10. Calon itu baik dalam semua mata pelajarannya 10.

11. Akan balik saya ke kampung esok. 11.

12. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu. 12.

13. Baik sekali perangainya budak itu. 13.

14. Rumah di atas bukit itu kepunyaan seorang hartawan. 14.

15. Abang pergi ke Pulau Langkawi dengan kawanya. 15.

16. Pada setiap hari Sabtu kakak akan ke perpustakaan. 16.

17. Dengan keluarganya Diana pergi melancong. 17.

18. Sungguh bijak dan pintar anak-anak Pak Busu. 18.

19. Jalur Gemilang berkibar megah di atas kapal selam 19.


negara kita yang pertama.

20. Klinik Pergigian Aman sedang menyiapkan gigi palsu yang 20.
ditempah oleh nenek.
Menukarkan Susunan Ayat Biasa dan Susunan Ayat Songsang
Terdapat DUA cara menukarkan susunan ayat biasa kepada susunan ayat songsang:
1. Mendepankan keseluruhan predikat
2. Mendepankan sebahagian predikat

PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT


Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh predikat dibawa ke hadapan ayat, mendahului subjek.
Contohnya:

Ayat Biasa Ayat Songsang

1 Orang tua itu ( subjek ) sangat rajin ( predikat ) Sangat rajin ( predikat ) orang tua itu.( subjek )

Pemandangan di kampung itu( subjek ) sungguh Sungguh cantik ( predikat ) pemandangan di


2 cantik. ( predikat ) kampung itu( subjek )
Projek itu (subjek) selesai juga akhirnya Selesai juga akhirnya (predikat) projek itu.(subjek)
3 (predikat)
Pasukan bola sepak Chelsea (subjek) belum tiba Belum tiba lagi (predikat) pasukan bola sepak
4 lagi.(predikat) Chelsea (subjek)
5 Hadiah itu (subjek) daripada Cikgu Ahmad Daripada Cikgu Ahmad (predikat) hadiah
(predikat) itu.(subjek)

Walau bagaimanapun pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh berlaku, iaitu:
( 1 ) pendepanan frasa kerja
( 2 ) pendepanan frasa adjektif
( 3 ) pendepanan frasa sendi nama

1. PENDEPANAN FRASA KERJA


Dalam proses ini, bahagian frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek, kata bantu dengan kata kerja
boleh mengalami proses pendepanan.

( i )Pendepanan kata kerja sahaja :


Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Lelaki itu terduduk di situ. Terduduk lelaki itu di situ.

2. Mereka berkelah di tepi pantai. Berkelah mereka di tepi pantai.

(ii) Pendepanan kata kerja dengan objek


Ayat Biasa Ayat Songsang

1.Kakak membersihkan halaman rumah membersihkan halaman rumah pagi ini


pagi ini. kakak.

2.Ali membeli buku-buku itu di Pustaka Membeli buku-buku itu Ali di Pustaka
Popular. Popular.
(iii) Pendepanan Kata Kerja dengan Kata Kerja

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Pelajar-pelajar itu sedang makan di kantin sekolah. Sedang makan pelajar-pelajar itu di kantin sekolah.
2. Ali pernah pergi ke New Zealand. Pernah pergi Ali ke New Zealand.

2.PENDEPANAN FRASA ADJEKTIF

Bahagian-bahagian daripada frasa adjektif boleh dihadapankan, iaitu mendahului subjek. Bahagian-bahagian tersebut
ialah kata adjektif sahaja dan kata bantu dengan kata adjektif.

Contohnya:
(a) Pendepanan kata adjektif sahaja

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Badannya lesu sepanjang masa. Lesu badannya sepanjang masa.


2. Dia sakit pada masa itu. Sakit dia pada masa itu.
3. Pegawai baharu di pejabat kami itu bijak Bijak pegawai baharu di pejabat kami itu.

(b) Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Buah kuini itu belum tentu elok. Belum tentu elok buah kuini itu.
2. Nenek saya sudah tua Sudah tua nenek saya.
3. Bangunan lama itu masih teguh lagi. Masih teguh lagi bangunan lama itu.

3.PENDEPANAN FRASA SENDI NAMA

Frasa sendi nama merupakan salah satu predikat ayat. Frasa ini boleh dihadapankan, secara keseluruhan, apabila hadir sama
ada sebagai predikat ayat atau sebagai unsur keterangan dalam ayat.
Contohnya:

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Arahan itu daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia arahan itu.

2. Dia di Kuala Lumpur sekarang. Di Kuala Lumpur sekarang dia.

3. Barang-barang itu untuk ibu. Untuk ibu barang-barang itu.

4. Encik Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus
minggu ini. itu.

5. Mahasiswa itu menelaah pelajarannya untuk Untuk peperiksaan akhir mahasiswa itu menelaah
peperiksaan akhir. pelajarannya
LATIHAN MENUKARKAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG

a.Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang.

1. Seseorang ketua harus bersikap jujur, amanah, dinamik, dan tidak mementingkan diri.

_________________________________________________________________________________

2. Kita tidak boleh patah semangat untuk mencapai kejayaan.

_________________________________________________________________________________

3. Pemain bola sepak remaja harus menimba pengalaman di luar negara.

________________________________________________________________________________

4. Promosi barangan keluaran tempatan itu telah dilancarkan untuk melunaskan pasaran.

_________________________________________________________________________________

5. Gadis Melayu yang berbaju kebaya itu tersipu-sipu malu.

_________________________________________________________________________________

6. Perangai Suhaimi yang setengah masak itu tidak disukai oleh rakan-rakan.

_________________________________________________________________________________

7. Penghuni Taman Melur membersihkan taman permainan kanak-kanak itu secara bergotong-royong.

_________________________________________________________________________________

8. Golongan belia di kampung itu mengusahakan penternakan ikan tawar sejak dua tahun yang lalu.

_________________________________________________________________________________

9. Mahasiswa itu menelaah pelajarannya untuk peperiksaan semester akhir.

_________________________________________________________________________________

10. Kaum Muslimin wajib bertawakal kepada Allah.

_________________________________________________________________________________
LATIHAN MENUKARKAN AYAT SONGSANG KEPADA AYAT BIASA

b.Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa

1. Sungguh sesak pasar raya itu dengan pelanggan yang datang untuk membeli-belah.

_________________________________________________________________________________

2. Semakin berkembang dengan pesat industri pelancongan negara kita.

_________________________________________________________________________________

3. Akan berangkat dalam masa sejam kapal terbang ke Kuala Lumpur.

_________________________________________________________________________________

4. Sering memberi semangat dia kepada adiknya yang akan menduduki peperiksaan SPM.

_________________________________________________________________________________

5. Telah mengalami cedera parah penunggang motosikal itu kerana dilanggar lori yang dipandu dengan laju.

_________________________________________________________________________________

6. Menjadi kering-kontang tanah pada musim panas dan kemarau.

_________________________________________________________________________________

7. Sejak semalam anak bongsu Puan Yati yang demam itu tidak tidur.

_________________________________________________________________________________

8. Kerana disambar petir, bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba.

_________________________________________________________________________________

9. Diwajibkan menghadiri kursus itu semua guru Bahasa Malaysia di sekolah ini.

_________________________________________________________________________________

10. Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di tepi pantai.

_________________________________________________________________________________

11. Belum tentu manis buah rambutan yang merah itu.

_________________________________________________________________________________

12. Daripada kawan baik saya di luar negara hadiah itu.

_________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai