Anda di halaman 1dari 4

Kata Bilangan Pisahan

Pilih Kata bilangan pisahan yang paling sesuai untuk mengisi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1  “______ murid mesti melibatkan diri dalam bidang kokurikulum,” kata Cikgu Abu.
A.      Setiap
B.      Semua
C.      Masing-masing
D.      Berpuluh-puluh

2 _____ pagi bapa makan dua biji telur sebelum pergi ke pejabat.
A.      Tiap-tiap
B.      Masing-masing
C.      Berhari-hari
D.      Sebilangan

3  ______ tidak mahu mengakui kesalahan sendiri apabila ditanya oleh Cikgu Sakinah.
A.      Tiap-tiap
B.      Setiap
C.      Masing-masing
D.      Semua-semua

4  “Pulanglah ke rumah ______ kerana hari sudah petang,” kata Cikgu Azrul kepada murid-muridnya.
A.      Setiap
B.      Tiap-tiap
C.      Semua
D.      Masing-masing

5  Apabila terasa lapar, mereka pun makan bekalan _____.


A.      Masing-masing
B.      Tiap-tiap
C.      Setengah-setengah
D.      Sendiri-sendiri

6  Anita menerima kiriman wang daripada ayahnya ______ bulan.


A.      Tiap-tiap
B.      Masing-masing
C.      Beberapa
D.      Setengah

7  Abang dan ayah bersenam di tanam bunga ___ petang.


A.      Setiap
B.      Keempat
C.      Sebahagian
D.      Msing-masing

8  ______ murid dikehendaki membayar yuran sekolah setahun sekali.


A.      Setiap
B.      Beberapa
C.      Masing-masing
D.      Semua-semua

9  Bapa membeli nasi lemak Mak Midah _____ pagi.


A.      Berpuluh-puluh
B.      Tiap-tiap
C.      Masing-masing
D.      Sebilangan
10 ______ telah diberi wang saku sebanyak 50 sen oleh ayah.
A.      Tiap-tiap
B.      Setiap
C.      Masing-masing
D.      Semua

11 _____ malam adik minum segelas susu sebelum tidur.


A.      Setiap
B.      Masing-masing
C.      Beberapa
D.      Seperdua

12 Murid-murid di sekolah itu bersenam di padang _____ pagi.


A.      Masing-masing
B.      Tiap-tiap
C.      Seluruh
D.      Ketiga-tiga

13 “Keluarkan buku _____ dan salin nota ini,” akta Cikgu Salina.
A.      Semua
B.      Setiap
C.      Masing-masing
D.      Tiap-tiap

14 ____ telah dibelikan sepasang baju pada hari raya oleh ayah.
A.      Masing-masing
B.      Setiap
C.      Tiap-tiap
D.      Semua

15 ____ ibu bapa dikehendaki hadir ke sekolah pada minggu hadapan.


A.      Segelintir
B.      Setiap
C.      Masing-masing
D.      Seluruh

16 Emak pergi ke pasar untuk membeli ikan _____ pagi.


A.      Seluruh
B.      Setengah
C.      Masing-masing
D.      Setiap

17 Kawasan itu dilanda banjir kerana _____ petang hujan turun dengan lebatnya.
A.      Seluruh
B.      Masing-masing
C.      Setiap
D.      Setengah

18 ______ berassa letih setelah berjalan sejauh 2 kilometer.


A.      Setiap
B.      Masing-masing
C.      Tiap-tiap
D.      Semua

19  ______ warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dank e atas diwajibkan membuang undi.
A.      Setiap
B.      Sekalian
C.      Masing-masing
D.      Setengah
20  Baik lelaki mahupun perempuan _____ diberi hak yang sama dalam menuntu ilmu.
A.      Setengah
B.      Seluruh
C.      Masing-masing
D.      Sekalian

21 ____ baju yang baru lahir akan diberi suntikan Hepatitis B.


A.      Setiap
B.      Sekalian
C.      Setengah
D.      Masing-masing

22 Ibu pergi ke pejabat pada pukul 7:30 pagi _____ hari.


A.      Sekalian
B.      Tiap-tiap
C.      Seluruh
D.      Semua

23 “Susun kasut ____ sebelum masuk ke dalam rumah,” pesan Puan Maimunah kepada anak-
anaknya yang baru balik dari sekolah.
A.      Semua
B.      Setiap
C.      Tiap-tiap
D.      Masing-masing

24 TV3 memulakan rancangannya pada pukul 6.00 pagi ____hari.


A.      Tiap-tiap
B.      Seluruh
C.      Sesetengah
D.      Semua

25 ____ rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk memilih agama yang akan mereka anuti.
A.      Masing-masing
B.      Setiap
C.      Seluruh
D.      Semua

Jawapan Kata Bilangan Pisahan


1.       A
2.       A
3.       C
4.       D
5.       A
6.       A
7.       A
8.       A
9.       B
10.   C
11.   A
12.   B
13.   C
14.   A
15.   B
16.   D
17.   C
18.   B
19.   A
20.   C
21.   A
22.   B
23.   D
24.   A
25.   B

Anda mungkin juga menyukai