Anda di halaman 1dari 3

Latihan  tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan


projek penternakan ikan tawar.
2. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri
dan di kanan lebur raya itu.
3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat
terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang
mengandung.
4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung
sampai mati.
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah
menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak
mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
7. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola
sepak pasukan sekolah kamu.
8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
9. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
10. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun
menyambut para tetamu di  luar  dewan .
11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar
mengambil tindakan dengan segera.
12. Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu
guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
13. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki
motosikal di Bandar Melaka.
14. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang
sangat besar.
15. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di
Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
16. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi
kejuaraan tersebut pada pagi tadi.
17. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan
plastik ketika bertugas.
18. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat
untuk dipikul.
19. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada
sebelah petang nanti.
20. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu
berkata benar.
21. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam
perjumpaan kita pada masa depan.
22. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa
yang akan datang.
23. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya
tersebut.
24. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu
dalam perbicaraan di mahkamah.
25. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan
hidangan yang dibuatnya sendiri.
Latihan tukar ayat aktif kepada pasif.
1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan
tawar.
Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan
tawar.
2. Beberapa oran g pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya
itu.
Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang
pekerja.
3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.

4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus
industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
Kini hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus
industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,”
kata kerani itu kepada saya.
“Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu,“ kata
keranai itu kepada saya.
7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah
kamu.
Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala
ikan oleh emak.
9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
Lauk ikan telah saya masak untuk ayah.
10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di
luar dewan .
Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di
luar dewan.
11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan
dengan segera.
Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan
segera.
12. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang
mengajar di dalam kelas.
Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh
pelajar-pelajar itu.

Anda mungkin juga menyukai