Anda di halaman 1dari 1

Contoh Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang
ditebang oleh bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang
dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit
tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang
berkaca mata tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak
jelaskan.

LATIHAN:

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.


2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia.
4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut
pada pagi tadi.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.
7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.
8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.
9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa
depan.
10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di
mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya
sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca
buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

Anda mungkin juga menyukai