Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

Kenal pasti jenis ayat dan susun ayat sama ada ayat pasif atau ayat
sonsang.

1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.

2. Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

3. Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

4. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah umum pada pagi tadi.

5. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di belakang rumah pada setiap bulan.

6. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan sehelai kain.

7. Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan

8. Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

9. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah itu.

10. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor itu sedang mengelaskan buku
kepada beberapa kategori.

11. Mereka menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala Lumpur.

12. Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

13. Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

14. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.

15. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu lepas.

16. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum saya pergi ke sekolah.
Skema

2. Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

3. Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

7. Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir

8. Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

12.Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

13.Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

Anda mungkin juga menyukai