Anda di halaman 1dari 1

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.


2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah umum pada pagi tadi.
3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di belakang rumah pada setiap bulan.
4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan sehelai kain.
5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah itu.
6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor itu sedang mengelaskan buku kepada
beberapa kategori.
7. Mereka menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala Lumpur.
8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.
9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu lepas.
10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum saya pergi ke sekolah.
11. Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
12. Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-
murid yang lain.
13. Pemandangan di kampung nelayan itu saya lukis.
14. Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
15. Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
16. Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy setelah lulus dalam ujian memandu.

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak tahun 2006 lagi.
2. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh pihak polis pada pagi Ahad kelmarin.
3. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang asing itu.
4. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada setiap hujung minggu.
5. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah dijemur oleh pekerja-pekerja di kilang
pemprosesan keropok itu.
6. Bilik tidur ibu telah saya kemas pagi tadi.
7. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.
8. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh Kamal.
9. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada pelajar
yang cemerlang.
10. Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
11. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
12. Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
13. Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.

Anda mungkin juga menyukai