LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan
beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala
kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri,
Istana Alam Shah, Klang.
LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan
percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
Jawapan
LATIHAN SPM 1
1. Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil. Atau Atiqah dihadiahi
oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan
tersebut.
LATIHAN SPM 2
1. Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
3. Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula. Atau Kerusi-kerusi itu disusun oleh
mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.
LATIHAN SPM 3
1. Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
LATIHAN SPM 4
1. Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara. Atau Adik telah saya kirimi wang saku
untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
5. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
LATIHAN SPM 5
1. Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
5. Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.
LATIHAN SPM 6
1. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.
2. Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan
Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
4. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.
5. Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur. Atau Halaman rumah
kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
LATIHAN SPM 7
1. Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala
kemudahan.
2. Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.
3. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada pelajar yang cemerlang.
4. Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.
5. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri,
Istana Alam Shah, Klang.
LATIHAN SPM 8
1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan
percubaan SPM.
4. Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5. Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
LATIHAN SPM 9
1. Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2. Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung. Atau Sikap Karim
dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.
5. Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.
LATIHAN SPM 10
1. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2. Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3. Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5. Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.