Anda di halaman 1dari 6

SOALAN CATATAN MARKAH

-menunjukkan pengetahuan dan pemahaman konsep moral yang sangat Aras 4


jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens dari aspek positif dan 8-10
negatif
- 2 nilai universal yang tepat
- 2 fakta yang dinyatakan jelas dan tepat dan lengkap
- huraian sangat terperinci dan relevan dengan isu atau situasi
-Pernyataan contoh yang tepat
-pengolahan yang menarik
-kematangan idea
-menunjukkan pengetahuan dan pemahaman konsep moral yang sangat Aras 3
jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens 5-7
- 1 nilai universal yang tepat
- 1 fakta yang dinyatakan jelas dan tepat
- huraian terperinci dan relevan dengan isu atau situasi
- contoh sesuai
- pengolahan menarik
-menunjukkan pemahaman konsep moral yang jelas [sederhana] Aras 2
- fakta yang tepat 3-4
- huraian kurang mendalam dan kurang relevan dengan isu / situasi
- contoh kurang sesuai
- pengolahan seeerhana
- menunjukkan pengetahuan dan pemahaman konsep moral yang terhad Aras 1
- fakta terhad 1-2
- tiada huraian
- ayat mudah / umum
Data di bawah menunjukkan perangkaan salah laku pelajar sekolah SMK Pui Pui tahun 2021.

Para pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan salah laku disiplin seperti di atas.
Mengapakah kita mesti mengelakkan diri daripada salah laku tersebut? [10 m]

Contoh 1
Kita mesti mengelakkan diri daripada salah laku disiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana

supaya kita boleh melanjutkan pelajaran di universiti. Selain itu, imej diri sendiri tidak

akan terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana jika kita melakukan sesuatu salah laku,

kita akan dipandang rendah oleh orang lain. Seterusnya kita perlu mengelakkan diri

daripada salah laku disiplin supaya tidak mengulangi peristiwa 13 Mei 1969. di samping itu,

kita perlu mengelakkan diri daripada salah laku disiplin seperti ponteng sekolah, rokok,

buli , berunsur jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana perkara tersebut akan

menjejaskan masa hadapan.

Contoh 2
Kita perlu mengelakkan diri daripada salah laku disiplin untuk memastikan kita mematuhi peraturan

pada kelak. Apabila kita tidak melakukan salah laku disiplin, ini telah melatih diri menjadi seorang

yang bersisiplin. Kita akan mematuhi peraturan atau undang-undang negara. Kita juga dapat

membezakan perkara itu betul atau tidak sebelum melakukan. Contohnya, jika murid mementingkan

masa, iaitu menepati masa, dia akan mengamalkan amalan ini sehingga dia bekerja dan dewasa. Jika

murid tidak melakukan jenayah, mereka dididik supaya dapat membezakan perbuatan seperti buli

adalah salah. Oleh itu, mereka tidak akan melakukannya. Oleh itu, mereka tidak akan melibatkan diri

dalam kes jenayah. Di samping itu, integriti manusia dipupuk dan mereka diamanah oleh orang lain.

Contohnya, apabila merud tidak ponteng sekolah, mereka akan diberi amanah kerana mereka tidak

takut untuk menghadapi cabaran. Perbuatan ini dapat membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang

lebih baik kerana diamanahkan.

Gambar di bawah tentang misi kemanusiaan di peringkat global.

A. Jelaskan kebaikan kerjasana


Malaysia dengan negara lain dalam misi bantuan kemanusian tersebut. Jawaban anda hendaklah
berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
Nilai universal yang haruslah diamalkan oleh setiap negara termasuklah nilai bertanggungjawab,
baik hati, keberanian, kerjasama dan toleransi.
Kerjasama negara lain dalam misi bantuan kemanusiaan tersebut penting supaya mangsa gempa
bumi dan tsunami mendapat bantuan yang diperlukan. Contohnya, negara lain haruslah bekerjasama
untuk mengagihkah makanan dan pakaian. Kesannya, masalah kesihatan seperti kekurangan makanan
dapat diatasi dan dielakkan.
Selain itu, kerjasama negara lain penting dalam perkongsian teknologi dan sains. Misalnya negara
lain dapat berkongsi perubatan dan membuat kajian untuk merawat mangsa yang sakitbersama-sama.
Bidang teknologi dan sains akan terus berkembang dan ini akan memberi kebaikan kepada semua
mangsa serta negara.
Akhir sekali, kerjasama negara lain juga penting kerana dapat membentuk masyarakat yang saling
tolong-menolong dan baik hati. Sebagai contoh, mangsa gempa dan tsunami akan menolong antara satu
sama lain. Rakyat negara lain juga akan bekerjasama dengan negara lain kerana mengikut contoh
kerajaan.

A) Nilai Rasional
Nilai kerjasama
Nilai Berterima kasih
Nilai kasih sayang
Nilai baik hati
Pesawat membuat kerjasama pergi membantu orang yang negara lain dalam misi bantuan kemanusiaan
tersebut. Contohnya pesawat kerjasama dengan negara lain menolong sebelah negara sehingga kini
telah menyertai misi bantuan kemanusian kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu dan
Danggala.
Malaysia sangat baik hati, kerana Malaysia menghantar pesawat A400m untuk misi bantuan
kemanusian ini. Kerjasama menolong dan baik hati menolong orang salah sangat amalan yang rasional.
Pesawat sangat keberanian untuk dia pergi negara yang mangsa gempa dan tsunami menolong negara
lain punya rakyat.

B) Ramalkan cabaran yang akan dihadapi oleh petugas negara terbabit dalam misi bantuan
kemanusiaan tersebut.
Antara cabaran yang akan dihadapi oleh petugas negara terbabit dalam misi bantuan
berperikemanusiaan ialah perbezaan agama. Kerjasama antara petugas negara yang mempunyai
agama berbeza sangat susah. Contohnya, negara Perancis yang merupakan negara Kristian dengan
negara Qatar yang merupakan negara Islam.
Selain itu, terdapat perbezaan ideologi antara negara. Petugas daripada negara lain akan
dipengaruhi oleh ideologi berbeza. Contohnya petugas daripada negara Singapura dan negara
Amerika Syarikat. Konflik antara mereka boleh berlaku.
Disamping itu, kedudukan geografi sesebuah negara mampu menjadi cabaran untuk petugas-
petugas negara lain bekerjasama. Hal ini boleh berlaku antara negara yang beradadi kontinen
berbeza. Contohnya negara India dengan negara Australia.
Akhir sekali, terdapat kepelbagaian budaya dan bahasa yang berbeza antara negara. Petugas-
petugas daripada negara yang mempunyai bahasa berbeza tidak dapat berinteraksi dan
berkomunikasi antara stu sama lain. Contohnya, petugas dari negara Jepun dengan negaran negara
Arab. Perselisihan antara mereka boleh berlaku.

B) Antara cabaran yang akan dihadapi ialah petugas negara mungkin tidak boleh bekerjasama
dengan elok dengan ahli negara lain kerana mungkin ada persengketaan antara negara tersebut.
Selain itu, petugas negara mungkin akan panik kerana mangsa-mangsa tersebut mungkin tidak
boleh dicari kerana berlaku gempa bumi.
Seterusnya petugas negara mengorbankan masa mereka untuk menolong mangsa ini agar mereka
selamat dan dapat membina balik kehidupan mereka.
Akhir sekali, petugas negara akan berasa letih kerana tidak berehat dengan secukupnya agar
mangsa dapat dicari ataupun diberikan bekalan bantuan.

Anda mungkin juga menyukai